Tuesday, February 17, 2009

THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN BUTTON - BORING TAPI MENARIK?

Aku tak tau apakah jenis dadah yang digunakan oleh pembuat cerita ni... Aku merasa pelik bila membaca sinopsis cerita ni yang mengisahkan tentang cerita seorang lelaki yang dilahirkan secara tidak normal iaitu sebagai orang tua berumur 80 tahun... ia menjalani kehidupannya secara songsang iaitu dari tua hingga ke muda... isk isk .. citer apa ni? aku tengok cerita bukan pasal pelakonnya Brad Pitt akan tetapi aku tengok pasal nak tau apa sebenarnya yang berlaku...

Sebelum tu aku nak kasitau kat korang bahawa cerita ni adalah adaptasi daripada cerita pendek yang di tulis oleh F. Scott Fitzgerald pada tahun 1921 yang mana cerita ni dimuatkan di dalam majalah Collier yang diterbitkan di Amerika (1st isu 1888 hingga last 1957). Cerita Benjamin Button ni juga telah diterbitkan di dalam buku antologi cerita pendek si Scott ni yang bertajuk Tale of The Jazz Age. Cerita itu kemudian diolah lagi oleh seorg producer dari Hollywood yang bernama Ray Stark (lelaki ini tiada kaitan ngan Stark Industy yang jadi Iron Man tu...). antara movie terkenal Ray Stark ni adalah steel Magnolias (1989) dan Annie (1982). Walaubagaimanapun hak cipta cerita itu dibeli daripada Stark dan diadaptasi ke filem yang mana menggunakan tajuk yang sama dan dikeluarkan pada tahun 2008. Filem ini diarahkan oleh David Fincher seorang pengarah yang boleh dikatakan mempunyai nama dikalangan pengarah filem di Amerika.  Sebelum ni beliau pernah mengarah beberapa buah filem diantaranya ialah SE7EN, Fight Club, & Zodiac... sememangnya beliau suka mengarahkan cerita yang bingung - bingung hahahahahaha....

Movie ni agak panjang dan slow ceritanya, agak penat juga aku untuk menghayatinya namun pengalaman itu sememangnya sesuatu yang menyeronokkan. Aku kirakan adalah dalam 5 orang yang keluar dari panggung dan tak kembali semasa wayang ni dimainkan... ntah pasal apa mungkin cerita ni slow benar kot or drg tak faham.. hahaha hanya tuhan yang tahu...


Proses casting, Make up dan Customes dalam wayang ni mmg superb!!! Lebih2 kepada teknik make up dorang mmg gila babas punya power... hahahah kat sini la korang boleh tengok Brad Pitt versi tua dan muda... Mak andam utk movie ni adalah Greg Cannom yang telah 8 kali tercalon dan menang 3 kali dalam Academy Awards. Kalau korang nak tau senarai movie yang beliau terlibat korang just klik la kat SINI.

Kisahnya bermula dengan adegan seorang anak yang menjaga emaknya yang sedang sakit kuat di sebuah hospital yang terletak di New Orleans semasa taufan Katrina melanda dalam tahun 2005. Mungkin citer ni juga jadi tribute utk masa tu hehehehehe.... Masa kat hospital tu emak yang sakit tu minta anaknya bacakan sebuah diary lama. Sebelum dia minta baca dairy tu dia ada cerita pasal jam besar yang diletakkan kat stesen keta api... Citer jam tu mengisahkan ttg si pembuat jam tu dengan sengaja menyiapkan jam besar tu dgn masa yang berundur kerana ia sgt berharap supaya masa akan kembali dan ke semua anak2 muda yang terkorban semasa perang dunia 1 dapat hidup kembali dan menikmati kehidupan mereka... cehhh.. gitu rupanya..

Berbalik kepada kisah diari tadi, si anak tu yang bernama Caroline membacakan diary itu kepada emaknya yang bernama Diasy (hewhehehe macam nama bini Donald Duck plak). Diary itu menceritakan kisah hidup seorang yang bernama Benjamin yang mana dia ni dilahirkan tak normal... lahir - lahir dia dah tua berumur 80 thn... mmg uzur terus.. sampai doktor pun bingung. Emaknya mati semasa ia dilahirkan dan bapanya adalah seorang pemilik kilang butang (ceh patutlah nama Button... Nasib bukan taukeh kilang Condom hahahahah kalau tak mmg dia akan mempunyai nama yang erotik). Bapanya yang telah berjanji ngan ibunya sebelum ibunya menghembuskan napas yang terakhir akan menjaganya tidak dapat menerima hakikat akan kelahiran budak tu.. (masa tu belum bernama lagi). Last2 dia amik bayi then p buang  or letakkan di tangga sebuah nursery home or rumah org2 tua yang mana membawa pertemuan ngan ibu angkatnya. Ibu angkatnya bernama Queenie seorang wanita kulit hitam yang baik hati. Queenie memberi nama bayi yang dijumpainya itu sebagai Benjamin dan bertekad akan membesarkannya memandangkan ketika itu beliau mengalami masalah untuk mengandung... 

Plot cerita ni mmg menarik tetapi akan menjadi boring jika anda tidak focus semasa menontonnya. Tulah pasal aku ckp aku penat masa tengok citer movie ni... sememangnya ianya sebuah movie yang berat (dikategorikan finas sebagai 18 PG) yang mana hanya untuk tontonan penonton yang sudah matang. Terdapat unsur - unsur komedi di dalam cerita ini yang mana aku rasakan satu teknik yang baik utk menjadikan para penonton lebih santai di dalam menikmati wayang ni.. kira serius2 then ada part gelak ketawa...

Aku taknak citerkan kisah wayang ni in detail nanti tak saspen la plak kalau korang tengok kan? hahahahah utk disimplekan cerita ni adalah pasal orang tu hidup dari tua hingga ke muda (bukan macam kita dia dari muda ke tua) yang mana akhirnya mati sebagai seorang baby yang berumur 80 tahun... bermacam2 adventure yang dilalui oleh si Benjamin ni sepanjang cerita ni... adakah dia bertemu kembali ngan keluarga asalnya? Hahahaha itu korang kena figure out sendiri....

Cerita ni agak panjang dan bagi penonton yang kuat makan.. aku nasihatkan korang bawalah ekstra popcorn or hotdog semasa menonton cerita ni.. jika tak nanti korang kehabisan supply semasa pertengahan cerita.. tapi jangan makan terlalu kenyang nanti korang akan tertidur kekenyangan hahahahaha... Aku kasi rating cerita ni sebanyak 3.5 /5 bintang... So, p la korang serbu panggung sekarang hahahaha cheerssss....

Monday, February 16, 2009

GENG - PENGEMBARAAN BERMULA... : REVOLUSI ANIMASI 3D MALAYSIA


Akhirnya dapat juga aku tonton movie animasi 3D GENG keluaran anak Malaysia kat panggung baru - baru ini. Aku sedikit kecewa pasal masa tengok tu keadaan sistem bunyi panggung tersebut bukanlah berada pada tahap yang terbaik... Bagi aku mcm kalau aku buat performance kat pentas masa tu amplifier gitar aku blow.. huh.. pasti bunyinya tak semana.. hehehehe tapi takpe teruskan la.. ianya lebih baik berbanding kalau aku tengok kat rumah dengan dvd player + Tv old Skool aku.

Sebelum aku review movie ni biar aku kongsi ngan korang sinopsis cerita ni yang aku rembat kat laman web mereka (klik banner kat bawah).

 

Title : Geng - Pengembaraan Bermula 
Type : Feature Film 90 Minutes 
Animation Technique : Key Frame
Budget : RM 4 Million 
Sponsors : MOSTI, MIMOS, Tourism Malaysia
Media Partner : Media Prima, TV9, RTM 
Project commenced : January 2006 
Completion Date : May 2008
Release Date : 12 February 2009 
Musical Score : 
Yuri Wong,The Factory Music Studio
Post Production: Les’ Copaque Production SB
Film Processing : Oriental Post, Bangkok
Story and Screenplay : Les’ Copaque Production SB
Voice Actors : Les’ Copaque Production SB
Distributor : Grand Brilliance SB
Director : Mohd. Nizam Abd. Razak
Produced by : Les’ Copaque Production SB

...Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya... 

Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia...

Fuh kalau korang tengok bajet movie ni kira boleh tahan jugak mahalnya. Aku ada sorang kawan yang berkerja ngan industri animasi 3D ni dan mmg kata beliau bidang kerja ni agak mencabar.. bab drg buat animation tu nak create satu2 movement kepada watak dalam citer tu mmg memakan masa yang banyak. Pernah aku tengok komputer dia tak di off selama berhari (2 or 3 hari kalau tak silap aku) semata - mata nak tunggu rendering (ngam ka term aku ni?) object tu siap... Dia bilang kalau nak gerakkan mesti render dulu isk tak faham aku.. last2 sesudah siap rendering tu aku pun excited juga nak tengok hasilnya.. Cis aku ckp tunggu punyala lama berhari - hari tapi klipnya tak sampai pun setengah minit.. aparraa!!!  aku menyampaikan rasa tidak puas hati aku.. hehehe then dia pun explain.. bla bla bla bla.. ooohhh gitu ka? then baru aku faham bahawa nak buat animasi ni bukanlah kerja yang kita boleh complete seperti menyiapkan minit mensyuarat yang bos kita suruh taip hahahaha...

OKla nw aku nak ckp pasal Movie ni la .. dah byk dah aku melencong citer hehehehehe. Bagi aku movie ni salah tajuklah... bukan apa... overall cerita mmg biasa dan seperti biasa aku dapat jangkakan apa yang berlaku. Napa aku cakap pasal wayang ni salah tajuk? Hahahah ada sesetangah org yang aku jumpa mengatakan wayang ni lebih sesuai diberikan tajuk sebagai Upin & Ipin The Movie - Bermulanya Pengembaraan .. hahahah Memang aku setujula tajuknya... pasal mula - mula tengok iklannya ada penampilan istimewa UPIN & IPIN dalam wayang GENG tapi bila tengok cerita tu.. watak dua ekor budak ni yang lebih menonjol... (bukan kalau selalu spesel appearance ni wataknya tak boleh mengatasi watak utama?) mmgla Badrol & Lim adalah watak utama dlm cerita ni dan diikuti oleh beberapa watak yang lain. Namun kemunculan dua budak ni sememang telah mencuri tumpuan penonton.. hahahah sampai ada org beli tikit pun cakap "kasi tikit UPIN & IPIN 2 " hehehe tengok ngan awek la tu .. tu pasal beli dua keping hehehehe... sampai aku konfius mana satu tajuknya... Walaubagaimanapun aku mmg puas hati dengan ceritanya... sesuai ditengok seisi keluarga sambil memakan Burger Agung sambil minum air cendol. 

Part ni sememangnya aku nak puji... biarpun jalan ceritanya taklah sehebat mana (oklah utk tontonan budak * isk macam cite Lilo & Stitch plak) tapi teknologinya boleh tahan untuk permulaan wayang animasi Malaysia di era alaf baru ni... Sememangnya para krew produksi bekerja keras di dalam menghasilkan kerja 3D mereka. Tahniah untuk semua yang terlibat... Jgn di bandingkan dengan tahap animasi barat yang berbajet besar seperti PIXAR studio... Wayang Geng ini bagi aku boleh menjadi mercu tanda kepada era revolusi filem animasi Malaysia dan bagi aku drg mesti terus menghasilkan animasi yang baik seperti di dalam wayang ni. Kira aku tak merasa rugi la kerana pi panggung pasal tengok cerita ni... Syabas sekali lagi untuk korang!!!

Bagi aku cerita ni patut diperkenalkan dan dipasarkan keluar negara memandangkan ceritanya yang bercirikan masyarakat majmuk Malaysia sekaligus memperlihatkan pada orang di luar Malaysia tentang perpaduan kaum di Malaysia... Ini adalah antara agenda yang boleh aku nampak kat dalam wayang ni. Selain itu, semangat setiakawan yang wujud diantara watak2 dalam wayang ni biarpun kalau nak ikutkan dorang tu baru jak berkenalan hehehehe... (mungkin pasal ni la wayang ni kena kasi tajuk GENG...) Unsur - unsur positif seperti inilah yang seharusnya dijadikan tauladan kepada para penonton yang layan movie ni.. jgn plak nanti pas tengok movie ni terus anda bercita - cita nak jadi pemburu haram yang menjual binatang - binatang eksotik yang terlindung.. hehheheheh salah tu.. nanti kena tangkap baru padan muka korang.. bagus kalau korang kena tangkap... kalau kena makan raksasa? errmm sapa yang susah?... k la chow.. selamat menonton!!! bagi aku movie ini masih berbaloi untuk di tonton di pawagam...!!! Cheers!!!

Friday, February 13, 2009

HAPPY VALENTINE'S DAY (HORRORCUTE VERSION)

Sempena hari Valentine ni aku nak share satu video ngan korang... Jom Layan...