Wednesday, December 3, 2008
JENIS ORANG BERKENTUT...
* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.
* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.
* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.
* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.
* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.
* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.
* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.
* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.
* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.
* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".
* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.
* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.
* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.
* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".
* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.
* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.
* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.
* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....
Tuesday, December 2, 2008
LAMB CHOP EXTREME AGGRESSION [versi Hannibal Lecter]
Masa aku explore laptop adik aku last aku terjumpa gambar masa last day of bulan ramadhan tahun 2006. Kat dalam folder tu ada gambar aksi aku memasak resepi aku yang paling cult sepanjang zaman... hahahahah apa lagi kalau bukan Lamb Chop kegemaran seisi keluarga. Masa tu kami buat majlis berbuka puasa dikalangan kazen - kazen yang tinggal berdekatan dan masing - masing bawa masakan paling cun dorang untuk disantap bersama. So, aku tanpa segan silu mempersembahkan Lamb Chop untuk di desecrate seisi keluarga...
Korang nampak asap berkepul - kepul tu... fuhhh bau dia .. kuat bau serainya bisa menggugat iman yang sedang berpuasa.
Aku rasa masa tu aku tersimpan lebih kunyit sampai nampak sangat warna kuningnya... marinade pun main express jak tapi juadah tu tetap licin sebelum masuk waktu sembahyang Isyak...
Lepas makan Lamb Chop sempat amik gambar rumah dari luar sambil tengok budak - budak main mercun...
Ni gambar dari depan...
--------------------------------------------------------------------------------
Di pendekkan cerita resepi lamb chop aku hari tu direka khas selepas aku tengok cerita The Hannibal... hahahaha resepi cedok sikit dari travel channel plus dicampur adukkan dgn citarasa aku.. tak tau la sedap ka tidak...
Ok Bahan - bahannya: (ni untuk marinade 6 kg lamb shoulder)
10 biji bawang putih (di kisar)
5 biji bawang merah (di kisar)
3 biji bawang putih (di kisar)
4 batang serai (di kisar)
2 sudu besar serbuk kunyit
Halia korang bajet la aku tak reti nak explain sukatannya (di kisar)
Garam + ajinomoto + madu lebah secukup rasa
1 botol kecil HP sauce
1 botol kecil A1 sauce
1/2 botol kecil lea perrins sauce
1/2 botol mint sauce (kalau korang suka boleh tukar ngan black pepper)
3 sudu serbuk lada putih
3 sudu serbuk kari daging
1/2 botol kecik minyak zaitun
sudah siap semua bahan - bahan tu korang gaulkannya sehingga sebati pastu kasi campak la daging tu kat dalam campuran tu dan kasi perap sekurang - kurangnya 3 jam (paling ngam perapkan selama satu malam)
So, bila dah ready apa lagi korang bakar la sambil masa bakar tu korang sapu2 la lebihan minyak zaitun or air marinade tu kat daging tu supaya ianya tidak terlampau kering.. paling best kalau korang kasi masak medium rare.. fuh terangkat wah cakap lu!!!
Untuk sos cicah masa makan eerrr pandai - pandai korang tapi kalau malas2 nak buat korang amik sos cili or tomato then gaulkan dengan mint sauce.. pun jadik juga tu..sekian untuk kali ni.. selamat mencuba...
KITA TERUS JADI TAMU DI RUMAH SENDIRI...
UNTUK kesekian kalinya, Livesounds Music Series kembali menggegarkan ibu kota dengan persembahan hebat dalam tiga siri konsert yang dijadualkan bagi menyemarakkan lagi sambutan tahun baru yang bakal diraikan menjelang 1 Januari 2009.
Pada 5 Disember ini, Andra And The Backbone dan Lightcraft akan menghiburkan peminat mereka di Rainforest Bar, Pavilion Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.
Dua lagi konsert, iaitu pada 19 Disember bakal dimeriahkan oleh artis seberang, Indonesia Dewi-Dewi dan Marcell bertempat di Wine Room, Asian Hearitage Row pada pukul 9 malam.
Sementara pada 27 Disember pula, artis-artis seperti Sheila On 7 dan The Rock bakal menemui dan menghiburkan peminat mereka di Bar Sa Vanh Too, Plaza Mon’t Kiara bermula pukul 9 malam.
Selain menyemarakkan perayaan Tahun Baru, tiga konsert tersebut juga bertujuan mendedikasikan semangat muzik yang dibawakan secara ‘live’ dengan lebih erat antara enam artis yang terlibat dengan para peminat mereka terutamanya dari Malaysia.
Kepada para peminat muzik tanah air, jangan ketinggalan menyaksikan persembahan hebat enam artis terbabit di samping peluang memenangi gitar yang ditandatangani oleh artis kegemaran anda.
Sebanyak 150 tiket percuma disediakan oleh penganjur kepada para peminat dari Malaysia, hanya layari dan mendaftar di laman sesawang www.livesounds.com.my. Tiket boleh dibeli di pintu masuk tempat-tempat persembahan.
Sumber dipetik daripada: Utusan Malaysia
-------------------------------------------