Thursday, February 5, 2009

BURGER KING MEMBAKUT

Gambar: Sekadar Hiasan (Riak SLRwi)

Salah satu sebab untuk datang ke tempat aku adalah kat sini ada jual burger besar pinggan yang best. Hahahaha rata2 org kat sini mmg familiar la ngan burger kult ni. Didatangkan dengan dua perisa iaitu perisa daging dan perisa ayam.. sesuai di makan semasa lapar ataupun sedang menonton sinetron kat astro prima. Jika anda seorang yang tidak kuat makan.. itu bukanlah halangan untuk anda memilikinya. Burger ni juga boleh di makan secara berkumpulan menandakan semangat setiakawan anda bersama rakan - rakan. Untuk menyenangkan anda untuk melahap burger tersebut.. En. Jas selaku tuan punya gerai sedia memotongkan burger anda kepada beberapa bahagian. Hehehehe yang paling best kita le request extra mayonis hhehehehehehe. Bagi mat - mat metal plak burger ni adalah sangat sesuai dimakan semasa menonton konsert band Dimmu Borgir... sambil minum air berkarbonat F&N berperisa strawberi.

Gambar: Nilah Burger Besar tu...

Korang pasti tertanya - tanya berapakah harga burger ni? Hehehehe harga semasa burger ini adalah dalam RM 4.50 sebijik dan sebenarnya jika anda jenis kera sumbang yang tiada kawan dan tidak mampu untuk menghabiskan burger besar ni.. hahaha anda boleh mencuba burger en. Jas yang berskala atau bersaiz biasa.. Rasanya sama cuma saiznya berbeza... Jadi anda tidak perlu risau kerana anda tidak akan membazirkan burger besar tersebut kerana anda hanya perlu mengorder burger bersaiza kecil yang standard dengan harga biasa bagi pasaran burger tempatan...

Gambar: Lokasi Gerai En. Jas Taukeh burger besar

Kalau korang nak tau kat mana letaknya gerai en. Jas ini... hahaha ianya terletak di pekan Baru Membakut. Korang nampak gerai atap uning tu? hahaha itulah gerai en. Jas.. errrmmm kenapa sunyi jak takde org? hahahaha masa gambar ni diambil.. gerai tu belum buka.. drg buka waktu petang dalam sekitar jam 4ptg hingga la ke lewat tengah malam.. hehehehe memang meriah gerai ni pada waktu malam... seat dia pun selalu full house.. makannya yang lain selain burger pun kira sempoi. Cukup untuk memberahikan nafsu anda yang lapar.... tak caya p la cuba. Bagi mat - mat metal yang lepas tengok konsert dimmu borgir sila tanggalkan spike dan make up anda sebelum berkunjung ke gerai tersebut.. di khuatiri penampilan anda akan mengejutkan dan sekaligus menakutkan pengunjung yang meminati irama rock balada dan irama Malaysia.

5 comments:

Dr. Bentara said...

mak datuk... besarnya burger!Boleh buat makan malam sekali...

Anonymous said...

hahahaha tu la review kat dlm ni... BS ckp... tu bukan burger king tapi burger agung hehehehe

Anonymous said...

Ni bukan pasal burger jas. Ni pasal tshirt Balzac. Lagi skali aku merayu tshirt mu. hahaha. Aku tgk dlm SxWxW dah tak jual la pattern tu.

Anonymous said...

Tshirt balzac takkan dijual kepada sesiapa.. for display only... not for sale

Ijau D. Koceng said...

rasanya xdela seberapa, mcm burger biasa saja... cuma temptation adalah pada saiznya, lg2 klu di bln puasa yg bakal dinikmati waktu sungkai (sungkei sebutan org swk) rata2nya cuma mampu habiskan 180 darjah (separuh)... so klu beli pastikan anda mkn berteman jgn mkn sorg2 (kecuali anda jenis 'tabarus')