Friday, February 20, 2009

KISAH TEMAN SIPEMANCING versi ANAK UDANG DI BARA API

Sambungan misi memancing, kami teruskan pada 19/02/2009 (khamis). Heheheh excited dengan pendapatan kami dihari yang sebelumnya misi kami pada hari tu disertai oleh ramai orang berikutan tersebarnya kabar kami berpesta udang hahahahah tengok la gambar kat bawah tu...  hahaha bersilang - silang tali pancing dan untuk pengetahuan korang tempat ni adalah hot seat yang direbut oleh para pemancing namun ianya sudah diregister kepada kami hahahahahah

Seperti biasa kami pakai umpan cacing yang gebu tajaan en. Jackie. Hari tu jumlah umpan yang kami bawa agak banyak juga namun masih tak cukup pasal ramai plak member yang datang bawa joran... cis bedebah dorang ingat kami tukan sponor umpan ka? ni lain kali kena buat drg bayar cover charge ni hehehehe takpe la member punya pasal kita tak nak kirala.. tapi rokok drg abis kena paw oleh si Jackie sebagai ganti umpan hahahahaha syabas Jackie!!!

Antara yang menghadirkan diri pada hari itu ada kat gambar di bawah...

En. Ondong sedang mengSMS udang di sungai supaya udang - udang memakan umpan di pancingnya. Teknik ini pernah digunakan oleh En. Zul (bassist Mi Scusi) namun ianya tidak berjaya kerana beliau kehabisan kredit... En. Ondong hari ni datang dgn fesyen santai yang mana beliua bertopi bagi menyembunyikan rambutnya yang cutting ala2 penyanyi kumpulan Impaled Nazzarene dgn lengkapa berwarna biru bagi menarik perhatian para pengunjung yang datang....

En. K.G (bukan Kyle Gass) taukeh rokok yang dipau pada hari itu... tangkapan dgn umpan free beliau sangat menggalakkan sehinggakan membuat beliau termenung panjang. Mungkin beliau akan berhenti daripada menjual rokok dan bertukar p jual udang plak.. hahahahaha

En. Aza tersenyum girang apabila gambarnya diambil. Dia ni adalah ahli Majlis tertinggi persatuan pemancing yang agresif Kg. Pimping Membakut merangkap Penolong Setiausaha Biro Penunggu Kubur Kg. Pimping Membakut. Dia ni paling sika tidur sambil menanti umpannya kena makan udang.. aparraaa

Ini veteren kita yang masih steady.. Mr. Bob yang hadir dengan membawa bilangan joran yang banyak. Heheheh jadi taukeh joran kita pada hari tu. Dengar2 En. Bob akan menyertai rombongan memancing ikan laut dalam di sekitar pulau2 di negeri Sabah ni... Bulan March katanya apabila aku tanya pasal rombongan ni.. (ceh menyampah aku tengok aksi coolnya bila citer pasal trip tu heheheheh jelesnya aku ... tapi dia plan nak masukkan nama aku dalam senarai rombongan tu hehehe tak jadi la aku menyampah). Manalah tau dapat tangkap ikan marlin hehehehehehe

Hahahah gambar kat atas ni no komen... sememang aku seorang pemancing yang tak pernah kenal erti penat hahahah ceh.. konon la.. aku menyampah ngan diri aku sendiri...

Dari kiri Naji (kita orang punya runner), Salam (taukeh udang yang sedang bercuti), & En. Bob. Salam sedang mengejar cacingnya yang melarikan diri daripada bekas umpan.. Salam cuba menangkapnya kembali namun dihalang oleh Bob... hahahah Sementara itu, Naji sedang melihat monyet2 di seberang sungai yang sedang melambaikan tangan ke arahnya... Aku tak pasti samada Naji dah terpesona ngan keayuan monyet2 yang melambainya...

Ceh En. Ondong & K.G melakukan teknik mengenalpasti ikan dengan teori Sekilas ikan Di Air Sudah Tahu Mana Jantan Mana Betina... cehhh apa punya teori la!!!

Kat jambat nun kat sebelah jeti kami memancing juga terdapat ramai para pemuda2 single yang kacak turut memancing... Ceh... heheheh jambatan ni juga favourite spot para pemancing. Tapi geng kitaorg tak berapa gemar p sana pasal banyak batang kayu kat dalam air yang membuat tali pancing kitaorng menyangkut.. cis!!! Kat bawah jambatan tu juga la en. Buaya suka lepak hehehe tapi siang jarang la .. selalunya waktu malam... ntah dia mengendap sapa  aku pun tak tau.

Salah satu acara yang tidak menyenangkan ialah sampah - sampah yang hanyut dan tersangkut kat pancing kitaorang... isk isk isk mmg tensen kami dibuatnya.. napa la orang2 sekarang ni suka buang sampah kat sungai... nasib la drg tak buang sisa toksik kat sini.. 

Bob sgt bernasib baik kerana pada hari tu pancingnya tersangkut kat pamper budak yang hanyut.. hahahahaha hari tu lagi kult tersangkut kat tuala wanita plak hahahahah tensen benar dia... hilang ong katanya heheheheheh sabar Bob.. bukan selalu ngko kena.. hehehe

Jackie ni sebenar adalah seorang mekanik yang berwibawa... hahahah masa dia p mancing pun ada orang yang datang p cari dia minta repair lori hehehehehe cayalah Jackie... kira dia ni adalah pemancing yang mekanik... Kalau korang nak tau suara dia ni sebijik cam penyanyi kumpulan Alleycats... hahahaha 

Ceh.. kalau takat2 ketuk bateri aku pun boleh buat.. hehehe tapi serius.. si Jackie mmg seorang mekanik yang cun heheheheh banyak dah keta2 kat kampung aku ni dia jahanamkan... hehehehehe

Bob berjaya mendapatkan seekor anak udang hehehehe aku suruh dia lepaskan.. hehehe dia enggan melepaskannya kerana dia berpendapat bahawa anak udang itu lebih sedap dimakan berbandingkan jika dilepaskan ke dalam sungai.

Tapi aku seriuslah.. mmg kecil pun... tapi dia masih enggan utk melepaskannya.. isk isk isk tapi aku rasa2lah.. goreng pun sedap hehehehe

Udang2 yang berjaya ditangkap terus dicucukkan kat batang kayu oleh Naji yang balik2 menrengek kelaparan hahahahahahah cayalah.. sementara itu si Jackie pi kasi hidup api... apa lagi kita org makan udang bakar la hari tu hahahahah makan sambil cicah air limau....

hahaha grand finale malam tu ... ritual membakar udang di atas bara api... hahahahahaha mmg best la... petang ni rasa2nya kita orang nak p lagi.. hehehe harap2 ada nasiblah hari ni.. kelmarin tangkapan kita orang kurang memberangsangkan.. heheh biasalah adat memancing. bukannya selalu kita dapat.... ok lah sekian untuk hari ini... cheers

2 comments:

beloved said...

bro..lu memang pandai kasi tajuk cerita..gempak seh! excited jew aku nak membacanyer..

Anonymous said...

hinsh hinsh hinsh isk isk isk kembang idung...