Wednesday, December 10, 2008

SEPETANG BERSAMA DAIRY QUEEN

Photobucket

N adalah permulaan posting aku yang berkenaan dengan trip aku pi Negara Brunei Darussalam baru - baru ni. Antara tempat wajib yang akan aku cari jika sampai ke sana adalah outlet Dairy Queen. Korang kenal Dairy Queen? Kalau tak tau sila klik kat sini.

Photobucket

Sebelum masuk ke dalam outlet, aku tengok stand ad mereka... nak tengok apa yang best maklumlah aku ni bukannya familiar sangat menu dorang ni. Tak puas hati aku terus masuk dalam untuk tengok lebih banyak menu. Hehehehe gambar kat bawah ni adalah senarai menunya. Korang pilih la satu mana - mana yang berkenan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Pilih punya pilih akhirnya aku putuskan nak pekena Vanilla Shake ngan Banana Split hehehehe nyum nyum nyum burp.... {*.*}
------------------------------------------------------
p/s: masa aku kat Brunei tu kadar tukaran asing adalah B$1.00 = RM2.40 isk isk isk isk

Tuesday, December 9, 2008

HANGUS TERBAKAR





Masa aku balik dari Kota Kinabalu tadi aku terserempak dengan insiden ni. Sebuah kereta proton wira terbakar mujurlah penumpangnya tidak apa - apa. Punca kebakaran aku tak tau dan atas faktor - faktor keselamatan aku hanya berani untuk mengambil gambar dari jarak jauh. Pada firasat aku kebakaran ini mungkin berlaku disebabkan oleh litar pintas di dalam sistem pendawaian kereta tersebut kerana aku pernah menyaksikan insiden yang serupa berlaku pada kereta salah seorang kawan aku.
Dikesempatan ini juga aku nak sarankan korang semua supaya mengambil langkah berhati - hati semasa di jalan raya. Jgn memandu secara terburu - buru dan sila rancang perjalanan anda sebaiknya. Dimusim - musim perayaan ni byk aku dengar berita - berita kemalangan dilaporkan di media cetak dan elektronik. So, janganlah kita pun tersenarai di dalam statistik dan berita tersebut.. isk simpang malakat 44

Monday, December 8, 2008

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Baru jak balik dari surau sembahyang sunat raya.. so, aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada anda semua...