Thursday, January 14, 2010

MERAJUK....

Sejak bersama ngan DJ Dave ni... Burung Besi aku seakan - akan merajuk dan memencilkan diri dalam ROCKCASE Warwick... Jgn Risau Burung Besi, approve jer belanjawan akan datang ngko pasti akan berwajah baru + diupgrade dan aku pasti masa tu DJ Dave akan menjeling dengki kat ngko.. kakakakakaka



Aku bersama Dj Dave (en. ijau yang kasi nama Dj - 600 ni p DJ Dave dan terpaksa akur....)

 

Ni Aku ngan Ironbird masa gig kat Beaufort Rock City....

Monday, January 4, 2010

APA ADA DENGAN TAHUN 2010?


Akhirnya aku kembali online setelah lama bercuti hujung tahun... Takderlah p mana2 just spend quality time ngan family dan juga praktis ngan band aku... hehehehehehe macam aku kata pada entri aku sebelum ni mengenai pembikinan azam aku di buat kembali hehehehehe so.... kat sini aku nak kongsi apa yang aku azamkan sempena tahun 2010....

sebelum tu aku nak kasitau awal2 azam dan wishlist adalah lain2 hehehehehehe wishlist ni macam ada org kata tahun 2010 ni aku nak beli gitar ESP MK II ker nak beli NIKON D700 ker apa2 la... dlm hal ni aku rasa encik ijau sgt mahir.... azam kali ni aku bahagikan kepada beberapa kategori......so, check it out:

1. Kekeluargaan

Of Course seperti yang anda sudah sedia maklum yang aku ni dah berumah tangga.... macam encik ijau kata... (encik ijau lagik)antara azam aku adalah untuk menjadi seorang bapa / ayah... heheheheh sapa yang dah kawin tak mau ada anak? Ok dia betul dalam part ni... mmg aku berazam utk menjadi seorang bapa. Aku ngan wife aku sgt komited di dalam hal ini (korang jgn la nak komen lebih2) cuma setelah dekat setengah tahun berkahwin kami belum ada rezeki lagik. Korang doakan agar kami cepat2 di kurniakan cahaya mata... nanti kalau dah ada anak boleh anak aku tu buat band ngan anak en. takilala.....

Untuk lebih terperinci, azam aku bagi kategori kekeluargaan ni aku nak memainkan peranan aku sebagai ketua keluarga sebaik yang mungkin.... yalah kalau dulu seorang.. sekarang dah berdua.. dah berdua nanti bertiga, berempat dan seterusnya. Kalau dulu keja aku jadi BATMAN meronda kota di waktu malam hingga ke siang sekarang ni jawatan BATMAN tu dah aku lepaskan.. sekarang kalau malam duduk rumah jer.... bak kata zul (bassist mi scusi) kalau sehari tak keluar rumah badan terus kena ruam.... hahahahaha tapi sekarang ni masalah ruam tidak ada lagi hehehehehe... kira azam ni nak jadi suami yang mithali la....

2. Personal

Azam aku yang paling serius utk diri sendiri adalah utk mengurangkan berat badan aku sejak 2-3 tahun kebelakangan ni aku tengok amat menjadi - jadi... heheheheheh mungkin berpunca daripada tabiat permakanan aku yang tak terkawal heheheheheh (aku rasa inilah punca yang paling signifikan) mmg serius overweight aku ni... aku nak mengurangkan berat badan ni bukan apa. mmg ramai org kata aku nampak kiut dgn bentuk badan aku yang gedempol ni hahaha itu mmg tidak dapat aku sangkal malahan aku mulai bosan dgn pujian2 tersebut.. muhahahahahahahahaha..... bagi aku berbadan gemuk itu bukan la satu kekurangan malahan ianya adalah satu kelebihan (kelebihan berat) hahahahahaha... yang paling aku konsen ni ialah aku nak turunkan berat badan pasal nak mengurangkan risiko daripada menghidap penyakit2 kronik seperti kencing manis, darah tinggi (ni symptom2nyer macam dah ada... heheh), gout, sakit jantung dan banyak lagi la... camner nak jadi suami mithali kalau dah penyakit kronik sana sini... betul tak?

Selain tu aku nak tingkatkan ekonomi aku.. kerja kuat. maklumlah dah bekerluarga tanggungan pun bertambah. selain daripada utk family ini juga ke arah untuk memenuhi wishlist aku yang panjang berjela (hahaha korang boleh nampak beza wishlist ngan azam...)antaranya gadjet2 musik aku dan peralatan2 utk memenuhi hobi aku yang tak senonoh. part ni kalau ada reqeust baru la aku reveal.... kalau takder biarlah rahsia.....

last but not least utk kategori ni... ialah peningkatan dari segi rohani.. heheheheh tak nak ulas byk aku rasa korang semua faham bab ni....

3. Band

Hahaha napa plak tiba2 ada band ni? hahahaha utk pengetahuan korang band member aku ni dah kira macam ahli keluarga dah... hahahahah.. tahun 2010 ni aku nak anjakkan band kesayangan aku Mi Scusi ke satu tempat yang lebih advance yang mana kali ni kami akan lebih komited utk terbitkan karya2 kami dgn lebih professional. Sebenarnya perkara ini sudah lama dirancang tapi tak komited.. tu yang tak pernah jadi.. macam2 alasan di beri.. maklumlah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih... untuk merealisasikan misi ni.. kita dah duduk meja bulat utk memperbincangkan hal2 berkaitan berserta pelan tindakan... buat masa ni studio mana nak rakam dah pun di putuskan... cuma ari tu owner studio tu suruh kami datang lepas cuti tahun baru utk arrange appointment kami ngan dia... hehehehehe

kami juga sekarang bersedia untuk mengisi sirkit2 gigs di sekitar sabah (kalau ada offer dari semenanjung mungkin boleh di atur). Bukan apa lebih kurang setahun kami rest takder beraksi kat mana2 gigs.... heheheh berhibernisasi kot... tak la juga pasal latihan rutin mingguan giat juga dibuat... heheh mungkin takder org nak tengok kami main kot... bosan ker band aku ni? kalau korang rasa bosan ngan band aku ni tolong info aku ya.... utk pengetahuan korang kami dari hari ke sehari mmg sentiasa berlatih utk mempertingkatkan mutu permainan kami.. selain skill... kami juga merancang untuk mempertingkatkan diri dengan pendedahan kepada teori produksi dan permainan alatan musik.

ok lah aku rasa ni la azam aku utk tahun 2010... lama aku tak berazam ni heheheheheh rasa dgn ni cukup la tak payah nak list byk2.... dan utk pengetahuan pihak yang menuduh aku sebagai tukang racun... heheheheh aku tiada sebarang niat utk meracun korang.. hehe aku hanya share pengetahuan aku tentang sesuatu produk.. al maklum la aku ni bekas student bisnes.. maka kadang2 cara aku explain tu mmg macam saleman la lagaknya sampai korang terpengaruh... tapi lepas beli tak juga korang menyesalkan? heheheheheh nak beli lagi adalah.... itu maksudnya aku bukan meracun korang ... ianya sebenarnya aku hanyalah sorang saleman yang baik hehehehehehehehehehe

untuk akhir entri ni aku nak share satu gambar yang aku cilok dari facebook member aku......



p/s: berita yang baru aku terima.... salah seorang rakan forum kat Metal Terus saudara Arif Bin Mohd Noh a.k.a CINTAKITA dikatakan telah meninggal dunia pada 22/12/2009 yang lepas.. kononnya sakit leukemia... aku tak pasti akan berita ni.. tu pun dapat tau dari kawan arwah tu yang mana masuk ke forum tu utk memberitahu akan berita ini... apa2 pun marilah kita sama2 sedekahkan Al - Fatihah kepada saudara CINTAKITA.. Al - Fatihah.....

Friday, December 18, 2009

SELAMAT TAHUN BARU

Ok di sini aku nak ucapkan selamat tahun baru (1431 Hijrah & 2010 Masihi) kepada semua pembaca / pelawat blog ini. Kepada rakan bloggers yang berbangsa Cina plak aku nak ucapkan advance Gong Xi Fatt Choi (betul ker ejaan aku ni?). Tahun ni korang tak perlulah susah nak bagi aku ang pau pasal sekarang ni aku dah kahwin.. kalau dulu belum kahwin boleh la kot dapat ang pau hahahahahahahaha.. tapi kalau korang nak kasi jugak just click iklan yang tertera kat blog ni... bagi aku itu sudah pun memadai heheheh biar pun hanya dapat 25 - 50 sen tapi aku tak kisah pasal yang penting korang ikhlas hahahahahahaha. Ini aku ada satu cerita....

Selalunya bila tibanya tahun baru, kebanyakkan orang akan buat azam. Buat azam tahun baru demi nak majukan diri kononnya... heheheheheh teringat plak aku pada suatu masa dulu sebelum era millenium 2000 aku tanya kat kazen aku tentang apa azam tahun baru dia... hahaha dengan selamber sambil idupkan rokok Dunhillnya dia menjawab... "Azam Dungun...." isk... tu bukan komposer lagu ker? aku tanya... "yalah", jawabnya ringkas lalu meninggalkan aku terpinga - pinga kebinggungan. Sampai sekarang aku tak tau apa maksudnya hanya aku dapat simpulkan bahawa di berloyar buruk dgn aku....

Masa tu aku pun beriya - iya nak set azam tahun baru.. ahah trendy betul aku ni.. org nak buat azam aku pun nak buat jugak.... nasib baik masa tu aku blum buat blog lagi kalau tak mmg berjela - jela la azam tahun baru aku wakakakakakakakaka. Walaubagaimanapun hahah setiap azam yang aku buat tu mmg tak pernah accomplice hahahah mmg jejaka yang tidak punya komitmen kata sorang member aku kepada aku apabila aku menyatakan rasa kecewa apabila gagal mencapai azam tersebut.... Dgn tu sekali tahun yang sekalian kalinya aku pun buat aku punya ultimate AZAM (pada masa tu la..) azam tahun baru aku pada masa itu ialah "AKU AKAN BERHENTI UNTUK MEMBUAT SEBARANG AZAM" hahaha usahaku itu tidak sia - sia.. hingga kini aku berjaya menunaikan azam tersebut....

K la tahun baru 1431 Hijrah jatuh pada hari ni... Dan Tahun 2010 Masihi ada lebih kurang 13 hari dari sekarang.. Hahahaha oleh kerana banyak perubahan yang telah berlaku terhadap diri aku ni.. maka sekali lagi aku membuat satu langkah drastik iaitu merombak semula azam aku.... So, dgn muktamad aku putuskan bahawa aku aku nak buat AZAM plak utk tahun baru pada kali memandangkan ini adalah tahun baru aku yang pertama sebagai suami orang hahhaha... apa azam aku tu? hahahahah nantikanlah pada entri yang akan datang.... sekian terima kasih....