Sunday, January 11, 2009

KUPANG MASAK CILI BEREMPAH featuring CORNBEEF ROCK N ROLL & SARDIN SEMALAM

Hujung minggu begitu panjang buat aku... Satu hari suntuk hujan turun sekaligus membataskan pergerakkanku. Keta baru jak aku cuci kemarin dan tak mungkin akan aku redah hujan lebat tu semata - mata nak mengisi masa yang terluang... kebetulan hari kat tv (cenel movie) ada beberapa playlist movie yang cukup menarik untuk ditonton seisi keluarga. Tetiba teringin plak rasa aku nak memasak iaitu salah satu hobi aku yang agak lama terbiar hehehehe. So, hari ini aku memutuskan bahawa aku akan memenuhi aktiviti dengan memasak. Terlebih dahulu aku nak iklan sikit ngan korang... heheheheheh adik aku promote perencah Maggi Secukup Rasa... Adik aku cakap senang jak guna hambur2 then siap hahahaha kat dalam tu dah secukup rasa garam ngan msgnya (korang rasa kalau aku hambur satu kilo masih cukup rasa tak?). Aku memutuskan mencuba saranan adik aku ni dengan memasak tanpa garam dan msg. Just guna maggi secukup rasa hahahahaha.

Sebagai permulaan, aku buat survey dulu kat isi rumah aku. Aku tanya apa dorang nak makan dan seperti biasa undian pun dijalankan. Keputusan dorang nak makan kupang (ntah betul ka nama dia ni bentuk macam kepah tapi lebih besar kulitnya warna hitam kehijau2an), Cornbeef, & ni request mak aku.. dia suruh aku kasi panas balik baki sardin semalam heheheh(secara teknikal bukan la aku yang masak hehehehe)

Gambar: Nilah Maggi Secukup Rasa tu....


Gambar: Ni plak gambar isi kupang yang telah dikupas dan dicuci


Gambar: Bawang merah, bawang putih, dan halia ditumbuk

Hahahaha gambar kat atas tadi adalah diantara bahan - bahannya.. aku malas nak taip then amik gambar jak la.. ni bahan2 yang nak ditumis... Bahan yang tiada dalam gambar ialah serbuk kari, cili kering dikisar, air asam jawa, serbuk kunyit, pati santan, manakala untuk hiasan simpan lada besar, dan bawang besar.

Gambar: Ni adalah hasilnya setelah semua bahan2 tadi dihumban ke dalam belanga.. wakakakaka

Sorry la yek aku tak sertakan berapa sukatannya hahahahaha kan dah iklan serbuk secukup rasa Maggi heheheh then korang tabur lza kesemuanya secukup rasa korang.. nanti kalau aku kasi sukatan ikut rasa aku hahaha tak ngam plak ngan secukup rasa korang hahahahah.. So, korag pandai2 la yek... Usaha Tangga Kejayaan.


Gambar: Hahahaha akhirnya Kupang Masak Cili Berempah aku pun siap

heheheheh warnanya camni pasal aku terlebih simpan serbuk kari hehehehe (ertinya terlebih rasa la masakan aku ni heheheh gagal lagi...) tapi takpe rasa tetap nyum nyum nyum dan nyum.... Aku teruskan operasi ngan masak cornbeef rock n roll aku.... hehehe ni resepi dia simple jak...

Gambar: Cornbeef dan yang warna putih adalah serbuk lada putih


Gambar: Bawang putih & merah + cili padi


Gambar: Bahan2 tadi ditumis dan dicampur ngan serbuk perencah secukup rasa Maggi

Sudah bahan tumisan itu naik bau harum hahahaha apa lagik campak la conbeef yang dah disediakan tadi dan tambahkan telur secukup rasa wakakakakaka (untuk satu tin cornbeef tu aku guna sebiji telur ayam gred A)

Gambar: Cornbeef Rock n Roll


Gambar: Hehehehe No Komen... (Sardin semalam yang mak aku suruh panaskan)


Gambar: Seperti biasa aku akan kontrol macho semasa memasak


Gambar: Masa aku memasak Si Apple pun nak join along dia memasak

Gambar: Hehehehe lepas join memasak dia pun joinlah makan sekali tapi dia makan bubur jak la hehehe


So, secara keseluruhannya misi aku petang tu berjaya dilaksanakan... sekianlah dulu untuk hidangan makan tengahari kami sekeluarga heheheheh ops... jgn pigi dulu.. nanti aku share ngan korang plak resepi aku untuk makan malam heheheheh chow see yah... aku nak makan secukup kenyang dulu... hehehehehe
Add Image

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT