Tuesday, January 6, 2009

WARTAWAN HIBURAN SEMAKIN BODOH?

Hujung minggu yang lalu aku lepak depan tv seisi keluarga menonton rancangan ntah apa2 ntah. Masa tu sorang nak tengok channel tu dan sorang lagi nak tengok channel ni... last - last undian dibuat dan keputusannya undian berpihak kepada menonton channel TV3. Masa tu rancangan melodi tengah ke udara, kalau ikutkan agak lama dah aku tak tengok rancangan ni. Ingatkan dah takde, hehehehehe tahniah untuk TV3 kerana berjaya mempertahankan rancangan ni buat sekalian lama.

Untuk dijadikan entri di dalam dari segmen tu tukar ke segmen ni errrmm boring jugak Melodi minggu ni ataupun memang begitu la level standard keriangan melodi hehehehe ntah aku tak tau. Sampailah satu segmen tu, cerita mengenai band elektronik Euphoria kalau tak silap aku. Wartawan yang bertugas masa tu ialah wartawan amoi cantik dorang tu sapa lak nama dia michell rasanya. hahahahahaha mmg lucu dan memalukan masa tu, soalan childish terpacul dari mulut si amoi ni hahahahah dgn muka senyum2 kucing dia selamber jak tanya (lebih kurang la ayatnya) "berapalah korang dapat income kat sini? Mana yang lebih tinggi kat Malaysia ke kat tpt korang? hahahahaha apa punya bengap soalan!!! mmg buduh tahap kambing kena sawan punya soalan, aku tengok muka mat  saleh yang kena interview tu berkerut - kerut (aku rasa lepas amoi wartawan tu blah pasti drg bergelak besar mengutuk akan soalan - soalan  begitu) bagi aku soalan gitu tak layak utk di keluarkan daripada mulut seorang wartawan yang berpengalaman... hahahaha tapi kalau dia rasa gatal mulut juga nak tanya bagus dia pi tanya geng maestro.. hahahahah tanya Maestro berapa pendapatan dorang hasil daripada perkahwinan Mawi dan Ekin, dan mana yang lebih banyak dapat masa Mawi dan Ekin kahwin ataupun masa Mawi dan Ina putus tunang or masa Mawi menang Af hahahaha  apa2lah asalkan kebodohan itu terserlah.

Apalah punyer rancangan macam sial terus aku pun blah dari tempat duduk aku then call kengkawan yang lain .. heheheh jom kita mancing.. boringlah rancangan kat tv macam sial.... 

KISAH TEMAN SIPEMANCING - X'MAS SPECIAL EDITION

Masa cuti Krismas baru - baru ni aku ngan band member aku (line up Mi Scusi) dan juga beberapa orang rakan telah membuat satu trip memancing di sekitar kawasan perlabuhan Kota Kinabalu dan area yang berdekatan Kg. Likas. Masa tu suasana agak berangin dan alunan ombak agak kuat juga. Kalau diikutkan keadaan masa tu mmg tak sesuai untuk p memancing. Tapi kitaorang tak peduli, kira kami nak berehat sebentar dari bingit musick kami di studio. Untuk menyegarkan buah pikiran di dalam bekarya maka kami memilih memancing untuk mendekatkan diri dengan alam sekitar yang mungkin akan dapat memberi ilham kepada kami. Seperti kisah Teman Sipaemancing sebelumnya aku beroleh ilham di dalam membuat lagu Sundal Bolong maka secara peribadi trip kali juga akan dapat memberi aku sedikit ilham.

Gambar: Zul (Bassist /Vocal) sedang berposing maut sebelum melontarkan umpannya ke laut.


Gambar: Setelah menunggu lama namun umpan yang dilontar tadi tidak di sentuh oleh sang ikan, lantas Zul mengirim sistem pesanan ringkas (SMS) kepada ikan2 di laut supaya jangan segan silu utk menjamah umpannya heheheheh. SMS on IKAN then antar ke 33222 hahahahaha

Gambar: Aku posing berpura - pura seperti kail kena makan ikan besar walaupun secara realitinya tali pancing aku telah tersangkut di celah2 batu akibat di bawah oleh arus ombak yang kuat hehehehehehehe... Namun tindakan itu, boleh menarik perhatian para pemancing yang lain (drg ingat pancing aku kena makan ikan besar hehehehe)

Gambar: Ni En. Berahim juruteknik Mi Scusi semasa gig dan studio juga merangkap pemain drum simpanan heheheheh. Pada malam tu beliau menjadi tokan umpan utk kita orang memancing dan juga radar manusia untuk mengesan lubuk2 ikan (maklumlah kami tak mampu nak beli radar sonar tu) memandangkan beliau mempunyai pengalaman yang luas di arena pemancingan ini.

Pancing punya pancing tetiba Zul bersuara, "Eh ni ndak boleh jadi ni, ikan di laut kenyang makan umpan kita tapi haram sekor pun takde kita kasi naik. Apa kata kita plak yang cari makanan? heheheh lapar la..." kata - kata beliau itu terus di sokong oleh Cho (Gitaris kitaorang) dengan iringan ketawa ala - ala Sundal Bolong. Mula - mula aku cadang nak makan di McD pekena Quater pounder tapi atas faktor kewangan kami sepakat utk makan "Nasi Embak Kg. Likas" heheheheh mmg bajet makan ni dua ketul cikinwing ngan sambal ngan sup kosong ngan nasi putih ditambah layanan mesra ianya cuma berharga RM3.00 sepinggan.. ok kan? Korang nak tau resepinya? hahahahah nanti aku buat entri pasal resepi nasi embak ni.

Gambar: Nasi Embak 2 Ayam, korang boleh minta berapa ketul korang nak tapi untuk ni ianya berharga RM3.00 makin banyak ayam maka makin tinggilah harganya. Di Gambar ni adalah gambar sebelum nasi itu di desecrate oleh horror troops Mi Scusi.

Gambar: Gambar selepas hehehehe no komen la... aku hairan napa tetiba boleh banyak tulang ayam dan piring kosong di sekeliling... kitaorang mmg innocent pada malam tu... mungkin ini adalah bukti kerakusan manusia di alam yang fana ini... Kisah nasi tu berakhir dengan aku kena bayar RM24.00 untuk bayar jumlah yang kami makan malam tu hehehehehehe
Gambar: Zul dengan mata kuyunya merenung piring yang kosong tanda kekenyangan

Gambar: Senyuman riang sesudah kenyang, pastu Zul takde merungut lagi ttg umpannya yang tidak dimakan ikan

Aktiviti malam tu kami teruskan dengan berpindah lokasi ke bawah jambatan menuju Yayasan Sabah yang mana terletaknya muara sungai Kg. Likas. Masa ni Mie (drummer kitaorang baru sampai join sekali) dan diikuti oleh seorang rakan rapat kami En. Sharil Sartul

Gambar: Aku teruskan aksi - aksi kontrol macho aku pada malam tu


Gambar: Mie dengan eksyennya menunjukkan hasil tangkapannya pada malam tu walaupun ikan itu sebesar logo Liverpool kat bajunya.

Gambar: Sharil berfungsi sebagai manusia penghalau nyamuk kami pada malam tu dengan menhembuskan asap rokok Marlboronya kearah habitat - habitat nyamuk yang bedekatan.

Secara keseluruhannya pada malam tu kami tidak dapat meraih hasil. Mungkin belum rezeki kami namun trip memancing diakhiri dengan riang ria dan gelak ketawa dan semua ahli rombongan bersetuju untuk berkumpul di rumah aku untuk layan dvd Kreator Violent Revolution Tour.... Sekian terima kasih

p/s: dua tiga hari lepas trip ni kami dapat buat sebuah lagu baru yang belum bertajuk... heheheheh lirik pun baru separuh siap... hehehehehe

Sunday, January 4, 2009

FULL PLEDGE MUNKEES - PICK IT UP! Cd REVIEW

Aku beli CD Full Pledge Munkees ni kat Apple Studio Kota Kinabalu, Sabahmasa band aku Mi Scusi nak jamming. Untuk pengetahuan korang band Full Pledge Munkees ni adalah band ska yang berasal daripada Republik Singapura. Album Pick it Up! ini adalah keluaran label Nyaring Records yang mana ianya adalah kepunyaan saudara Nazri dari band Plague of Happiness.


Cd ini mengandungi 12 buah lagu iaitu:

1) Dengarlah
2) Munkee In The Closet
3) Come Back Home
4) Green Note
5) Skadiac
6) Edu
7) The Ego Has Landed
8) Sadism
9) Johnny Insano
10) On The Line
11) Best Day Of My Life
12) When We Are Gone

Overall, band ini sebenarnya adalah sama ngan mana2 band ska kat luar sana. Secara peribadi band ni mengingatkan aku kepada band Distorted Penguin, Suburban Legend dan Green Day. Uiks napa plak tetiba ada band Green Day? Hahhaha Kalau korang nak tau vocalist Full Pledge Munkees ni iaitu Mr. Fido ni mempunyai suara yang iras2 cam vocalist Green Day Mr. Billie Joe Amstrong. Aku ingat masa dalam cd jak sama tapi masa live pun perghh sebijik beb!!! Buktinya masa aku tengok drg perform live time drg perform kat Raz Ma Tazz Sabah sempena featuring Plague Of Happiness Kawan Malaysian Tour tahun lalu... Betul wa cakap lu... mmg sebijik cam Billie Joe.

Ok, Untuk Cd ni my favorite tracks adalah Dengarlah, Munkee in the closet, dan Best Day of my life. Walaupun rating aku average tapi aku rasa still berbaloi untuk membeli CD ni dan ni mmg jujur aku katakan... (drummer drng mmg sempoi la got talent!!!) . So, utk mendapatkan stuff ni korang boleh la kontek Nyaring Record kat www.nyaring.com