Fuh... lama juga aku tak update blog aku ni... hehehe senjak dua menjak ni aku mmg sangat buzy ngan kerja harian aku hinggakan nak menghadap blog ni pun takde masa... kekadang ada juga idea nak menulis tu tapi tak berkesempatan... Hari ni aku agak free sikit berbanding dengan hari2 yang sebelumnya. Tapi malangnya aku takde plak idea nak tulis apa. heheheh tu la post label tu tag as nonsense.
Pagi tadi aku gi meeting ngan satu badan organisasi ni.. ala meeting adalah nak buat program itu dan program ni hehehehe kira aku mcm seorang yang aktif bepersatuan walhal semasa sekolah aku tak la pernah aktif dengan apa2 persatuan kecuali ngan kelab charity a.k.a Kebajikan.
Nak dijadikan cerita untuk hari ini, aku meeting ni pun kira meeting yang kedua susulan daripada meeting yang mula2 untuk mengetahui tahap persediaan untuk sambutan program hujung minggu ni. errr jumlah yang datang meeting ni aku tengok ramai juga berbanding ngan jumlah yang sebelumnya. Termasuklah ngan seorang ni... masa mula2 meeting dia takde datang cuma yang kedua ni ada yuang pertama kali... belum apa2 bermula semasa minit yang sebelumnya diedarkan dia dah start komplen itu ini... tidak ngam sana tidak ngam sini.. isk sapa suruh mesyuarat mula2 tak datang tulah tujuan utama mesyuarat supaya pendapat boleh di kutip... bukannya tidak dijemput... ni tetiba muncul terus komplen sana sini. Bagi aku, aku tak kisah kalau dia nak komplen apa2 asalkan disusuli dgn cadangan pembaikkan.. pendek kata kasila komen yang membina dan bukan mengondem... bangang tul la patutlah ramai org taknak associate ngan malaun ni.
Ok aku taknak komplen byk pasal mamat ni, sebenarnya ini adalah sikap tipikal masyarakat kita... Komplen jak taunya... ala senang jak.. kita tengok jak situasi politik malaysia sekarang ni.. ahli politik bercakaran nak dapatkan hak kuasa masing - masing... dari sebelum pilihanraya... hinga la sekarang tak habis2 nak bercakaran.. bagi aku daripada drg tu bercakaran... lebih baik dorang buat kerja mereka membela nasib rakyat... kan kat pilihanraya dah dinyatakan sapa yang menang.. then nak bua apa lagi.. korang p la balas balik jasa para pengundi kita tu.
Arrrgghhhh malas la nak mengomel tak tentu pasal... nanti org cakap aku tak serupa bikin plak hehheheh cheers!!!