Thursday, July 29, 2010

KARANGAN YANG SANGAT MENGERIKAN...

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya
bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali
dengan
garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh
120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi
8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru
dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya
tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun
turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar
lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju
iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan
lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya
dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar
pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang
semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka
bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa
sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri
semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu
lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak
saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih
marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu
lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!"
dan jatuh ke bumi.
Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia
balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan
beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa
Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap
orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke
ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di
pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni
tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih
ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian
itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga
berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya
dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat
sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum
saya mati.

-----

KARANGAN NI AKU DAPAT DARIPADA RAKAN FORUM KEKEKEKE LAWAK AKU RASA SO, AKU SHARE NGAN KORANG KAT SINI.... PSYCHO GILER BUDAK BUAT KARANGAN NI....
Apa2 pun enjoy dulu video kat bawah ni...

Tuesday, July 27, 2010

I JUST DISCOVER THAT MY FAVORITE JUNK FOOD IS NOT "HALAL".. HOW ABOUT YOU?

Kekekekek lama aku tak menulis di dalam bahasa english.. aku rasa english aku ni dah semakin kamikaze jadinya,,,, ni rentetan masa perjalanan menonton konsert double trouble ari tu.. dlm perjalanan tu aku ada ckp ngan member seperjalanan iaitu en. takilala dan awg raem (dua2 ni band member Manggas) pasal makanan ringan kegemaran aku... selain mee goreng (ni masuk makanan ringan ker?) dan maggi asam laksa...pringles potato chip juga adalah diantara yang termasuk didalam list aku.... kekekekekek dari sini baru aku perasan yang potato chip ni takder tanda halal... dan bila en. takilala check kat portal halal mmg ada kata yang produk ni tak halal... isk.... aku p kedai check mmg ada certain perisa yang ada logo halal dan ada yang tiada.,.. perrgghhh baru aku tau....
Masa ni tetiba aku terfikir akan minuman yang teringin aku nak rasa pasal ada member2 blogger yang selalu mention kat blog diaorang... minuman tu tak lain tak bukan ialah minuman bundaberg... abg. ben & en.ijau selalu buat entri pasal minuman ni dan sekaligus aku cop sebagai peminat bunderberg di kalangan rakan2. Dari yang kitaorang check kat situ mengatakan bahawa bunderberg ni haram.. kerana mengandungi perwarna yang berasal daripada crush insect.. isk... biar betul.. apa2 pun mari kita nantikan respon dari rakan2 kita.. pasal aku tak pernah nampak lagi pun botol minuman bunderberg...

p/s: aku sedang draft review konsert double trouble tempohari... kasi sikit masa kat aku arrr byk gambar nak aku upload ni kekekekekeke
------------------------
edited: kat sini ada share ngan korang link citer pasal crush insect food coloring
1. http://hamzajennings.com/2008/08/01/e120-haram-food-colouring/
2.http://www.food-info.net/uk/qa/qa-fi45.htm

Friday, July 23, 2010

ROAD TO DOUBLE TROUBLE....

Entri ni adalah autopost.... masa ni aku sedang bertolak utk pergi ke Tawau untuk menyaksikan acara sepeti yang tertera kat poster di atas... ikut jalan darat bersama anggota manggas en. takilala & raem (waimi tak jadi ikut la...) Harap semua perjalanan akan berjalan dgn lancar.... nanti aku update pasal perjalanan ni ok... Yearrrgghhh 1000++ KM to go..... \m/!!!!