Tuesday, December 2, 2008

KITA TERUS JADI TAMU DI RUMAH SENDIRI...

Siri baru konsert Livesounds

UNTUK kesekian kalinya, Livesounds Music Series kembali menggegarkan ibu kota dengan persembahan hebat dalam tiga siri konsert yang dijadualkan bagi menyemarakkan lagi sambutan tahun baru yang bakal diraikan menjelang 1 Januari 2009.

Pada 5 Disember ini, Andra And The Backbone dan Lightcraft akan menghiburkan peminat mereka di Rainforest Bar, Pavilion Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.

Dua lagi konsert, iaitu pada 19 Disember bakal dimeriahkan oleh artis seberang, Indonesia Dewi-Dewi dan Marcell bertempat di Wine Room, Asian Hearitage Row pada pukul 9 malam.

Sementara pada 27 Disember pula, artis-artis seperti Sheila On 7 dan The Rock bakal menemui dan menghiburkan peminat mereka di Bar Sa Vanh Too, Plaza Mon’t Kiara bermula pukul 9 malam.

Selain menyemarakkan perayaan Tahun Baru, tiga konsert tersebut juga bertujuan mendedikasikan semangat muzik yang dibawakan secara ‘live’ dengan lebih erat antara enam artis yang terlibat dengan para peminat mereka terutamanya dari Malaysia.

Kepada para peminat muzik tanah air, jangan ketinggalan menyaksikan persembahan hebat enam artis terbabit di samping peluang memenangi gitar yang ditandatangani oleh artis kegemaran anda.

Sebanyak 150 tiket percuma disediakan oleh penganjur kepada para peminat dari Malaysia, hanya layari dan mendaftar di laman sesawang www.livesounds.com.my. Tiket boleh dibeli di pintu masuk tempat-tempat persembahan.

Sumber dipetik daripada: Utusan Malaysia

-------------------------------------------

Aku terbaca berita ni kat akhbar Utusan Malaysia, aku cuba cari detail penganjur ni nak tau dorang ni dari mana tapi tak dapat plak... mungkin dorang ni promoter dari Indonesia kot. Korang perasan tak orang Malaysia ni suka sangat perisa kretek ni? Punyalah banyak band dari Malaysia yang boleh meghiburkan tahun  baru rakyatnya adei... ni... kalau band lokal saja beraksi comfirm gig free jak.... tapi kalau dari luar bayar nak mampus... adakah sikap rakyat Malaysia begini? Mana dulu slogan belilah barangan buatan Malaysia...? or slogannya sudah tukar tengok yang Malaysia tapi beli jak Indon... Aiman tak kisah...  Kurang - kurang panggillah Si Raja SMS tu menghibur.. ni dia pun tak tersenarai... adei.. biasalah Mawi... habis madu kau tu mesti ko disepah - sepahkan gerenti... Aku bukannya anti pemuzik dari luar... aku juga banyak minat band dari luar lebih - lebih lagi band The Misfits tapi kalau kita nak bercakap menaikkan industri negara kita.. So, kasi synchronise la tindakan tu dgn tujuan... kata nak majukan industri.. industri taik palat dorang!!! Fenomena ini akan berterusan selagi poket kotor dorang dapat diisi. tak hairan la orang Indonesia sedang rancak mengata orang Malaysia di www.malingsia.com!!!!

No comments: