Friday, February 20, 2009

KISAH TEMAN SIPEMANCING versi ANAK UDANG DI BARA API

Sambungan misi memancing, kami teruskan pada 19/02/2009 (khamis). Heheheh excited dengan pendapatan kami dihari yang sebelumnya misi kami pada hari tu disertai oleh ramai orang berikutan tersebarnya kabar kami berpesta udang hahahahah tengok la gambar kat bawah tu...  hahaha bersilang - silang tali pancing dan untuk pengetahuan korang tempat ni adalah hot seat yang direbut oleh para pemancing namun ianya sudah diregister kepada kami hahahahahah

Seperti biasa kami pakai umpan cacing yang gebu tajaan en. Jackie. Hari tu jumlah umpan yang kami bawa agak banyak juga namun masih tak cukup pasal ramai plak member yang datang bawa joran... cis bedebah dorang ingat kami tukan sponor umpan ka? ni lain kali kena buat drg bayar cover charge ni hehehehe takpe la member punya pasal kita tak nak kirala.. tapi rokok drg abis kena paw oleh si Jackie sebagai ganti umpan hahahahaha syabas Jackie!!!

Antara yang menghadirkan diri pada hari itu ada kat gambar di bawah...

En. Ondong sedang mengSMS udang di sungai supaya udang - udang memakan umpan di pancingnya. Teknik ini pernah digunakan oleh En. Zul (bassist Mi Scusi) namun ianya tidak berjaya kerana beliau kehabisan kredit... En. Ondong hari ni datang dgn fesyen santai yang mana beliua bertopi bagi menyembunyikan rambutnya yang cutting ala2 penyanyi kumpulan Impaled Nazzarene dgn lengkapa berwarna biru bagi menarik perhatian para pengunjung yang datang....

En. K.G (bukan Kyle Gass) taukeh rokok yang dipau pada hari itu... tangkapan dgn umpan free beliau sangat menggalakkan sehinggakan membuat beliau termenung panjang. Mungkin beliau akan berhenti daripada menjual rokok dan bertukar p jual udang plak.. hahahahaha

En. Aza tersenyum girang apabila gambarnya diambil. Dia ni adalah ahli Majlis tertinggi persatuan pemancing yang agresif Kg. Pimping Membakut merangkap Penolong Setiausaha Biro Penunggu Kubur Kg. Pimping Membakut. Dia ni paling sika tidur sambil menanti umpannya kena makan udang.. aparraaa

Ini veteren kita yang masih steady.. Mr. Bob yang hadir dengan membawa bilangan joran yang banyak. Heheheh jadi taukeh joran kita pada hari tu. Dengar2 En. Bob akan menyertai rombongan memancing ikan laut dalam di sekitar pulau2 di negeri Sabah ni... Bulan March katanya apabila aku tanya pasal rombongan ni.. (ceh menyampah aku tengok aksi coolnya bila citer pasal trip tu heheheheh jelesnya aku ... tapi dia plan nak masukkan nama aku dalam senarai rombongan tu hehehe tak jadi la aku menyampah). Manalah tau dapat tangkap ikan marlin hehehehehehe

Hahahah gambar kat atas ni no komen... sememang aku seorang pemancing yang tak pernah kenal erti penat hahahah ceh.. konon la.. aku menyampah ngan diri aku sendiri...

Dari kiri Naji (kita orang punya runner), Salam (taukeh udang yang sedang bercuti), & En. Bob. Salam sedang mengejar cacingnya yang melarikan diri daripada bekas umpan.. Salam cuba menangkapnya kembali namun dihalang oleh Bob... hahahah Sementara itu, Naji sedang melihat monyet2 di seberang sungai yang sedang melambaikan tangan ke arahnya... Aku tak pasti samada Naji dah terpesona ngan keayuan monyet2 yang melambainya...

Ceh En. Ondong & K.G melakukan teknik mengenalpasti ikan dengan teori Sekilas ikan Di Air Sudah Tahu Mana Jantan Mana Betina... cehhh apa punya teori la!!!

Kat jambat nun kat sebelah jeti kami memancing juga terdapat ramai para pemuda2 single yang kacak turut memancing... Ceh... heheheh jambatan ni juga favourite spot para pemancing. Tapi geng kitaorg tak berapa gemar p sana pasal banyak batang kayu kat dalam air yang membuat tali pancing kitaorng menyangkut.. cis!!! Kat bawah jambatan tu juga la en. Buaya suka lepak hehehe tapi siang jarang la .. selalunya waktu malam... ntah dia mengendap sapa  aku pun tak tau.

Salah satu acara yang tidak menyenangkan ialah sampah - sampah yang hanyut dan tersangkut kat pancing kitaorang... isk isk isk mmg tensen kami dibuatnya.. napa la orang2 sekarang ni suka buang sampah kat sungai... nasib la drg tak buang sisa toksik kat sini.. 

Bob sgt bernasib baik kerana pada hari tu pancingnya tersangkut kat pamper budak yang hanyut.. hahahahaha hari tu lagi kult tersangkut kat tuala wanita plak hahahahah tensen benar dia... hilang ong katanya heheheheheh sabar Bob.. bukan selalu ngko kena.. hehehe

Jackie ni sebenar adalah seorang mekanik yang berwibawa... hahahah masa dia p mancing pun ada orang yang datang p cari dia minta repair lori hehehehehe cayalah Jackie... kira dia ni adalah pemancing yang mekanik... Kalau korang nak tau suara dia ni sebijik cam penyanyi kumpulan Alleycats... hahahaha 

Ceh.. kalau takat2 ketuk bateri aku pun boleh buat.. hehehe tapi serius.. si Jackie mmg seorang mekanik yang cun heheheheh banyak dah keta2 kat kampung aku ni dia jahanamkan... hehehehehe

Bob berjaya mendapatkan seekor anak udang hehehehe aku suruh dia lepaskan.. hehehe dia enggan melepaskannya kerana dia berpendapat bahawa anak udang itu lebih sedap dimakan berbandingkan jika dilepaskan ke dalam sungai.

Tapi aku seriuslah.. mmg kecil pun... tapi dia masih enggan utk melepaskannya.. isk isk isk tapi aku rasa2lah.. goreng pun sedap hehehehe

Udang2 yang berjaya ditangkap terus dicucukkan kat batang kayu oleh Naji yang balik2 menrengek kelaparan hahahahahahah cayalah.. sementara itu si Jackie pi kasi hidup api... apa lagi kita org makan udang bakar la hari tu hahahahah makan sambil cicah air limau....

hahaha grand finale malam tu ... ritual membakar udang di atas bara api... hahahahahaha mmg best la... petang ni rasa2nya kita orang nak p lagi.. hehehe harap2 ada nasiblah hari ni.. kelmarin tangkapan kita orang kurang memberangsangkan.. heheh biasalah adat memancing. bukannya selalu kita dapat.... ok lah sekian untuk hari ini... cheers

Thursday, February 19, 2009

KISAH TEMAN SIPEMANCING... versi BUAYA KASI UDANG

Semalam aku ngan geng Rakan Muda (sebenarnya umur mereka takla muda sgt....) rekreasi aku pigi mancing kat spot terbaik kami. hehehehehe sebenarnya aku tiba ke lokasi agak lewat berbanding dengan geng2 yang lain... aku sampai kat situ jak umpan cacing pun dah abis... ic... hampa betul aku drg ni mmg kejam tak tinggalkan aku umpan... nasib la si Slay (yup nama dia ni mmg ditribute sempena kumpulan Slayer) ada datang dengan membawa sejumlah cacing yang banyak dan serba gebu.. hehehehe aku kembali bersemangat... Suasana hambar tadi bertukar ceria dengan tali pancing yang bertalu - talu dibuang ke dalam sungai untuk menanti umpan cacing gebu dimakan oleh sang udang. Keadaan air masa tu mmg perfect dengan arus yang sederhana laju cuma aku tengok ia dah nak surut... isk tapi masih ada masa lagi ni. kurang dari setengah jam hahahah kail kami mula kena rentap oleh udang... hehehehe sumer org excited nak tau pancing sapa yang mula2 kena makan... resultnya en. Sadam mendahului kami hahahaha diikuti oleh en. bob... memang ceria... kami stay kat tempat tu sampai jam 9 mlm....

Nak dijadikan cerita, sebenar spot kegemaran kami untuk memancing ni adalah kawasan tanah perkuburan kat kampung aku. Tapi oleh kerana hampir setiap hari kitaorg p mancing kat sana suasana horror tu takde la menyelubungi kami.. kami lebih takut dgn nyamuk2 yang ganas yang menggigit kaki aku isk isk isk kan dah kena penampar... tapi semalam punya trip agak mencabar kerana ada buaya sedang perati kami mancing.. hehehe patutlah banyak udang rupanya si buaya tu ada dekat2 kitaorang... kata orang kalau ada buaya lalu mmg banyak udang hehehehe.. walaupun dah gelap, en. Slay mmg berpengalaman di dalam teknik2 mengesan pergerakan buaya di dalam air dan mmg kami sumer nampak la buaya tu dok stay kat gigi air dgn hanya menampakkan matanya yang kemerah - merahan jika disuluh ngan lampu picit... biarlah buaya tu kat situ.. janji dia tak kacau kami. Mungkin buaya tu kesunyian takde kawan dan mau join kitaorang lepak sambil main transfer bluetooth 3gp dari henpon en. Rudy yang sememang taukeh 3gp tersohor dikalangan member aku... itu aku tak tau cuma sang buaya saja tau... manalah tau buaya tu ada blog boleh dia linkkan post ni ngan blog dia hahahaha apalah aku ngarut sampai situ cis.. mabuk udang kot!!!!

Walaubagaimanapun, kisah buaya tu bukanlah yang paling mencabar minda kitaorang.. pasal buaya tu mmg kitaorang biasa nampak.. lagipun yang semalam tu kecik lagi mungkin dalam 2 or 3 keping papan jak lebarnya.. kira buaya remaja la... apa yang paling kult adalah kitaorang terdengar suara budak - budak bergelak ketawa riang.. apa ke jadahnya mak bapa kasi anak dorang main gelak2 waktu malam kat tanah perkuburan.. aku cool jak masa dengar suara tu.. kira kontrol macho la.. lagi pun org pesan kalau ada apa2 jangan tegur dan aku ingat aku sorang jak yang dengar sampai aku p ronda2 sambil suluh ngan lampu picit kat kawasan kubur tapi haram satu benda pun aku tak nampak.. cis.. biarla. tapi makin dibiar makin ceria plak ketawanya hahahaha terus aku ketawa bila en. Slay sekali lagi memainkan peranannya dgn berrtanya "ehh korang ada dengarkah suara budak ketawa?" hahahahah en. Sadam jawab ala biarlah dorang main... kita buat hal sendirilah sambil melontarkan jorannya. Cis.. aku dahlah pakai moto dan moto tu takde lampu lagi isk isk isk segan terus aku nak balik sorang2 nanti ada duduk kat belakang bonceng moto aku isk isk nanti meraung aku ala - ala Dani kumpulan Cradle Of Filth... Arrgggghhh This is the end of everything.... gitu la kira liriknya. Walaubagaimanapun, aku selamat jugak la balik ke rumah dengan selamat. Hehehehe hari mesti aku p sana lagi utk memancing yearrrrgghhh budak2 korang tunggu aku kat sana nanti aku bawakan korang gula2 kiss me hahahaha... Gambar2 diatas adalah hasil2 yang kami pancing... nyum nyum nyum.. satu lagi aku nak pesan kalau p tempat2  yang horror tu mulut korang janganlah celupar... hehehehe cheers... enjoy!!!

Tuesday, February 17, 2009

MENUNTUT ILMU BIARLAH SAMPAI KE NEGERI CHINA


Aku punya banyak rakan2 yang melanjutkan study dorang  kat luar negera... kebanyakkannya di sekitar Australia, New Zealand, United Kingdom, Amerika dan juga belah2 Jordan... Kekadang dengki juga aku ngan dorang ni dpt lanjutkan pengajian dorang kat luar negara hehehehe.. dulu ada juga offer nak antar p luar tapi aku taknak... heheheh menolak rezeki la tu ataupun aku memegang hujan emas di negeri org hujan batu dinegeri sendiri... hehehehe ntahla.. then aku nak ucapkan syabas kepada semua rakan yang berpeluang keluar negara kerana melanjutkan pelajaran korang... Menuntut ilmu tu biarla sampai ke negeri china. Belajar rajin2 jangan ingat nak jalan sana jalan sini saja hahah nanti kantoi sapa yang susah? hahaha korang jugak la yang susah heheheheheh. Cheers to everyone and good luck!!!!