Saturday, April 25, 2009

DEDIKASI LAGU: DANZIG - SISTINAS

Hujung minggu ni aku nak dedikasi lagu Danzig ni kepada pelawat blog aku yang tak popular ni... Enjoy!!!!

Thursday, April 23, 2009

BALZAC - '1993-2007: Lives Archives' Special DVD

Video trailer: BALZAC - '1993-2007: Lives Archives' Special DVD

Antara projek aku yang akan datang... isk isk isk... harga aku tak nak mention kat sini hehehe yang penting boleh tahan juga harganya... korang boleh usha kat shocker kedai online drg. Kat bawah ni plak clip lagu Hikari Naki Sekai... errmmm rasa ni antara lagu balzac yang slow dan panjang gila ahh ding dong... tapi menarik juga musicknya enjoy la... errr Fiendish International Club... ada sapa2 berminat nak join?

Video : BALZAC - '光なき世界' ("Hikari Naki Sekai")

Monday, April 20, 2009

SEPETANG BERSAMA KUMPULAN MANGGAS

Photobucket

Sekadar Hiasan

Gambar kat atas tu adalah en. raem sedang tersengih apabila aku snap muka beliau ngan camera dslr canon 450d milik Joad.. (fuh member sekarang ni semuanya main dslr dah). Sebab utama beliau tersengih adalah disebabkan oleh Joad yang mengofferkan baju Balzac kat beliau dgn harga rm50 (henci)... Joad jual baju tu pasal baju8 tu bertaraf body fit ngan beliau hahahahaha.. aku tak tau samada baju tu kecil or badan dia yang besar... lain kat.. baju tu agak sendat utknya hahahaha. Sebenarnya entri ni sepatutnya dipost kan pada hari ahad yang lalu, namun aku rasa kurang sihat plak sihingga menangguhkan proses entri ini diselasaikan. Hari sabtu tu aku hanya sempat posting kat forum pasal promosi jualan official baju kumpulan Manggas yang baru diriliskan hehehehehe... utk detail pasal t shirt manggas korang boleh klik kat sini

Waimi still serius ngan Fender Stratsnya... Plan kita org hari nak praktis lagu baru selama dua jam. Sambil praktis adalah juga aku bawa kaset recorder utk merakam sesi latihan tu. Namun hasrat tu terbantut la plak akibat daripada kondisi amp (keduanya) waimi & en. Joad sound ntahy.. macam dah blow... adjust sana adjust sini mmg tak kena.. ingatkan masalah setting digital effect.. kita org try pakai metal zone pun sama isk.. aku dah suspek memang masalah dari amp ni. Lagipun kitaorg jamming ari tu adalah hari sabtu yang mana selalu pack ngan jammers sekitar daerah beaufort. kita masuk dalam jam 2 petang (mungkin sebelum kami datang bilik tu sedia dibelasah oleh band sebelumnya).. frust jugak la kita org.. dan last tak jadi nak praktis lagu baru.. jadi acara jamming suka2 plak. kita main beberapa lagu cover kegemaran semasa muda remaja dulu - dulu.. hehehehe antaranya adalah lagu Slayer - South of Heaven, I want out (helloween), kiowas (sepultura), Slave New World (Sepultura), dan Lagu favorite death Malaysian Detah Metal Satan's Cries (Suffercation)... Mmg mengamit kenangan lagu lagu yang di cover masa tu terutamanya lagu cover dari Suffercation... macam aku rasa kembali ke tahun 1993 di masa tu join jamming ngan band Deathrobe (Mr. Cimca main gitar ngan band ni la).

Sebenarnya aku nak ikut ekspresi wajah cam dalam t shirt Balzac yang aku pakai tu tapi tak jadi plak... Ni la baju Balzac yang baru sampai tempohari... ada free CDR heheheh pro printed cover. Masa ni aku curi masa bergambar masa mr. Waimi cuba find out masalah amp Joad yang humming sangat... Kalau Hirosuke nampak aku gambar pakai baju band dia huh mesti dia terharu punya la.. sampai dia berbaik hati kasi free kat aku CD boxsetnya.. minta2lah dia kasi kat aku. Tapi malangnya mamat jepun ni manalah faham cakap melayu.. isk.. nanti la kau belajar bahasa jepun.. biar aku sound direct kat dia.

Hehehe Joad juga turut berbangga dengan t Shirt Balzacnya.. di order sama2 ngan tshirt aku ni la... rupa hujung minggu tu kami mmg ada memasang niat utk menunjuk nunjuk tshirt balzac di antara satu sama lain!!!! Masa ni beliau tengah tension gara amp gitarnya yang humming!!! heheheh sabar.

Tup tap abis juga masa kita orang hahaha dgn tension kita orang packing barang masing - masing terus chow hehehehehehe... Raem mencadangkan agar kami menjalankan opration perut kat Restoran Al - Amin. Lalu kami sebulat suara setuju dengan cadangan bernas itu...

Fuh Waimi... dia punya GT8 sekarang ni dah ada soft case jenama gator.. hehehe sama plak dengan jenama hard case aku.

Seperti biasa, Raem adalah orang terakhir kuar dari studio memandangkan aksesori drum yang yang agak banyak jika berbanding dengan kami hehehehe...  Tapi lain cerita aku ada dengar kabar angin yang menyatakan Raem mau jual snare dia.. Snare dia tu jenama Pearl Joey Jordison signature series. Berapa harga dia jual.. hahaha tu nantila kalau ada berminat aku tolong korang usha ngan Raem.

Ceh ada lambang Slipknot lagi tu... Snare ni agak baru juga dia beli dan baru dua kali kita orang bawa jamming... sebab nak jual hehehe kerana dia ada agenda yang lebih grand kot.. itu aku tak ngapa.

Ni pandangan dari atas snare en. raem kita hehehehe.. aku suka sound snare ni... itu pendapat aku secara peribadi. kepada peminat slipknot sana lebih2 lagi peminat Joey jordison ni hahaha apa lagi tak slipknot la kalau takde signature series dorang hahahahahahaha.. Cheers!!!!