Monday, July 13, 2009

PERANGI AH LONG? KASIHANLAH AH LONG ITU.. ISK... AH LONG TU JAHAT KER?

Baru - baru ni pihak kerajaan melaungkan satu misi baru mereka iaitu memerangi kegiatan ah long ataupun kat kampung aku kata ah long ni adalah loan Shark. Hehehehe kat berita aku tengok ada peminjam ni kena tangkap oleh ah long ni then kena siksa lalu kena kurung dalam bilik gelap.. isk kejam jugak yah mereka ni. Memang patutlah  kerajaan memerangi kegiatan ganas ini supaya para peminjam tidak kena kurung kalau tak bayar hutang heheheheheh so, kita pun tak perlu risau kalau dah pinjam duit tu pandai la pura2 lupa nak bayar hahaha korang jangan.. lepas kat dunia hahah nanti kat akhirat merasala korang.... nasihat aku kalau dah berhutang tu jangan la segan2 nak bayar balik.

Mesti korang ingat entri aku ni entri yang menyokong kegiatan ah long ni.. heheheheheh sebenarnya tidak... tujuan sebenar aku tulis entri ni adalah untuk meluahkan pendapat peribadi aku tentang fenomena kegiatan ah long ni.... errmmm sibuk terus pihak berkuasa nak perangi kegiagtan ahlong apabila pihak media menyiarkan berita tentang orang awam yang kena kurung.. terus istiharkan perang habis - habisan. Errrmmm di harap usaha ni di buat hingga mendatangkan hasil.. jangan setakat hangat2 taik ayam.. cuma nak dapat publisiti jer.. takat kasi tengok scene koyak2 poster ahlong kat tv tu.. takder maknanyer... hahahaha macamlah kita nak bentersa kegiatan dadah.. kalau takat penagih yang di tangkap tokannya bebas.. masalah ni sampai biloa pjun takkan selasai.

Kita patut kaji sebaik mungkin ngapa ah long ni wujud.. bila aku lihat dari kacamata seorang ah long itu.. mereka hanyalah berniat utk berniaga utk mendapatkan wang semata - mata... sah tak sah belakang kira.. yang penting duit... opkos kalau berniaga ni kita mestila kena untung.... hehehehe so, kita kaji napa benda tu boleh wujud.. kalau benda tak laku buat apa org nak buat niaga kan? errrr haiya saiya kasi pinjam itu uwang pasal ada orang susah yang mau pinjam sama saiya.. memetik kata2 seorang ahlong ketika aku bertanyakan beliau ketika sedang melekatkan poster iklan mereka... hahahahahah  ertinya orang nak meminjam tu banyak.. hahahaha mmg boleh buat duit punyerlah... 

Napalah org nak pinjam kat ahlong?Drg ni stunt man ker apa.. tak taut mati? or ada darah bau2 bacang incredible hulk.. hinggakan drg tak takut kena pukul ahlong kalau tak dapat bayar utang.... ok aku nak ceritakan pengalaman sorang kawan aku yang aku taknak mention nama dia... errmmm member aku ni sorang pekerja dari sektor kerajaan errrmm gaji tolak kwsp dalam 2k sebulan.. errr kira ok la kalau di sabah agak tinggi juga (walaupun sebenarnya ianya tak cukup) dia ni dah bekeluarga.. dan dia la satu2nya punca pendapatan bagi keluarganya (dia ada beberapa orang anak aku taknak mention jumlahnya)... kalau di ikut pendapatan beliau ni taklah mewah sgt tapi boleh kata cukup2 makan utk mereka sekeluarga disamping dgn perbelanjaan bulanan yang tetap... (bayar bil.. keta letrik.. air dll).

Satu hari beliau memerlukan satu jumlah duit yang besar atas sebab kecemasan... dengan pendapat dan perbelanjaan semasa beliau jumlah tabungnya adalah berada di tahap yang minimum!!! Jadi adalah menjadi satu masalah kepada member aku ni utk menyediakan jumlah wang tersebut dlm masalah terdekat.. korang tentu paham akan maksud aku dengan perkataan kecemasan.. heheh maksud aku ianya mesti di selasaikan.. mau tak mau mesti jugak.... kalau korang tak paham kasitau aku ok.. nanti aku terangkan hehehehehe.... mula2 beliau cuba untuk meminjam dari sanak saudara dan rakan taulan.. heheheheh aku terus terang.. masa tu duit aku nak guna utk perbelanjaan perkahwinan aku heheheheheheh mmg tak dapat nak tolong... errmmm sanak saudara? hehehehehehe bukan semua sanak saudara kita ni org berada... hehehehe kita pun paham keadaan mereka... last2 pigi la kepada institusi kewangan yang ada hahahahahahaha... masa ni aku mengikuti perkembangan dan kronologi beliau mula meminjam duit dgn bank ni... hehehehehe first aku kasi teman dia p satu bank.... aku tengok brochure.. errmmm syaratnya mudah.... 1. ngko kakitangan kerajaan, 2. ada slip gaji 3 bulan terakhir, 3. pengesahan majikan & 4. salinan buku akaun bank. perrgghh semudah itu plak (utk pengetahuan korang aku tak pernah apply mana2 loan dgn mana2 bank). aku wonder napa la orang masi nak pinjam kat ahlong kalau gitu mudah syaratnya... tapi masa tu aku terpikir kalau kawan aku tu kerja ngan swasta mmg kat pintu bank pun dah hampa....

Masuk kat dalam bank tu jumpa dia punya pegawai.. check dokumen semua itu ini semua cukup.. last2 masa nak submit.. pegawai tu ckp.. err encik.. encik tak layak la pasal status jawatan encik adalah kontrak... kami terima yang tetap jer... la ke situ plak ceritanya.. then kami dgn hampa pergi ke satu buah bank yang lkain.. tengok pampletnya heheheh kali ni ada sedikit sinar kami lihat bila perkataan STATUS KONTRAK PUN LAYAK!!!! telah dihighlight heheheheheheh... member ni dgn harapan pigi la masuk then jumpa pegawai.. hehehehehe pegawai tu kata ok no problem.. boleh submit.... kena tunggu 2 minggu utk approval... then member dgn debar2 tunggu la 2 minggu utk keputusan permohonannya. sampai 2 minggu terus pegawai bank tu call... errr encik.. permohonan anda kena tolak la pasal kontrak encik baru dua tahun.. kita orang terima yang 4 tahun jer.. la ke situ plak.... napa masa apply tu dia tak kasitau... sedangkan kat surat perlantikan member aku ni ada tulis tarikh mula di lantik... ataupun pegawai tu fail di dalam product knowledge mereka sampai tak perasan pun masalah tu.. hehehehehe  member aku hampa lagi... aku kesian juga tengok dia ni.. semakin terhimpit... aku nak tolong tak mampu... then aku cuma cuba tolong dari segi kederat aku di dalam membantu beliau mendapatkan pinjaman.

Then kita orang masuk kat satu bank lagi.. errr bank ni pames tau... then kita orang jumpa pegawainya.. aku acting sebagai juruckp pada member aku ni.. aku mention awal2 kat pegawai tu yang member aku ni status kontrak... itu ini.. apa yang patut... kali ni pegawai tu kasi gerenti... tak perlu risau la encik.. kalau ctos ok rasanya boleh proceed ni... cuma bab kontrak ni ada payah sikit.. tapi dia berjanji akan tolong member aku ni... dia kata dia boleh tolong aturkan agar syarat tu di longgarkan kalau member ni takder masalah... errmmm lain macam jer bunyinya.. tapi macam biasa kita orang kena suruh tunggu 2 minggu juga.. heheheh tak pasal2 pegawai tu kasih kempen supaya aku pun apply isk isk isk no thanx kata ku kepadanya...

lepas dua minggu, member aku call pegawai bank yang pames tu.. tanya apa cerita... errr pegawai tu cerita panjang itu ini situ sana... last dia kata dia dapat kawtim ngan bos dia la..tapi kena kasi charge perkhidmatan plak (heheh harap korang paham maksud aku) misalnya member aku tu pinjam rm13k err 3k tu kena ambil utk charge perkhidmatan memandangkan ada sikit masalah kelulusan berlaku di sana.. walhal kalau kes standard dia plak kena minta duit.. isk rupanya kat dalam bank ni byk juga rasuah.. hehehehe RM3k tu pegawai tu yang mintak... kakakakak duit kopi katanya.... cis aku terus nasihat member aku tu supaya tolak jer loan tu.... tak beretika langsung.... dah la org kena bayar bunga... di p ambil kesempatan lagik.... cam gampang!!!

Begitulah ceritanya turun naik bank.. ceritan ya sama juga.. hahahahahaha mau tak mau member tu jumpa la encik Ah Long isk.... senang jer urusan satu hari dah dapat duit.... masalah member aku akhirnya dapat diselasaikan.... lega juga la aku pasal member dapat kuar dari masalah... tapi kini member aku tu ada masalah baru plak... isk masalahnya sekarang ni beliau terpaksa plak membayar hutangnya ngan ahlong tu dengan bunga yang tinggi memuncak.... walaupun takat ni member aku takder kena pukul (pasal bayar on time) tapi beliau terpaksa membayar jumlah duit yang tidak munasabah... isk isk kesian.. siapa yang harus dipersalahkan? Ah Long? Member aku tu? or Pegawai Bank yang Pames itu?


Itu baru cerita member aku yang kerja gomen.... huhuh mmg banyak karenah.. aku belum pernah jumpa secara first hand cerita mengenai seorang pekerja swasta yang nak pinjam kat bank.. isk lagi la susah... nak penjamin itu la nak penjamin ini la... errr sekarang ni bukannya senang nak dapatkan penjamin.... Bagi aku punca utama masalah ni adalah sistem itu sendiri... kata nak permudahkan sistem tapi aku tengok masih jugak complicated... isk mmg la bank pun nak untung juga.. tapi sistem tu perlu lebih mesra pelanggan.. errr mungkin dapat direview lagi agar ianya lebih effektif... aku ni bukanlah pasal sangat dalam bidang kewangan ni... tapi aku berpendapat kalau kita nak benteras satu2 gelaja tu... kita patut kaji betul2 dimana puncanya... ada kata ianya berpunca dari hutang kredit kad.. errmm aku setuju jugak dah tu... napa sekarang ni kreditkad sgt mudah diperolehi... isk isk isk... patut syarat kelayakan kredit kad ni perlu diperketatkan lagi.... iu salah satu.. korang ada pendapat? heheh mari kita kongsi bersama... pihak bank perlu lebih prihatin dengan keperluan pengguna...

p/s: pernah dulu aku terlambat bayar utang kredit kad (lambat sebulan) terus ada minah histeria call aku marah sambil jerit... jgn buat bank ni macam bank bapak awak... isk.. kesitu plak minah tu.... pastu ugut2 nak antar saman then semua aset aku dilelong hahahahahahahahah lawak la minah tu.... ntah sapalah yang lebih ganas.. ahlong ataupun minah histeria tu?

Wednesday, July 8, 2009

MASTERPIECE MOCKINGBIRD: MILIK SIAPAKAH BURUNG INI?

CAKAP BANYAK TAK GUNA.... TENGOK SAJA PUN DAH TERGERAK HATI HAHAHAHAHAH....


Specifications
Construction: bolt on
Body wood: agathis
Top style: deep arched
Top wood: quilted AAA veneer
Body binding: single ply white

Headstock style: traditional 3 to a side
Headstock color: matching veneer and color
Headstock binding: single ply white
Tuners: BC Rich die cast

Neck wood: maple
Back of neck: stained to match
Neck binding: single ply white
Neck profile: standard BC Rich C
Nut width: 43 mm

Fretboard: rosewood
Inlay: white pearloid block
Frets: 24 jumbo 2.7mm
Scale: 24 5/8”

Bridge type: Tune O Matic
String termination: string through
Pickups: 2 B.C. Rich B.D.S.M. humbuckers
Controls: two volumes, one tone and one 3 way toggle
Click to see control diagram
Hardware: chrome

Finish: Transparent
Top wood: AAA quilted maple veneer
Colors: Dragon Blood


Masterpiece Mockingbird
Masterpiece Mockingbirds are not short on looks or features. This bolt on guitar is an arched top with a AAA quilted maple veneer top. It is scaled to 24 5/8” with 24 jumbo frets and has a Rosewood fingerboard with block inlays. Additionally it has a string though body with a tune-o-matic bridge and two chrome covered humbucker pickups.


P/S: aku dgr MJ mati kena kubur ngan keranda salut emas... hehehehehe sapa nak derma keranda ni utk aku kubur mockingbird merah tu? hehehehehehehehe

Tuesday, July 7, 2009

AKU MAKAN ULAT DI PESTA?

Yup.. baru - baru ni aku makan ulat... isk.. betul serius aku tak tipu.. aku makan ulat sagu atau nama lokalnya  Butod (tak tau ejaan ni ngam ka tidak). Ni semua gara aku pigi ke Pesta Rumbia yang di langsungkan kat Daerah Kuala Penyu baru2 (5/07/2009) ni. Bagi member2 yang tak tau apa tu pesta rumbia.. k mari aku briefing sikit pasal ni...

Pesta Rumbia ni dah termasuk dalam kalendar tahunan pelancongan negeri Sabah.. kira ianya dibuat setiap tahun la macam pesta menuai la.. (errmm tapi pesta menuai lagi grand la...) Pesta Rumbia ni hanya di buat kat Daerah Kuala Penyu yang mana terletak kira2 120 km dari Kota Kinabalu. Kalau drive lebih kurang 2 jam lamanya hehehehe lain kalau korang drive ala Tokyo Driff or The Fast n Furios tu kejab la sampai... mmg aku gerenti cepat sampai.. kalau tak sampai kat Kuala Penyu.. sampai ke Hospital la alamatnya( dah pandu laju tu mg merbahaya..) hehehe off topik plak....

Pesta Rumbia kali ni adalah pesta rumbia yang ke 20 (maksudnya dah masuk 20 tahun org Kuala Penyu celebrate pesta ni).. tujuannya adalah untuk mempromosikan pelbagai keunikan dan keunggulan Daerah Kuala Penyu di samping menonjolkan pelbagai produk pokok rumbia. Acara kemuncak bagi pesta ni adalah pemahkotaan Ratu Pesta Rumbia.... errr ada yang tak tau apa tu pokok rumbia? heheheh kalau org kampung aku panggil pokok rumbia ni adalah "Matroxylon Sagus" hehehehehe kekadang org guna nama tu utk nama saintifiknya hahahahaha senang2 pokok ni la bahan utama untuk org buat sagu... heheheheheh

Nak di jadikan cerita camner aku aku boleh termakan ulat ni.. sebenarnya ulat sagu ni hidup kat dalam batang rumbia dan makanan drg adalah isi rumbia tu hehehehehe (ntah betul ka tidak fakta aku ni) secara ringkasnya gitu la.... So, masa aku round2 kat pesta ni terjumpa la booth demonstrasi membuat sagu secara tradisional heheheheh tengah tengok2 isk ternampak aku menatang bergerak2 dalam satu bekas seperti gambar kat bawah.... 

Aku tanya pakcik yang jaga booth tu, tanya apa benda kat dlm ni hehehe di ckp ni la butod heheheh selama ni aku pernah dengar nama jer tapi tak pernah tengok live.... heheheheheheh terus aku tanya "boleh makan ka ini?" terus uncle tu jawab boleh... heheheh tanpa banyak soal aku terus amik satu ekor then ngap masuk dalam mulut macam dalam cerita fear factor tu hehehehehe nyum nyum huh rasanya macam isi kelapa aku kata setelah keseluruhan ulat tu aku telan.... pakcik tu dia tengok aku... hehehehe then aku amik lagi satu ngap lagi... nyum nyum.. pergh kompon rasa cam isi kelapa... more into rasa kelapa tua.... tak puas ati aku ambik lagi satu.. ngap... nyum uncle tu still diam.. hehehehe then aku tanya boleh tapau bawa balik ka? hehehe ingat aku nak bawa balik nak kasi rasa orang kat rumah hahahaha tapi takder plastik nak simpan menatang tu hehehehehe nasib aku tak tapau... kalau tak merasala bini aku makan ulat sagu....

bersambung....

... lain cerita....

nak pekan kuala penyu ni ada dua alternatif sama ada korang nak lalu highway kat daerah beaufort.. hehehehe or ikut melalui jalan kampung kat Daerah Membakut (kampung aku ni woooiii) yang mana anda perlu menaiki feri seperti gambar kat bawa ni untuk sampai ke pekannya... Kalau musim2 festival camni aku tak sarankan korang guna feri pasal kena berbaris panjang woooo melainkan korang dari kampung yang berdekatan macam aku hehehe nak tak nak kena la berbaris.... pasal kalau lalu kat daerah beaufort jaraknya jauh la tak rela i auuwwww..... kakakakaka

Feri ni boleh mengangkut kira2 10 buah kenderaan kecil (lori dan van tak termasuk) sekaligus untuk menyeberangi sungai Kuala Penyu yang bersambung ngan laut China Selatan. Bagi yang tak tahan menunggu.. korang boleh la tinggalkan kereta anda serta pemandunya (jika ada pemandu) kat barisan then korang boleh terjun ke air utk berenang ke seberang.. hehehe jgn korang buat seperti apa yang aku sarankan kerana sebenarnya ada bot - bot yang membawa penumpang di sepanjang sungai kuala penyu ni... Saranan terjun ini adalah khas untuk org2 yang suka buat rekod2 merepek seperti menyeberang sungai Kuala Penyu di Subuh Hari Tatkala orang sibuk hendak ke Pesta.... gambar kat bawah ni adalah bot yang aku maksudkan...

Masa pesta tu Jabatan Laut juga buat pameran bot yang pameran tu dibuat bermula pada 3/7/2009.. fuh tiga hari orang ramai boleh melihat dengan lebih dekat bot peronda ini.. nak naik atas.. nak masuk dalam... jangan korang hijack jer bot tu sudah lah hehehehehehe

errr korang jangan tertipu... effect gambar seperti kat atas tu bukan la kabus di waktu pagi.. sebenarnya gambar ni aku amik masa tengahari dgn panas yang terik... effect tu sebenarnya effect semulajadi yang dihasilkan oleh gerai yang menjual sayap ayam panggang yang mana asapnya membuatkan suasana seperti waktu pagi yang sejuk dan nyaman dengan hembusan kabus yang menusuk kalbu wakakakakaka the fact is ia cuma asap dan aku sedang mandi peluh serta sun burn kat muka hahahahahaha

Kat bawah ni adalah gambar tanpa effect dan edit hehehehe direct dari memori kad terus upload hahahahahaha korang boleh rasa perbezaannya kan?


Gambar kat atas tu bukanlah gambar nakhoda tanggang ataupun si malim kundang... Gambar ni hanya khas untuk tatapan peminat diluar sana (ahaks berlagak artis plak aku) sebenarnya aku tercari - cari kat mana la nak start engine bot tu.. hehehehe oleh kerana kena snap gambar aku buat2 la macam pro.. padahal sikit pun tiada bakat2 seorang pelaut... post ni aku tribute untuk kartun Popeye The Sailor Man....

Korang nak snow wash? hahahah jgn korang nak ngada - ngada sebenar aku paksa abang bomba tu semburkan pemadam api (khas utk kebakaran yang berpunca dari minyak kalau tak silap aku).. kononnya aku ni sedang buat liputan pasal pesta rumbia hahahahaha tipu sikit - sikit hehehehehehe kalau abang bomba tu terbaca maaf yer.. nak promosi sikit utk jabatan bomba... fuh mmg cun la pemadam api tu... kalau ada sebijik kat rumah mmg aku dah convertkan jadi snow wash utk keta aku hahahahaha

Kalau tadi korang nampak effect asap ni effect ayam plak.. errr asap tadi tu hasil dari org masak ayam ni la.... hahahahahaha sambil ambik gambar.. member aku belanja makan cikinwing... apa lagi kita orang belasah la cukup....

Hasilnya kami berjaya memusnahkan makanan dan minum seperti yang tertera kat gambar di atas....

Aku tak kenal anak sapa ni.. tapi yzang aku tau dia ni adalah pelajar Tadika Pen Yu yang terletak di daerah kuala penyu.. drg buat performance tarian pada ari tu... aku ambil gambar dia atas reqeust dia yang spontan dgn sign peacenya... yearrhh support peace and freedom hahaha itu lah messege gambar di atas... Masa on the way balik aku singgah kat port aku selalu gi mancing ngan kengkawan.. isk dah berbulan aku tak pi sini.... (sila rujuk kat gambar dibawah...) cantik ker pemandangannya???? hehehehehe

.... sambungan....

masa dah sampai rumah aku ngan bangga la cerita kat bapak aku (bapak aku ni suka juga pasal adventure makan2 ni) pasal aku ada makan 3 ekor ulat sagu.... hehehehe riak ulat saguWi hahahah then bapak aku tanya drng masak apa ulat tu.. isk aku terdiam... errrrr ulat tu nak kena masak dulu ker? isk lalu bini aku menjeling dgn muka yang sedikit geli.. isk isk isk ..errrr tapi aku rasa ok jer.. errr betul ker ok? errrrrr ntah... sekian terima kasih.

...Tamat...

fbadcode-Q_GkBQFjNa-zY4t5NHJpj9WOth9XMXpnOiZWJrrZwWqgn4N_IDvmiJ_xJLL35BeEQ_M