Friday, August 12, 2011

[REPOST] - SEBAB KENAPA AKU LAMA TAK UPDATE BLOG....



NI MALAS PUNYA PASAL ABIS LA ENTRI2 LAMA KENA RECYCLE....

Recently I met up with my idol Ultraman in Tokyo, Japan, the city he has saved many times over from evil, destructive monsters. We met at an intersection downtown, bought drinks from a vending machine and sat on the kerb for this interview.


Me: Konichiwa, Ultraman-san!

Ultraman: Apa khabar, Visiteur-san!

Me: Wow! Ultraman reti cakap bahasa?

Ultraman: Mesti lah, beb! Gua ada ramai peminat di seluruh dunia. Gua kena lah belajar macam-macam bahasa.

Me: Cool! So, what you been up to, dude?

Ultraman: A bit tired. Fought a monster last night in Fukushima prefecture. We fought until we reached the seaside in Hamadori. A lot of people
died.

Me: The monster killed so many?

Ultraman: Actually, gua terjatuh and terhimpit diorang.

Me: Er, I see. Banyak lagi ke monster kat dunia ni?

Ultraman: Ada lah. Tapi diorang dah malas nak lawan. Dah ada agent and publicist. Merchandising rights. Suma lawan nak dapat market share je. Boring lah, beb!

Me: I see. So camne brader-brader lu? Ultraman Tiga, Ultraman Taro .. ?

Ultraman: They all OK. Tiga dah bersara. Sekarang dia bukak restoran
sushi kat Shinjuku. Bini dia baru beranak.

Me: Wow!

Ultraman: Yeah. Bini dia makhluk Bumi. So at first, family gua bantah, sebab we all boleh kahwin ngan orang Planet Ultra je. But thank the
Ultra-Gods,my father, Ultraman yang bertanduk tu, finally gave his blessings. Cucu dia tu bertanduk jugak, so happy lah dia.

Me: What about Taro?

Ultraman: Taro tengah buat multi-level marketing jual ubat untuk kuatkan tenaga batin.

Me: Eh, naper Ultraman suma tak nak jadi superhero lagi?

Ultraman: Tu lah. Nowadays terlalu ramai superhero. Gaban lah, Power Ranger lah, ni lah, tu la. Yang paling teruk si Baja Hitam tu lah. Lawan cam pondan tapi marketing power dia kuat. Sebab tu boleh jadi popular. I always say, never trust superhero yang bawak motosikal, superhero yang pakai topeng pelik-pelik. We all Ultramen don't need all that cosmetic s**t.

Me: Wow, marahnya Ultraman.

Ultraman: Siapa tak marah? Bagero! Superhero ciplak ni suma tak original lah. And they all no integrity or morals. Last week, I dengar Gaban kena tangkap ngan gadis bawah umur. You see?

Me: Man, that is sad.

Ultraman: Tu lah. That's why kalau tak Ultra, memang tak world lah.

Me: Wuhu! Lu peminat Mawi ke?

Ultraman: Adalah sikit-sikit.

Me: So, Ultraman, what's your future plan? You going to give up being a superhero too?

Ultraman: No way. I love my job too much. But my girlfriend complains
that I work such long hours. And when I come home at night, I'm always tired and my chest light is always beeping.

Me: Woooo! Sounds like you might need some of that ubat from your brader Taro.

Ultraman: Good idea! I better give him a call tonight.

At this point, Ultraman receives a distress call from Yokohama, where a monster is attacking the train station. So off he went, into the blue yonder, to fight yet another worthy adversary. World!

Thursday, August 11, 2011

BAAZAR RAMADHAN D.I.Y


 Di dalam misi "30 HARI MENCARI BERIYANI" yang masih menemui jalan buntu walaupun sudah masuk hari yang ke - 11 Baazar ramadhan dibuka kepada orang awam, emak aku mendapat idea kenapa tidak buat Beriyani sendiri? hahahahahaha... ok misi "30 HARI MENCARI BERIYANI" ni sebenarnya adalah misi aku untuk memburu bakat baru nasi beriyani.. kira beriyani INDIE la... tahun ni aku tak nak cari yang mainstream yang mmg dah popular.. saja jer tukar angin.. maka dengan itu membuat nasi beriyani sendiri bukan la penyelasaian or penghujung misi ni.. ianya sekadar untuk melepas gian jer hahahahahahaha pencarian masih di teruskan!!!!

Emak aku ni kira seorang yang aktif dan baru2 ni telah bersara dari profesion beliau yang di pegang lebih 30 tahun. So, kalau dah biasa bekerja bila dah bersara mmg akan jadi bosan takder benda nak buat... so, di sini la timbulnya idea nak buat bazzar ramadhan D.I.Y beliau yang mana tapak nya kat depan pagar kediaman kami hahahahahahahaha.. kira lokasinya kat tepi pagar seperti dlm gambar di bawah.... [gambar recycle]


Oleh kerana tahun ni aku tak berniaga kuih / biskut raya maka aku secara otomatik telah dilantik sebagai Assistant Chef Cook huhuhuhuhu minta maaf kepada semua pelanggan2 kuih/biskut raya pasal tak dapat terima order korang... banyak pertanyaan pasal kuih tu... napa aku tak jual nanti la aku cerita.. maybe rakan fb aku dah tau napa hehehehehehehehe kat bawah ni kenangan katalog kuih / biskut raya tahun lalu... huhuhuhuhuhuhuhu tak cukup tangan nak ambik order sampai terpaksa lantik sale executive.


 Kembali kepada cerita "BAAZAR RAMADHAN D.I.Y" antara menu yAng di tawarkan di dalam jualan KAMI adalah seperti berikut:

- nasi beriyani power (RM5)
  * ada acar timun & daging ayam masak kurma or kari ayam [hot item sebelum jam 5 akan sold out. Kalau nak datang awal]

- mee kari fuyoohhhh (RM2)
  * ada daging ayam, kentang & sayuran [menu ni banyak budak2 suka pasal tak pedas kalau nak pedas boleh bubuh cili sendiri]

- Nasi Ayam Legend (RM3)
  * ayam panggang tanpa minyak / kulit yang lembut ala2 kenny rojer. Sos Tiram Istimewa dan Chili Signature Series [AWAS!!! ni menu sihat]

- Nasi Ayam Penyet Spesel Edition (RM3)
  * Cikinwing Goreng Serai, Sambal + Ulam (ala standarad la ramuan ayam penyet) [menu ni hanya akan ada pada hari2 tertentu kira macam spesel DRAW]

- Soto Ayam Kegembiraan (RM2)
  *ni susah aku nak cakap... orang yang pernah datang beraya p rumah aku or datang wedding aku jer yang tau keistimewaan soto ni

Oh yah korang nak request gambar??? isk bukan aku tak nak kasi gambar tapi belum sempat aku snap gambar makan tu semua dah abis kena beli orang.. Sampai kami rasa terharu dengan sambutan yang diberikan.... Errr ada juga orang cakap napa jual murah sangat pasal kalau kat baazar ramadhan takkan dapat harga macam ni... isk korang ni kasi harga murah korang komplen kasi harga mahal lagi korang komplen apa korang nak sebenarnya?????????

ni explaination rasmi dari emak aku... bulan puasa ni beliau berniat untuk berniaga sambil bersedekah.. so, mana2 yang korang rasa murah tu mmg dah niat emak aku nak bersedekah so, terima saja la seadanya.... kalau nak kasi free karang sehari jer dapat bersedekah.. lagi pun time ekonomi tak menentu ni ringan la sikit beban orang kampung nak beli juadah berpuasa yang POWER!!!! hahahahahahah ok la adios.... jgn la ngada2 nak minta gambar... kalau nak tau beli jer!

Ini adalah salah satu testimonial dari customer yang happy dengan hidangan kami.. di petik dari fb aku...

"Jairo Desecrator aku td singgah depan rumahmu...membeli mee kari...5 lagi bini ku borong, ur daddy yg jaga td, tapi tu lain cerita...cerita yg sebenarnya ialah...mee kari tu mmg saaadaapppp...dua kali ku makan..." - En. Hashim Wahab -

Untuk member2 yang berada jauh dari lokasi sorry ni kira entri untuk orang kampung jer hehehehehe SELAMAT BERPUASA

UNTUK MEMBACA ENTRI2 AKU PASAL RAMADHAN SILA KLIK KAT SINI

Monday, August 1, 2011

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA 2011 M / 1432 H


"ustat, apakah batalkah puasa saya jika saya terjumpa serpihan cili di celah gigi saya semasa saya pergi ke tandas tadi"? kata brader B semasa usrah jabatan sempena bulan ramadhan....

lalu ustat menjawab " tidak batal.. buang saja siasa tersebut... kerana ianya sisa dari makanan semasa makan sahur' "errr tapi cili tu dari mee yang saya makan masa ke tandas tadi????" kata brader B sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal...

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAH SEKALIAN KEPADA YANG WARAS TU JANGAN LAH BERPURA - PURA GILA SEMATA - MATA UNTUK PONTENG PUASA...

p/s: bagi yang tak tau plak.. orang gila tu tak di wajibkan berpuasa..... :)