Tuesday, February 3, 2009

BORNEO RAINFOREST @ 1BORNEO HYPERMALL

Hujung minggu baru - baru ni aku meluangkan masa untuk berkunjung ke Borneo Rainforest yang terletak di dalam bangunan 1Borneo sebuah shopping mall yang terbesar di Borneo. Selama aku tertanya - tanya apakah yang terdapat di dalam Rainforest tu.. huhuhu akhir dapat jugalah aku merungkai segala persoalan yang bermain - main di dalam fikiranku. 

Masuk jak kat dalam korang rasa cam jalan di dalam gua yang berliku - liku hehehehe kira macam mengembara dalam hutan la ni... heheheheh hutan di dalam shopping complex... kakakakaka boleh la cukup makan bagi sesapa yang tak pernah main kat dalam hutan masa kecik2 dulu boleh la mengalami di Rainforest ni... Masuk jak kat dalam rupanya terdapat pelagai koleksi Hidupan Liar dari dalam dan luar negeri. Bagi aku ianya sangat sesuai untuk tontonan anak2 sekolah bagi tujuan pembelajaran mata pelajaran sains. 

Koleksi binatang yang terdapat kat dalam macam2 ada ... macam astro plak kakakakakaka dari biawak, cicak, ular, kura - kura, burung, serangga, tikus, dan banyak lagi dan rata - rata binatang yang kat dalam tu ada aku ambik dan ingin aku kongsi bersama korang.

Gambar kat atas ini adalah gambar king kobra... hu cantik juga sisik dia ini cukup untuk mengerunkan kita jika terserampak...

Kura - kura yang malu - malu


Dua gambar di atas di antara koleksi ular dorang...

Member sorang ni adalah binatang yang paling cool semasa gambarnya di ambil...

ular gua kalau tak silap aku

Walaupun kecik tapi badannya panjang...


Spesis katak ni terdapat di Australia... heheheh comel kan?

Apa perasaan korang kalau tiba2 cicak ni jatuh kat depan korang? hehehehe



hahahahah nak beli cenderamata? Apa lagi anda boleh beli sebagai kenang - kenangan korang kat dalam rainforest ni...

Hedgehog... ingat katun sonic? hehehehehe

Black Widow... isk mcm citer lord of the ring plak.. masa dia nak makan si frodo...

ni paberet aku... ular sawa albino yang didatangkan khas dari USA.... Masa ni dia sedang tidur kekenyangan...

Sepatutnya ada pertunjukkan kebudayaan tapi masa aku masuk sana ianya belum dimulakan...

Lagi - lagi ular...

Hahahahah ular ni tengah bersalin kulit... ertinya dia semakin membesar la...

Nak naik jambatan gantung pun boleh heheheheh

Yooo... what's up?

Ini ada kulit ular sawa yang sudah kering... besar jugak ular ni

So, bagi yang berminat nak p Rainforest ni boleh pigi  ke pusat membeli belah 1Borneo dan tiketnya berharga Rm10 untuk orang dewasa, kanak2 errrmm Rm6 kalau tak silap dan free untuk baby bawah 3 tahun. Kalau korang berminat nak tengok persembahan kebudayaan, korang tengok jadual persembahan mereka sebelum masuk ke sana.. kalau main redah jak ada kemungkinan korang miss persembahan tersebut... dan jangan lupa bawa kamera kalau nak masuk ke sana... rugi tak amik gambar hehehehe cheerss. Selamat meluangkan masa bersama keluarga anda...

4 comments:

miminida said...

wahhh.. siuk eeh.. masa ku ke sana dulu lom buka lagi tempat tu..huhuhu.. thanks for the info bro...

Anonymous said...

besttt oo sana~~saya pun mahu p sana laaa~~~

Anonymous said...

saya pun mahu p situ laa--besttt~~

Anonymous said...

saya pun mahu p situ laa--besttt~~