Tadi pagi masa baru sampai opis perut lapar plak kerana belum sarapan. Then aku ajak la opismate aku p sarapan yang kebetulan dia juga belum bersarapan. Hampir setiap hari aku sarapan kat restoran yang hampir ngan opis aku.. la turun tangga jer... hehehehe tapi masa tu ramai plak org kat sana macam kurang selesa plak. Then aku cadangkan pada opismate aku utk tukar selera pada hari tu. Dia pun setuju juga last2 kitaorang memutuskan utk pergi ke satu restoran yang agak jauh sikit (takla jauh sgt dlm dua blok jer). Hahahaha sampai situ cun kurang org.. aku malas lepak kat kedai tu pasal kedai tu selalu menjadi tempat tumpuan kaki2 politik.. heheheh tapi hari ni lenggang pasal semua dah p pwtc hahahahaha. Then aku order la mee goreng sepiring (mee ekonomi), seketul ayam goreng dan telur mata, Minum Nescafe ais. Manakala kawan aku kopi radix, makan mee ekonomi campur ayam goreng seketul.
Apa yang aku nak kongsi ngan korang adalah.. restoran mempunyai teknik marketing yang unik. Mereka mempunyai teknik mengusir pelanggan yang sempurna dan begitu dirancang dengan rapi. Tak hairan la kenapa kedai ini hanya dipenuhi oleh golongan tertentu seperti ahli2 politik... sistem layanan mereka mmg ada standard yang tertentu yang mana pelanggan berstatus rakyat biasa tidak akan dihiraukan oleh mereka... di fahamkan pemilik kedai tu ada main politik juga hahahaha bantai la korang. Sebenarnya layanan untuk kita orang agak baik juga di mana kita orang hanya perlu memanggil 3 ataupun 4 kali jer utk memesan sepiring mee. Kalau dua piring korang darab la sendiri. Teknik yang paling unik di mana pelayannya sorang awek yang berwajah sederhana lawa (kena modify sikit) mesti bermuka masam ala2 mengidap PMS (Psychotic Motherfucker Syndrome) semasa melayan pelanggan dengan menekan butang hp nya semasa pelanggan menyatakan pesanan mereka. Mmg super duper la kat KFC korang takkan jumpa layanan best macam ni!!! Syabas utk pengurusan Restoran Sr... opsss tak boleh ckp... hahaha
Para pelayan di suruh bermain sms kat tepi kuanter tanpa menghiraukan pelanggan kecuali mereka adalah ahli politik dan kontraktor berpengaruh. Ini adalah piagam pelanggan mereka yang telah membuat mereka berada di kelas mereka yang tersendiri. Tidak mengambil perhatian yang serius kepada pesanan pelanggan adalah satu teknik yang menarik di mana sepanjang aku di sana ada 2 - 3 pelanggan yang menyatakan kegembiraan mereka kerana makanan dan minuman mereka salah ataupun tidak sama seperti yang di order... Contohnya minta kopi di kasi kopi O... dan macam kerenah. Memang tak menyesal la kalau korang nak singgah kat kedai ni...
Bagi pelayan lelaki plak dia di galakkan oleh pihak pengurusan supaya bermuka garang dan menjerit kasar jika ada sebarang request... Jgn hiraukan kalau ada pelanggan yang mahu meminta bil... cuma jeling mereka dengan benci sudah memadai.
Dengan harga yang mahal, makanan kita orang berharga rm10.50 yang mana kos di kedai lain cuma dalam 7 - 8 ringgit aku pasti korang akan rasa puas hati dengan layanan dan mutu masakan mereka yang minimalis. So, apa korang tunggu lagi pi la serbu kedai ni hahahahaha. Bagi aku Restoran ni mmg mempunyai teknik mengusir pelanggan yang paling berkesan dan kedai2 lain harus mencontohi mereka ni supaya anda akan menjadi lebih terkenal!!! Sekian!!!