Sebelum tu aku rasa belum terlambat bagi aku mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan - rakan yang berugama Islam. Selamat Menjalankan Ibadah Puasa... Ingat puasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga... mulut mata telinga dll semua mesti kena jaga... bukan apa takut nanti last dapat lapar dan dahaga jer.. pahalanya tak ke mana...
Sempena bulan puasa ni aku nak share ngan korang tentang kisah bulan puasa semasa aku masih study. Aku tinggal serumah dgn member aku yang berbangsa cina. Memang kamcing aku ngan dia ni... eventough study lain kolej tapi stay sama rumah lepak mmg selalu sama2lah. yang paling best dia mmg sgt menghormati budaya org lain...
nak di jadikan cerita kisahnhya berlaku pada bulan ramadhan tahun 2002 masihi. Masa tu hari kedua puasa... so, aku balik kelas bukak pintu member sedang khusyuk melahap nasi ayam kat depan tv sambil game playstation (devil may cries) di pause. Nampak aku masuk terus member ni kelam kabut packing nasi dia then terus bawa masuk kat bilik dia. Aku buat derk jer pas dia isap rokok then dia kuar dari bilik dgn muka kenyang... then aku tanya la napa dia bergegas masuk masa aku balik tadi.. dia kata tak baik makan depan org puasa.. hehehehe aku tersenyum mendengarnya. Aku explain kat dia aku tak kisah kalau dia nak makan ker apa ker lagipun dia bukan orang Islam pun.. relaks la apa juga aku nak dengki.
Tak lama kemudian dia duduk kat sofa sambung game dia yang dipausekan tadi.. aku pun join layan dia main game.. (aku minat tengok member ni main PS pasal mmg talented gamer dia ni.. )dia mulakan cerita pasal komplain berat badan dia... hehehehe lalu aku cakap la suruh dia diet ker exersice ker apa2 pun aku suruh dia join aku puasa.. hehehehehe dgn tak di sangka - sangka dia mengambil satu langkah proaktif dgn memutuskan utk ikut aku berpuasa alasannya dgn berpuasa dia boleh berjimat sambil berdiet heheheheh apa2 la aku pun briefing dia sikit teknik2 berpuasa hehehehehe then aku cadangkan dia agar dia ikut aku berbuka pada petangnya dan malam p sahur then esok start berpuasa... hehehehe disetuju tanpa pikir banyak.
Berbuka puasa pada petang tu secara ringkas nasi campur ngan teh o ais limau... member aku makan nasi goreng jer... pas makan balik rumah buat hal masing2 hehehehe tiba masa jam 10.30 mlm dia masuk p bilik aku tanya aku "jam brapa kita nak pigi sahul?" (dia tak pandai sebut perkataan sahur...) aku jawab "still early la bro... later la..." . then dia tanya lagi, "what time makcik sahul tu buka?" (makcik sahul adalah seorang makcik yg berniaga kat kawasan kami tinggal. nama ni di pakai kerana dia sorang jer yang jual makanan utk sahur) "errr maybe around 1.30 am kot.." jawabku ringkas... then dia kuar.. aku perasan yang dia ni kuar masuk rumah kerana dgr pintu rumah kita orang dibuka dan di tutup... aku masa tu teka yang dia p tingkat atas kot pasal ada college mate dia tinggal kat sana.. ni kes nak tiru assignment la ni hahahahaha. Jam 12.00 tengah malam dia masuk lagi kat bilik aku kali dia pow rokok aku terus dgn bersahaja dia bertanya... "Are sure that makcik will open 1.30?" ekk eleh budak ni.... yalah aku kata.. dah mmg kat situ la dia niaga kalau tiap bulan puasa.. kecuali dia sakit la mungkin takder kot.. setakat ni kalau hari hujan pun mmg masih ada niaga... "yang kau ni gelisah sgt ni napa?" aku tanya kat dia plak... "hehehe aku lapar la bro..." jawabnya dgn nada memohon simpati.... "ceh... kalau lapar p la kedai cina kat hujung tu... kan masi buka tu..." aku memberi cadangan kepadanya (kedai cina tu mmg selalu lambat tutup kerana selalu ada geng2 yang p minum2 minum apa aku tak perlu mention la).. "ala tak real la macam tu bro... aku nak ikut suasana sebenar ko puasa" jelasnya dgn bersungguh - sungguh. la mcm tu plak ceritanya... hahahahaha "then if like that.. u have to wait lor..." aku ckp sambil senyum kat dia.. dia terus mengangguk pasrah.. then dia p keluar.. ke mana tak tau la mungkin p rumah sebelah kot... tak lama kemudian dlm jam 1 pagi aku dgr dia masuk secara tergesa - gesa kat bilik aku sambil tersenyum... "so, boleh sahul? makcik tu dah buka dah..." dgn bangga dia kasitau aku... lah.. rupanya dia keluar masuk tu dia p tunggu makcik sahul tu bukak gerai hahahahahaha tergelak aku bila dapat tahu yang dia tunggu makcik sahul tu hahahahahaha...