Thursday, February 5, 2009

BURGER KING MEMBAKUT

Gambar: Sekadar Hiasan (Riak SLRwi)

Salah satu sebab untuk datang ke tempat aku adalah kat sini ada jual burger besar pinggan yang best. Hahahaha rata2 org kat sini mmg familiar la ngan burger kult ni. Didatangkan dengan dua perisa iaitu perisa daging dan perisa ayam.. sesuai di makan semasa lapar ataupun sedang menonton sinetron kat astro prima. Jika anda seorang yang tidak kuat makan.. itu bukanlah halangan untuk anda memilikinya. Burger ni juga boleh di makan secara berkumpulan menandakan semangat setiakawan anda bersama rakan - rakan. Untuk menyenangkan anda untuk melahap burger tersebut.. En. Jas selaku tuan punya gerai sedia memotongkan burger anda kepada beberapa bahagian. Hehehehe yang paling best kita le request extra mayonis hhehehehehehe. Bagi mat - mat metal plak burger ni adalah sangat sesuai dimakan semasa menonton konsert band Dimmu Borgir... sambil minum air berkarbonat F&N berperisa strawberi.

Gambar: Nilah Burger Besar tu...

Korang pasti tertanya - tanya berapakah harga burger ni? Hehehehe harga semasa burger ini adalah dalam RM 4.50 sebijik dan sebenarnya jika anda jenis kera sumbang yang tiada kawan dan tidak mampu untuk menghabiskan burger besar ni.. hahaha anda boleh mencuba burger en. Jas yang berskala atau bersaiz biasa.. Rasanya sama cuma saiznya berbeza... Jadi anda tidak perlu risau kerana anda tidak akan membazirkan burger besar tersebut kerana anda hanya perlu mengorder burger bersaiza kecil yang standard dengan harga biasa bagi pasaran burger tempatan...

Gambar: Lokasi Gerai En. Jas Taukeh burger besar

Kalau korang nak tau kat mana letaknya gerai en. Jas ini... hahaha ianya terletak di pekan Baru Membakut. Korang nampak gerai atap uning tu? hahaha itulah gerai en. Jas.. errrmmm kenapa sunyi jak takde org? hahahaha masa gambar ni diambil.. gerai tu belum buka.. drg buka waktu petang dalam sekitar jam 4ptg hingga la ke lewat tengah malam.. hehehehe memang meriah gerai ni pada waktu malam... seat dia pun selalu full house.. makannya yang lain selain burger pun kira sempoi. Cukup untuk memberahikan nafsu anda yang lapar.... tak caya p la cuba. Bagi mat - mat metal yang lepas tengok konsert dimmu borgir sila tanggalkan spike dan make up anda sebelum berkunjung ke gerai tersebut.. di khuatiri penampilan anda akan mengejutkan dan sekaligus menakutkan pengunjung yang meminati irama rock balada dan irama Malaysia.

Wednesday, February 4, 2009

RECENT PURCHASE - MAGS

Gambar: Smart Investor Isu 225 Januari 2009

Majalah ni aku dapat free.. kena post oleh PNB exclusive copy konon... Baca2 biasalah berita - berita terkini mengenai dunia pelaburan. Selain tu, pendapat daripada pakar kewangan (RFP) dengan menulis pelbagai artikel. Bagi aku buku ni boleh dijadikan panduan ringkas ataupun sebagai overview projection tentang market kat Malaysia. Sesuai untuk kaki - kaki yang main Unit Trust. Errr cam biasalah drg cakap pasal market volatility heheheheh kan sekarang ni kita dalam kitaran ekonomi yang sedang jatuh hehehehe. Masih relevankah untuk melabur buat masa ni.. ekonomi tengah gawat... patutkah korang melabur... hahahahahah di sini ada tips dan idea  yang boleh di jadikan panduan di dalam membuat sebarang keputusan berkenaan pelaburan. Selain itu, ada wawancara bersama Presiden dan Group Chief Executive PNB Tan Sri Dato' Hamad Piah Che Othman. kalau korang familiar ngan "Blue Ocean Strategy" kali ni dia cakap pasal White Ocean plak... isk isk isk pabenda white ocean tu? hahahaha ni bukan citer memancing... tapi citer pasal strategi di dalam pengurusan dana PNB hahaha anda berminat? Kalau berminat p la beli senaskah majalah Smart Investor... Selain memberi maklumat yang baik, sekurang - kurang ianya juga boleh memberi pengetahuan supaya anda tidak terjebak ke dalam skim cepat kaya.

Gambar: Guitar Player Mag Isu Feb 2009

Ni plak aku langgan tiap bulan heheheheh dah lama sampai dah mag ni.. tapi aku takde masa nak baca... Seiring dengan keluarnya album Death Magnetic... Majalah Guitar Player tidak ketinggalan untuk menjadikan supergrup ini sebagai muka depan mereka hahahaha... glamer tu bebudak Metalica ni yek hehehehe...  Dalam isu Februari 2009 ni aku rasa banyak sangat superstar yang feature. Dari Eddie Van Halen hinggalah ke Yngwie Malmsteen.. Manakala ruangan metal plak disajikan dengan band Slipknot... Fuuhhh dua buah band metal utk bulan ni.. bukan selalu fenomena ni berlaku hahahah. Selain daripada itu, 8 buah amplifier berkuasa tinggi juga turut direview kat dalamnya... dan juga stomp box - stomp box yang berwarna - warni...

Gambar: Guitar Player Mag Isu March 2009

Awal sgt sampai isu bulan March ni... Actually aku tak familiar sangat ngan Brad Paisley ni, tapi pas baca dia kira layan blues rock la lebih kurang dari interviewnya aku tak berapa berminat ngan music dia.. tapi takpa.. musick mungkin tak minat tapi tekniknya masih boleh dipelajari... nanti pandai2la improvisekan heheheh. Review gitar - gitar yang cun - cun belaka kat dalam isu bulan March ni.. aku belum abis baca lagi mag ni.. then tak dapat aku nak review secara panjang lebar... hahahahah tapi ada lamb of god... sapa minat band lamb of god? angkat tangan.. korek idung hheheheheheh chow!!!!

Tuesday, February 3, 2009

BORNEO RAINFOREST @ 1BORNEO HYPERMALL

Hujung minggu baru - baru ni aku meluangkan masa untuk berkunjung ke Borneo Rainforest yang terletak di dalam bangunan 1Borneo sebuah shopping mall yang terbesar di Borneo. Selama aku tertanya - tanya apakah yang terdapat di dalam Rainforest tu.. huhuhu akhir dapat jugalah aku merungkai segala persoalan yang bermain - main di dalam fikiranku. 

Masuk jak kat dalam korang rasa cam jalan di dalam gua yang berliku - liku hehehehe kira macam mengembara dalam hutan la ni... heheheheh hutan di dalam shopping complex... kakakakaka boleh la cukup makan bagi sesapa yang tak pernah main kat dalam hutan masa kecik2 dulu boleh la mengalami di Rainforest ni... Masuk jak kat dalam rupanya terdapat pelagai koleksi Hidupan Liar dari dalam dan luar negeri. Bagi aku ianya sangat sesuai untuk tontonan anak2 sekolah bagi tujuan pembelajaran mata pelajaran sains. 

Koleksi binatang yang terdapat kat dalam macam2 ada ... macam astro plak kakakakakaka dari biawak, cicak, ular, kura - kura, burung, serangga, tikus, dan banyak lagi dan rata - rata binatang yang kat dalam tu ada aku ambik dan ingin aku kongsi bersama korang.

Gambar kat atas ini adalah gambar king kobra... hu cantik juga sisik dia ini cukup untuk mengerunkan kita jika terserampak...

Kura - kura yang malu - malu


Dua gambar di atas di antara koleksi ular dorang...

Member sorang ni adalah binatang yang paling cool semasa gambarnya di ambil...

ular gua kalau tak silap aku

Walaupun kecik tapi badannya panjang...


Spesis katak ni terdapat di Australia... heheheh comel kan?

Apa perasaan korang kalau tiba2 cicak ni jatuh kat depan korang? hehehehe



hahahahah nak beli cenderamata? Apa lagi anda boleh beli sebagai kenang - kenangan korang kat dalam rainforest ni...

Hedgehog... ingat katun sonic? hehehehehe

Black Widow... isk mcm citer lord of the ring plak.. masa dia nak makan si frodo...

ni paberet aku... ular sawa albino yang didatangkan khas dari USA.... Masa ni dia sedang tidur kekenyangan...

Sepatutnya ada pertunjukkan kebudayaan tapi masa aku masuk sana ianya belum dimulakan...

Lagi - lagi ular...

Hahahahah ular ni tengah bersalin kulit... ertinya dia semakin membesar la...

Nak naik jambatan gantung pun boleh heheheheh

Yooo... what's up?

Ini ada kulit ular sawa yang sudah kering... besar jugak ular ni

So, bagi yang berminat nak p Rainforest ni boleh pigi  ke pusat membeli belah 1Borneo dan tiketnya berharga Rm10 untuk orang dewasa, kanak2 errrmm Rm6 kalau tak silap dan free untuk baby bawah 3 tahun. Kalau korang berminat nak tengok persembahan kebudayaan, korang tengok jadual persembahan mereka sebelum masuk ke sana.. kalau main redah jak ada kemungkinan korang miss persembahan tersebut... dan jangan lupa bawa kamera kalau nak masuk ke sana... rugi tak amik gambar hehehehe cheerss. Selamat meluangkan masa bersama keluarga anda...