Wednesday, October 21, 2009

AKU BUAT SATU BLOG BARU

Entri kali ni agak simple.... hehehehe yup aku telah membuat satu blog baru yang mana ianya bakal memuatkan koleksi gambar yang aku telah ambik. Hehehehe jadi mat trendy plak aku... org sibuk ngan hobi photography aku pun sibuk nak buat hobi photography...

Yup mmg aku terpengaruh dgn trend terkini!!!! itu aku admit... Aku sebenarnya dari dulu selalu bercita - cita untuk memiliki sebijik kamera untuk amik gambar dan juga sebijik kamera untuk amik video... Aku bercita - cita utk memiliki benda2 ni bukan apa. Aku ni suka jalan2 p tempat orang... aku rasa agak rugi kalau aku tak amik gambar tempat2 yang telah aku pigi... selain tu aku juga selalu pigi gig di sekitar negeri Sabah... hahahaha kat sinilah keinginan untuk memiliki sebuah kamera dan handycam tu terbit.... bukan apa asal nak p jalan2 ker nak pigi gig ker sibuk la mencari sesapa yang ada kamera yang boleh dipinjam hehehehehe. Tak pernah aku terpikir untuk memiliki sebiji kamera SLR yang mana masa tu harga dia mmg sgt mahal.


Namun fenomena baru2 ni melihat dimana harga sebuah kamera digital SLR berada pada kadar yang berpatutan.... aku yang mana selama ni hanya mimpikan untuk memiliki sebijik kamera digital jenis2 powershot tetiba rasa teruja dengan harga pasaran tu.... lantas aku kumpul dana then angkat sebuah kamera DSLR yang sangat basic functionnya... cukup ngan keperluan aku disamping dengan harganya yang agak berpatutan (kalau nak kata murah tak la murah sangat....)mmg cukup untuk aku amik gambar.... hehehehehehe

Pastu ada satu lagik masalah... lepas ada kamera ni... masalah nak develop gambar2 yang telah disnap lagik yang muncul... isk byk gambar nak cuci ni... tapi sekarang ni kebanyakkan orang simpan gambar digital ni kat dlm pc, la cd takder la nak develop hahahahahaha sampai terciptanya digital photo frame wakakakakakakaka.... then terpikir plak aku ilham daripada beberapa orang rakan... buat plak photo blog.... hehehe ngam jugak selain boleh sharing gambar2 tu boleh juga ada org tolong komen utk improvekan gambar tu. FYI aku tak berapa suka dgn gambar2 yang telah diedit dengan photoshop.... terutamanya gambar2 bersubjekkan permandangan dan alam sekitar... macam hilang seaslian suasana sebenar semasa gambar tersebut diambil... kalau korang p lawat blog photo aku.. awal2 aku nak info kat korang semua gambar2 tersebut tidak diedit.. upload direct jer.. aku lebih suka macam tu....

Ok la cakap banyak tak guna... korang p lawat la blog gambar aku tu... mmg bubuh gambar jer dgn perkataan yang sangat minima... isk apa? link hahahah lupa plak aku ok korang boleh klik kat SINI kalau sudi tolong dan komen. Aku sangat berterima kasih jikalau korang turut memasukkan link blog baru aku ni kat dalam blogroll korang. Thanx in advance dari aku cheers....



p/s: sampai sekarang aku masih menyimpan keinginan utk memiliki sebuah handycam.... ntahlah bila la baru ianya akan tercapai...






Tuesday, October 20, 2009

BULAN RAMADHAN & SYAWAL PERTAMA SEBAGAI SUAMI ORANG... siri terakhir musim pertama


Agak lama juga aku tak up date blog ni.. hehehe bukannya apa masa aku mmg tight semenjak dua menjak ni. Idea nak menulis tu mmg byk.. bahan2 pun mmg ada tapi masa jer.. isk... kekadang nak update blog lepas balik kerja.. tapi balik kerja plak badan dah penat. Ok kali ni tibalah masanya aku postkan entri yang dinantikan oleh beberapa individu yang selalu lepak kat blog aku ni... sorry la kalau telah buat korang tertunggu - tunggu... aku sengaja tunggu abis bulan syawal baru nak post entri ni hahahahahah.. ok jom kita teruskan...

Sedar tak sedar kini dah nak masuk bulan kelima aku ni bergelar sebagai suami orang... Oleh itu, tahun ni sememangnya sangat berbeza bagi aku di dalam menyambut bulan ramadhan & syawal. Sebelum ni bulan Ramadhan yang aku sambut mmg serba ringkas... kalau nak makan waktu berbuka tu aku makan apa jer yang terhidang kat meja makan yang sudah mak aku siap masak hehehehehe (kitaorang jarang beli juadah kat bazaar Ramadhan... prefer masak sendiri). Tapi keadaan tahun ni suasananya amat berbeza secara drastik.... kalau kat tempat aku ni buka jam 6.18 petang... jam 3 petang dah kena call tanya nanti buka nak makan apa... heheheheheh boleh order plak hahahaha tapi tertakluk kepada stok bahan mentah kat peti sejuk. Kalau member2 yang ada add aku kat facebook mmg korang tau la menu2 berbuka di sepanjang bulan Ramadhan kerana hampir setiap hari menu berbuka aku postkan kat status facebook aku hehehehehehehehe...



Bukan takat bab makan jer.. heheheh kalau nak p sembahyang terawikh pun everything kena prepare isk.. kalaulah aku tau camni.. dari dulu lagi aku kahwin hahahahaha. Untuk pengetahuan korang aku jugak meminati bidang memasak hehehehehe so, tahun ni aku bukan saja kena amik turn memasak kat rumah aku akan tetapi kalau hujung minggu aku ada turn memasak kat rumah mentua plak (ni ada spesel request hehehe).


Bab nak masuk hari raya plak... hahahaha selalunya aku kalau raya ni aku jarang shopping.. beli ala kadar jer... tahun ni shopping ni adalah antara agenda utama yang telah diaturkan oleh wife aku isk.. list2 benda yang nak di"shopping"kan tu dah diwartakan seawal bulan Ramadhan diumumkan. Oppsss tunggu dulu sebelum korang nak kata aku ni kedekut nak berkira.. takder la aku nak berkira ngan bini aku weeeiiii... aku iyakan jerlah mana2 list yang diumumkan tu jugak tertakluk kepada kemampuan poket aku.. mana2 yang aku rasa tak mampu aku minta tangguh (ayat ni lebih manis daripada perkataan reject). Syukurlah bini aku ni faham hehehe dia pun tak banyak songeh.... kira ok lah dia sediakan shopping list tu kira meriah jugak raya tahun ni.. kalau tak mmg comfirm aku beraya ngan gitar B.C Rich Mockingbird hahahahahahaahaha.





Sedikit gambar kenangan masa p honeymoon ari tu heheheheheh... sambung balik ketajuk asal.... lepas bab shopping... tukar plak ke bab mana nak balik beraya.. topik ni pasti menjadi topik wajib bagi orang yang dah berkahwin.. heheh turn sapa kena ikut hehehehehe.. walaubagaimanapun aku tak amik port sgt ngan perkara ni.. ini kerana jarak kampung aku ngan rumah mentua aku taklah jauh sangat... kalau drive perlahan lebih kurang sejam setengah sampai... So, aku amik keputusan nak sambut raya pertama kat rumah mentua plak... dan ni adalah kali kedua aku beraya kat tempat lain selain daripada kat kampung aku(kali pertama masa aku study.... huhuhuhu). Hehehehe takder la luak mana pun pasal lepas sembahyang raya.. ziarah rumah nenek bini aku... jumpa sanak saudara dorang jap pastu tengahari drive balik kampung... bukan taknak stay lama2 kat rumah mentua pasal raya kedua aku ada buat open house kat kampung dan ianya sudah pun menjadi tradisi sejak sekian lama.. dan seperti biasa aku terlibat sebagai crew bantu mak aku memasak hehehehehehe.... kat bawah ni adalah gambar yang diambik masa pagi raya selepas sembahyang sunat aidilfitri.... macam? any komen? hahahahahahahahahaah


Bab beraya.. hehehehe kalau dulu masa raya masa aku banyak terluang kat studio kerana masa ni la jugak line up Mi Scusi berkumpul dan zul selaku bassist kitaorang mmg ada (Zul kerja jauh dari Kota Kinabalu so kalau hari biasa kitaorang jarang jumpa). Tapi sekarang ni mmg susah aku nak jumpa dorang... cuma pancho jer aku ada jumpa tu pun pasala kampung kitaorang bersebelahan hahahaha bukan taknak jumpa... kebetulan Zul jugak baru mendirikan rumah tangga sama ngan tarikh ngan aku hehehehe so, korang pasti dapat bayangkan yang keadaannya sama ngan aku hehehehehehe.... sambut raya cara orang yang dah bekeluarga hahahahahahaha kira ok la tu.... but pi beraya kebanyakkannya ke rumah sahabat handai bini aku... kawan2 aku? hahahahahahaha tak payah citer la... kitaorang beraya kat studio jer hahahahahaha tak caya boleh tanya en. Takilala....

Ok la aku rasa takat ni saja.... errr tak keluar tajuk kan? errr sorry la kalau ceritanya agak boring.... kira entri kali ni adalah entri yang syok sendiri... utk saudara Ijau. D. Koceng... memandangkan engkau nak kawin nanti.. heheheh so, ngko ready2 la yer hahahahaha dan jgn lupa jemput Band Manggas ataupun Mi Scusi untuk menghiburkan para hadirin di hari perkhawinan ngko kelak kakakakakakaka....


Wednesday, October 14, 2009

BLOG NI SEDANG DALAM MAINTAINANCE!!!!

Errr sesapa yang regular masuk kat blog ni pasti korang perasan akan perubahan yang telah berlaku kat blog ni.... Sebenarnya layout dan deco yang ada sekarang ni adalah di tahap eksperimen.. So, aku nak minta komen korang mana2 section yang korang rasa menyampah nak tengok.. mana yang cantik... or mana2 yang menyebabkan loading page ni slow sgt.....



Selain tu aku nak wujudkan satu kempen exchange links ngan sesepa yang rasa berminat nak berlink ngan aku... kalau korang punya link belum ada kat blogroll aku dan berminat nak join.. leave ur link kat komen box.... aku akan link ngan korang dengan syarat korang kena link blog aku ngan blog korang... kalau tak haha korang boleh p berak.... ok la aku rasa takat ni saja... aku perlu komen dan kutukan dari korang utk improve blog ni... sekian terima kasih