Thursday, February 10, 2011

TRIBUTE TO IRON MAIDEN

Sejak wabak Iron Maiden Final Frontier ni... saban ari speaker pc aku mengeluarkan bunyi - bunyian lagu secara rawak dari album2 Iron Maiden. Tak cukup dengan tu bantai plak dgn dvd flight 666.. Abis layan movie dia pastu bantai lagik video konsert dia.... kira itu la rutin aku dlm seminggu tu mesti ada dlm 2 - 4 hari layan maiden... bini aku pun dah naik muak hahahahahah takper mungkin dia muak pasal nak pregnant kot hahahahahahahah amin.....

Aku ni minat main gitar tapi takder la mempunyai skill yang dasat2 menshred rabak macam hero - hero gitar yang selalu upload video drg kat facebook... aku hanya cukup syarat tau chord dan boleh main lagu2 kegemaran aku. That's all!!! Basically kalau gitar ini idola aku yang dari dulu kini dan selamanya ialah En. Marty Friedman. Gara - gara en. Marty ni la aku pernah jatuh cinta sama kelly tapi tu dulu.. sekarang tidak lagi. Sedangkan ada satu member aku yang rakus pun aku dgr dah break ngan kelly... Arrgghh biarla benda yang lepas jangan dikenang....

 Balik citer maiden tadi... dalam hari - hari aku layan maiden aku mmg sangat tertarik dgn pemainan en. Adrian Smith yang sempoi... Secara peribadi, aku berpendapat beliau ni bukan la seorang gitaris yang dasat yang main berlilit jari macam pelesit... Dia seorang gitaris yang mengutamakan tone guitar beliau di samping mempamerkan corak permain yang kemas dan sentiasa cool kat atas pentas (ceh macam aku plak heheheheh sorry terperasan kejap...) selain tu dia juga boleh nyanyi hehehhe (ehh sama juga macam aku.... perasan lagik) 

 Hehehehehehe memandangkan The Final Frontier Tour yang semakin hampir.. Angin / udara singapore aku rasa semakin hampir... wabak tu semakin menular kat geng facebook sampai ada buat group dan segala.. buat rombongan cik kiah ke Singapura.... Aku menyertai geng - geng North Borneo Trooper yang mengumpulkan rombongan dari negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, & Sarawak. Dan masing - masing dah teruja nak pigi singapore.


Demi menghangatkan suasana, En. Joe selaku tulang belakang label Twin Towering Inferno yang juga pengerusi kat North Borneo Trooper  tak berdaftar telah menganjurkan sebuah jamming session tribute to Iron Maiden yang di adakan di Soundblazer Studio milik seorang rakan lama beliau yang mana pada mulanya menampilkan beberapa buah band. Walaubagaimanapun, atas sebab2 last minit yang ntah aku tak tau kenapa hanya dua band yang hadir tapi sudah cukup utk memeriahkan suasana... Sebenarnya ni majlis kecil - kecilan jer dan dibuat secara tertutup khas untuk ahli rombongan hehehehehehehehe,, Band yang datang ari tu adalah sebuah band tersohor dari daerah Membakut hahahahah tidak lain tidak bukan Band Manggas dan sebuah band yang juga pelopor Death Metal Kota Kinabalu Morbius dengan special appearance En. Mithchel & Suhaimi dari Soundblazer Studio.

Acara yang dilangsungkan pada 05/02/2011 yang lalu telah dimulakan oleh kumpulan Manggas dengan menampilkan en. Pian dari Majestic East / I Am Not Single selaku pemain bass... Aku??? heheh kali ni aku tak main bass.. kali ni aku jadi macam idola aku en. Adrian selaku pemain gitar dan penyanyi latar berganding dgn gitaris sepenuh masa Manggas en. Waimi. Oleh kerana sebelum ni Manggas busy ngan kerja - kerja di studio kita orang takder masa nak praktis banyak lagu - lagu maiden hanya dua buah lagu jer yang sempat di praktis secara last minit (tu pun aku rasa agak berhambur) tapi oleh kerana utk suka2 aku peduli apa.. yang penting hepi!!!! Lagu pertama kami ari tu ialah lagu Aces High lagu yang di petik dari Album Powerslave. Sebenar rakam video ada di buat tapi ntah macamana tuan punya video lupa charge bateri handycam tu heheheh last - last layan rakam guna henpon jer la hehehehehehe korang boleh layan video kat bawah ni....

Hehehehehehe agak bercelaru sikit ari tu mungkin tak cukup praktis kot.... waimi mulanya nak kongsi solo section ngan Adrian Smith wanabe tapi aku mmg tak jamin masa tu hehehehehe terus terang aku mmg tak cukup masa nank praktis hehehehehehe last2 dia bedal semua. Sorry hanya satu video dapat aku upload... video kedua The Number Of The Beast plak tak dapat aku upload pasal video dia takder tempat aku heheheheheheheh.... Asalnya kita orang nak bawa satu lagik lagu Maiden yang di petik dari album No Prayer Of The Dying iaitu Mother Russia namun setelah berbincang dan atas kekangan masa track ni telah dibatalkan pada saat2 akhir... err begitu juga lagu Bring Your Daughter To The Slaughter, hehehehehehehehee

Abis jer dua lagu, sessi tu disambung oleh Band Morbius, pergghh band ni mmg rabak.... drg bawa lagu, Seventh Son of The Seventh Son, Infinite Dream, The Trooper dan errr tak ingat rasa drg main 3 or 4 lagu heheheheh ni semua memang kerja last minit.. tapi atas kecekapan band morbius ni yang sememangnya bermain music sepenuh masa dapat membawa lagu2 tu dgn baik... video drg boleh di tonton kat sini .

Majilis yang serba ringkas tu di akhiri dengan sessi skodeng hahahah dan juga bergambar beramai - ramai serta penyerahan baju North Borneo Trooper kepada ahli rombongan....

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan juga pihak penganjur kalau ada masa jgn la segan2 panggil kami lagi heheheheheheheheheheheheheh perrgggghh lama dah aku tak menulis panjang macam ni!!!!!



P/S: So, Bulan Februari ni aku mengumumkan bahawa Adrian Smith secara rasminya telah menjadi idola aku heheheheheheheh Jumpa di Singapura!!!!!

6 comments:

Ijau D. Koceng said...

bbrp ayat epic!

1. macam hero-hero gitar yang selalu upload video drg kat facebook
2. ada satu member aku yang rakus pun aku dgr dah break ngan kelly
3. aku peduli apa.. yang penting hepi!

t-shirt NBT aku jgn lupa

Anonymous said...

Slm..
Thanx Jai.Ternyata kuat 'pukulan' TFFWT-2011 ni. Kronologi yg menarik disini ialah:
1. Desas-desus IM beraksi di Spore
2. Pembelian tiket flight
3. Kempen 'Maiden' Sabah (FB
group)
4. Pembelian tiket konsert
5. "Hostel reservation"
6. North Borneo Trooper
(customised
t-shirt)
7. North Borneo Trooper 'Closed
Jam Session'

Secara peribadinya, apa yg lbh menarik disini bg aku ialah 'semangat' setiakawan & persepakatan antara rakan2. Sama ada yg dapat ataupun tidak dapat pergi menyaksikan TFFTWT-2011. Terima ksh yg tidak terhingga kpd yg support Kempen 'Maiden' Sabah serta semua yg berkaitan dgnnya.
Inilah salah satu cara sepertimana 'gig' juga utk 'gathering'. Almaklum la bah,yg sdh berkeluarga spt aku ni tidaklah sebebas ketika 'bujangan' dulu.Inilah tempat berinteraksi,bertemu,bertukar2 cerita & pendapat dgn kwn2 lama & baru. Dan inilah yg kami suka. "IT'S OK" to have such activity like this,kan Jai..

JAIRO said...

iaju: belum lagi ada keluar cerita santut merah......

anon @ joe: heheheheh kalau ada masa kita buat lagi jamm session macam ni... patak2 bah kita bayar studio siok jugak ni.... hehehehehe dulu2 morbius sama deathrobe selalu buat macam ni

kordi said...

kedekut!mintak tiket satu tknk bg!

berteromber said...

scream for me singaporeeeee!!!!!

ada rezeki jumpa kat sana la eh...

Anonymous said...

ya jai,itula psl.ngam2 jg gandingan kmu tme tu,kn,haha..ba,blh atur ba tu liau.musical gathering ni mmg fave ku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT