Ok di sini aku nak ucapkan selamat tahun baru (1431 Hijrah & 2010 Masihi) kepada semua pembaca / pelawat blog ini. Kepada rakan bloggers yang berbangsa Cina plak aku nak ucapkan advance Gong Xi Fatt Choi (betul ker ejaan aku ni?). Tahun ni korang tak perlulah susah nak bagi aku ang pau pasal sekarang ni aku dah kahwin.. kalau dulu belum kahwin boleh la kot dapat ang pau hahahahahahahaha.. tapi kalau korang nak kasi jugak just click iklan yang tertera kat blog ni... bagi aku itu sudah pun memadai heheheh biar pun hanya dapat 25 - 50 sen tapi aku tak kisah pasal yang penting korang ikhlas hahahahahahaha. Ini aku ada satu cerita....
Selalunya bila tibanya tahun baru, kebanyakkan orang akan buat azam. Buat azam tahun baru demi nak majukan diri kononnya... heheheheheh teringat plak aku pada suatu masa dulu sebelum era millenium 2000 aku tanya kat kazen aku tentang apa azam tahun baru dia... hahaha dengan selamber sambil idupkan rokok Dunhillnya dia menjawab... "Azam Dungun...." isk... tu bukan komposer lagu ker? aku tanya... "yalah", jawabnya ringkas lalu meninggalkan aku terpinga - pinga kebinggungan. Sampai sekarang aku tak tau apa maksudnya hanya aku dapat simpulkan bahawa di berloyar buruk dgn aku....
Masa tu aku pun beriya - iya nak set azam tahun baru.. ahah trendy betul aku ni.. org nak buat azam aku pun nak buat jugak.... nasib baik masa tu aku blum buat blog lagi kalau tak mmg berjela - jela la azam tahun baru aku wakakakakakakakaka. Walaubagaimanapun hahah setiap azam yang aku buat tu mmg tak pernah accomplice hahahah mmg jejaka yang tidak punya komitmen kata sorang member aku kepada aku apabila aku menyatakan rasa kecewa apabila gagal mencapai azam tersebut.... Dgn tu sekali tahun yang sekalian kalinya aku pun buat aku punya ultimate AZAM (pada masa tu la..) azam tahun baru aku pada masa itu ialah "AKU AKAN BERHENTI UNTUK MEMBUAT SEBARANG AZAM" hahaha usahaku itu tidak sia - sia.. hingga kini aku berjaya menunaikan azam tersebut....
K la tahun baru 1431 Hijrah jatuh pada hari ni... Dan Tahun 2010 Masihi ada lebih kurang 13 hari dari sekarang.. Hahahaha oleh kerana banyak perubahan yang telah berlaku terhadap diri aku ni.. maka sekali lagi aku membuat satu langkah drastik iaitu merombak semula azam aku.... So, dgn muktamad aku putuskan bahawa aku aku nak buat AZAM plak utk tahun baru pada kali memandangkan ini adalah tahun baru aku yang pertama sebagai suami orang hahhaha... apa azam aku tu? hahahahah nantikanlah pada entri yang akan datang.... sekian terima kasih....