Wednesday, February 4, 2009

RECENT PURCHASE - MAGS

Gambar: Smart Investor Isu 225 Januari 2009

Majalah ni aku dapat free.. kena post oleh PNB exclusive copy konon... Baca2 biasalah berita - berita terkini mengenai dunia pelaburan. Selain tu, pendapat daripada pakar kewangan (RFP) dengan menulis pelbagai artikel. Bagi aku buku ni boleh dijadikan panduan ringkas ataupun sebagai overview projection tentang market kat Malaysia. Sesuai untuk kaki - kaki yang main Unit Trust. Errr cam biasalah drg cakap pasal market volatility heheheheh kan sekarang ni kita dalam kitaran ekonomi yang sedang jatuh hehehehe. Masih relevankah untuk melabur buat masa ni.. ekonomi tengah gawat... patutkah korang melabur... hahahahahah di sini ada tips dan idea  yang boleh di jadikan panduan di dalam membuat sebarang keputusan berkenaan pelaburan. Selain itu, ada wawancara bersama Presiden dan Group Chief Executive PNB Tan Sri Dato' Hamad Piah Che Othman. kalau korang familiar ngan "Blue Ocean Strategy" kali ni dia cakap pasal White Ocean plak... isk isk isk pabenda white ocean tu? hahahaha ni bukan citer memancing... tapi citer pasal strategi di dalam pengurusan dana PNB hahaha anda berminat? Kalau berminat p la beli senaskah majalah Smart Investor... Selain memberi maklumat yang baik, sekurang - kurang ianya juga boleh memberi pengetahuan supaya anda tidak terjebak ke dalam skim cepat kaya.

Gambar: Guitar Player Mag Isu Feb 2009

Ni plak aku langgan tiap bulan heheheheh dah lama sampai dah mag ni.. tapi aku takde masa nak baca... Seiring dengan keluarnya album Death Magnetic... Majalah Guitar Player tidak ketinggalan untuk menjadikan supergrup ini sebagai muka depan mereka hahahaha... glamer tu bebudak Metalica ni yek hehehehe...  Dalam isu Februari 2009 ni aku rasa banyak sangat superstar yang feature. Dari Eddie Van Halen hinggalah ke Yngwie Malmsteen.. Manakala ruangan metal plak disajikan dengan band Slipknot... Fuuhhh dua buah band metal utk bulan ni.. bukan selalu fenomena ni berlaku hahahah. Selain daripada itu, 8 buah amplifier berkuasa tinggi juga turut direview kat dalamnya... dan juga stomp box - stomp box yang berwarna - warni...

Gambar: Guitar Player Mag Isu March 2009

Awal sgt sampai isu bulan March ni... Actually aku tak familiar sangat ngan Brad Paisley ni, tapi pas baca dia kira layan blues rock la lebih kurang dari interviewnya aku tak berapa berminat ngan music dia.. tapi takpa.. musick mungkin tak minat tapi tekniknya masih boleh dipelajari... nanti pandai2la improvisekan heheheh. Review gitar - gitar yang cun - cun belaka kat dalam isu bulan March ni.. aku belum abis baca lagi mag ni.. then tak dapat aku nak review secara panjang lebar... hahahahah tapi ada lamb of god... sapa minat band lamb of god? angkat tangan.. korek idung hheheheheheh chow!!!!

2 comments:

berteromber said...

fuh...lu baca smart investor eh?
wa yg duk dalam dunia saham ni pun malas nak baca...

kekadang boring baca teori dorang ni...ntahapapa..tapi dah bidang kerja dorang mereview dan menganalisa..

ceh...sungguh tak membina gua ni kan...haha..

Jairo said...

hahahah subjek tu mmg boring la bro heheheh wa dah terbiasa membaca material camni memandangkan pernah kerja dalam bidang finance & investment ni hehehehehe...

kekadang kalau dibaca ntah hapa2 drg ckp pasal banyak guna jargon hehehehe tapi takpe tak dapat semua dapat sikit ilmu kira ok la hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT