Monday, January 19, 2009

DUA PETANG BERSAMA KUMPULAN MANGGAS

Gambar: aku kontrol macho sebelum masuk kat dalam studio

Hari Jumaat yang lalu, aku terima text message dari Raem (drummer band Manggas). Dlm msgnya berbunyi "esok mau berkarya ka?" hahahaha aku ketawa sendiri. Kalau minggu yang sebelumnya dia main redah jak minggu ni dia bersopan santun plak.. hahaha nampaknya sesi kaunseling yang aku berikan kepada beliau sungguh berkesan. Aku bagi respon positif kepada text msg beliau itu dan meminta dia menanyakan kepada ahli yang lain... tak lama kemudian dia antar satu lagi msg yang menandakan lampu hijau daripada semua... Msgnya cukup utk buat bulu roma aku berdiri tegak... "dear all, jam 3 ok ka?" hahahaha saja jer aku ckp bulu roma tegak supaya korang excited hehehehe... then aku "balas la can bah if u...." 

Hari Sabtunya, Joad plak yang ambil aku kat rumah.. Joad kata minggu ni pakai keta dia plak heheheheh (that mean minggu depan pakai keta plak? hahahahah aku minggu depan takde la p out station wakakakakak)... Kali ni kami bincang2 pasal arrangement lagu2 yang sudah dipraktiskan minggu lalu beserta Joad dengan proposal liriknya hehehehehe check la p myspace manggas utk selanjutnya pasal lirik ni. 

Gambar: Ni owner Studio Beaufort Rock City yang sempoi... Mr. Blair

Kami sampai kat studio dalam jam 3 ptg.. hehehe takde org jamming... mungkin pasal Raem dah booking masa tu hehehehe... K la aku nak buat promosi sikit mengenai studio Beaufort Rock City ni... Studio ni terletak di Wisma Arjuna Tingkat satu Pekan Beaufort, Sabah. Ada dua buah bilik studio kat dalamnya dan korang boleh jamming dan buat digital recording kat sini... Harga errrmmm mmg berpatutan dengan kadar yang berpatutan iaitu 23 per hour dan special rate utk ambik 2 jam dan ke atas RM40 per 2 hour & RM 60 per 3 hour. Manakala utk recording plak ratenya RM70 per hour . Alatannya utk ditahap yang memuaskan dan sentiasa di maintain oleh tuan punya studio. Dengan drum with double bass, amp gitar Peavey, gitar Ibanez... Overall mmg cukup puas hati. Aku pernah jamming di dalam beberapa buah studio kat area Kota Kinabalu dan aku berani kata studio Beaufort Rock City adalah yang terbaik dari segi harga, customer services dan facilities yanbg disediakan. So, jammers kat luar sana apa lagi? Korang p la serbu studio ni...

Gambar: Zoom GFX8

Hari tu kami tak guna effect Zoom G9 aku, tapi guna Zoom GFX8 kepunyaan Mr. Joad yang kononnya sudah di setting ikut selera beliau hahahahah ok la tu bos..

Gambar: BOSS MT - 1 yang di sediakan oleh Beaufort Rock City

Berikutan masalah setting Boss GT8 Waimi pada minggu lalu, dia tak pakai plak pada minggu ni. Pakai MT - 1 lagi senang katanya... yalah tu.. mmg best juga sound gitar dia hari tu.. ehems maklum la pakai Pick YJM hehehehe. Kalau minggu lalu Raem menayang - nayang T shirt Carcassnya, kali ni beliau tunjuk plak koleksi Cymbalnya hehehehe. Walaupun meluat tapi aku tetap kagum ngan baby baru dia ni...

Gambar: MIENL HCS 10" Splash Cymbal 

Gambar: Ream kata cymbal ni ngam dengan selera dia selaku seorang pemain drum death metal hehehe pirraaahhh

Gambar: ni plak Solar China Cymbal... Aku suka bunyi cymbal ni

Gambar: Seorang pemain Bass sambilan yang berwibawa

Gambar: Raem tengah setting2kan cymbal barunya uwweeekkkk

Gambar: Big Boss Waimi tetap kool seperti biasa hehehehe

Gambar: Kali ni Joad agak bersemangat jika dibandingkan dengan minggu lalu

Gambar: Gedabak gedebuk gedabak gedebuk bunyi double paddle dia...

Gambar: Setelah sedar gambarnya diambil beliau terus berposing manja...

Gambar: Blast... jgn tak blast...

Gambar: Layan lagu cover So... Lonely from Band Loudness

Gambar: Tengah feel tu...

Kami jam selama 2 jam pada hari tu... setelah selama satu jam kira praktis dan record rehearsal Waimi bawa kitaorang chill2 layan lagu rock kangkang. Apa lagi kami terus belasah lagu dari band loudness ngan beberapa cover song dari kumpulan Search. Setelah membelasah lagu2 rock kangkang dalam 1/2 jam kita balik praktis lagu baru. Senarai tajuk lagu baru pada hari tu ialah deathrobe, Turus Putih, dan satu belum ada tajuk lagi hehehehe. Nampaknya latihan hari tu semakin menampakkan tanda positif yang menandakan Band Manggas akan release stuff tak lama lagi hehehehe Bila? Ntah hanya drng yang tau... aku hanya stand by utk menerima arahan...

Gambar: LOL ... dah abis jamming ka? wakakakakaka

Sesi jamming kami pada hari tu seperti biasa diakhiri dengan majlis lepak pekena roti canai dan ais lemon teh sambil mengumpat heheeheheheh walaubagaimanapun, terima kasih kepada raem kerana belanja aku makan dan jamming pada hari tu.. kalau ada masa belanja la lagi hehehehe...Cheers...

2 comments:

Admin said...

brc jam studio
rasanya pernah jam sekali di situ time training kadet polis

hoho
siap psg vid jam session band dari jepun
style2

mr.kordes said...

best studio tu...tokey pun sempoi...geng2 jamming lg sempoi....heheh....cayalah..juah beb...klu dkt nk juga testing2....=)