Sunday, March 22, 2009

ROTI CANAI GORENG PATAYA

Sebenarnya menu ni dah lama aku ternampak kat restoran tempat aku pekena nasi beriyani ngan kawan sekerja. Tapi aku ignore jer aku ingat taukeh kedai tu salah tulis menu yang menyatakan "ROTI CANAI GORENG PATAYA" Isk ndak pernah aku jumpa menu camni... korang macam mana? pernah? hahahahah tapi satu hari rakan memancing aku en. Sadam telah memberitahu aku ttg menu ni.. kat restoran yang sama juga isk Kat Restoran Al - Amin di daerah Beaufort, Sabah.. dekat ngan Restoran KFC. isk rupa2nya betul plak menu tu hahaha menyesal aku tak cuba. Mengikut reaksi si Sadam ni rasa best heheheh huh best? buat aku lapar. Malang sekian lama aku aku mengidam nak makan ROTI CANAI GORENG PATAYA ni tapi takde peluang memandang opis aku dah pindah ke daerah Membakut and no longer kat Beaufort.

Namun, peluang itu muncul kelmarin apabila rakan sekumpulan ngan band Death Metal aku En. Raem Jorsidon selaku drummer kita orang call aku bawa p jamming kat Beaufort. Kebetulan aku belum makan apa lagi masuk dalam ketanya terus aku propose kat dia ttg ROTI CANAI GORENG PATAYA ni hehehehe dia tak banyak cakap melainkan terus bersetuju!!!

So, lepas jamming dengan hati yang berdebar - debar kita orang tak banyak cakap terus order "Bos, kasi roti canai goreng pataya satu!!!" jeritan aku ala Dani dari band cradle of filth yang kelaparan. Hehehehe macam andaian yang kami buat sebelum order tu sampai.. kami teka bagaimana rupanya hehehehe last2 sampai juga dan rupanya seperti gambar kat bawah ni...

Aku terus usha apa yang di bungkus kat dalam kali aku tengok cam kuew tiaw plak.. huh rupa2nya roti canai tu di koyak2 then mamak tu goreng macam buat mee goreng.. ada sikit sayur huh!!! kira samala ngan konsep mee (kan kandung roti canai tu sama juga guna tepung macam mee...) Rasanya huh not bad juga.. kalau korang lapar boleh licin juga piring tu dan ianyajuga sesuai di makan dengan sayap ayam panggang!!! SO, kalau berminat p la Restoran Al - Amin Beaofort kalau nak mencuba.... Yeah!!!!

5 comments:

Takilala said...

Nasib baik perut penuh masa tu, kalau x, confirm ko rasa sesuap ja.. huhuhu. Itadakimasssssssss!!!!!!!

jairo said...

awu mun lain kali jiming jan dulu kita makan seharian...

Norazman M.N. said...

Bah.... lepas ni boleh try

mrbad said...

aduh best.. aku rindu ..

Jairo said...

Norazman: try jgn tak try
mrbad: hahahahaha mmg best!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT