Monday, February 16, 2009

GENG - PENGEMBARAAN BERMULA... : REVOLUSI ANIMASI 3D MALAYSIA


Akhirnya dapat juga aku tonton movie animasi 3D GENG keluaran anak Malaysia kat panggung baru - baru ini. Aku sedikit kecewa pasal masa tengok tu keadaan sistem bunyi panggung tersebut bukanlah berada pada tahap yang terbaik... Bagi aku mcm kalau aku buat performance kat pentas masa tu amplifier gitar aku blow.. huh.. pasti bunyinya tak semana.. hehehehe tapi takpe teruskan la.. ianya lebih baik berbanding kalau aku tengok kat rumah dengan dvd player + Tv old Skool aku.

Sebelum aku review movie ni biar aku kongsi ngan korang sinopsis cerita ni yang aku rembat kat laman web mereka (klik banner kat bawah).

 

Title : Geng - Pengembaraan Bermula 
Type : Feature Film 90 Minutes 
Animation Technique : Key Frame
Budget : RM 4 Million 
Sponsors : MOSTI, MIMOS, Tourism Malaysia
Media Partner : Media Prima, TV9, RTM 
Project commenced : January 2006 
Completion Date : May 2008
Release Date : 12 February 2009 
Musical Score : 
Yuri Wong,The Factory Music Studio
Post Production: Les’ Copaque Production SB
Film Processing : Oriental Post, Bangkok
Story and Screenplay : Les’ Copaque Production SB
Voice Actors : Les’ Copaque Production SB
Distributor : Grand Brilliance SB
Director : Mohd. Nizam Abd. Razak
Produced by : Les’ Copaque Production SB

...Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya... 

Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia...

Fuh kalau korang tengok bajet movie ni kira boleh tahan jugak mahalnya. Aku ada sorang kawan yang berkerja ngan industri animasi 3D ni dan mmg kata beliau bidang kerja ni agak mencabar.. bab drg buat animation tu nak create satu2 movement kepada watak dalam citer tu mmg memakan masa yang banyak. Pernah aku tengok komputer dia tak di off selama berhari (2 or 3 hari kalau tak silap aku) semata - mata nak tunggu rendering (ngam ka term aku ni?) object tu siap... Dia bilang kalau nak gerakkan mesti render dulu isk tak faham aku.. last2 sesudah siap rendering tu aku pun excited juga nak tengok hasilnya.. Cis aku ckp tunggu punyala lama berhari - hari tapi klipnya tak sampai pun setengah minit.. aparraa!!!  aku menyampaikan rasa tidak puas hati aku.. hehehe then dia pun explain.. bla bla bla bla.. ooohhh gitu ka? then baru aku faham bahawa nak buat animasi ni bukanlah kerja yang kita boleh complete seperti menyiapkan minit mensyuarat yang bos kita suruh taip hahahaha...

OKla nw aku nak ckp pasal Movie ni la .. dah byk dah aku melencong citer hehehehehe. Bagi aku movie ni salah tajuklah... bukan apa... overall cerita mmg biasa dan seperti biasa aku dapat jangkakan apa yang berlaku. Napa aku cakap pasal wayang ni salah tajuk? Hahahah ada sesetangah org yang aku jumpa mengatakan wayang ni lebih sesuai diberikan tajuk sebagai Upin & Ipin The Movie - Bermulanya Pengembaraan .. hahahah Memang aku setujula tajuknya... pasal mula - mula tengok iklannya ada penampilan istimewa UPIN & IPIN dalam wayang GENG tapi bila tengok cerita tu.. watak dua ekor budak ni yang lebih menonjol... (bukan kalau selalu spesel appearance ni wataknya tak boleh mengatasi watak utama?) mmgla Badrol & Lim adalah watak utama dlm cerita ni dan diikuti oleh beberapa watak yang lain. Namun kemunculan dua budak ni sememang telah mencuri tumpuan penonton.. hahahah sampai ada org beli tikit pun cakap "kasi tikit UPIN & IPIN 2 " hehehe tengok ngan awek la tu .. tu pasal beli dua keping hehehehe... sampai aku konfius mana satu tajuknya... Walaubagaimanapun aku mmg puas hati dengan ceritanya... sesuai ditengok seisi keluarga sambil memakan Burger Agung sambil minum air cendol. 

Part ni sememangnya aku nak puji... biarpun jalan ceritanya taklah sehebat mana (oklah utk tontonan budak * isk macam cite Lilo & Stitch plak) tapi teknologinya boleh tahan untuk permulaan wayang animasi Malaysia di era alaf baru ni... Sememangnya para krew produksi bekerja keras di dalam menghasilkan kerja 3D mereka. Tahniah untuk semua yang terlibat... Jgn di bandingkan dengan tahap animasi barat yang berbajet besar seperti PIXAR studio... Wayang Geng ini bagi aku boleh menjadi mercu tanda kepada era revolusi filem animasi Malaysia dan bagi aku drg mesti terus menghasilkan animasi yang baik seperti di dalam wayang ni. Kira aku tak merasa rugi la kerana pi panggung pasal tengok cerita ni... Syabas sekali lagi untuk korang!!!

Bagi aku cerita ni patut diperkenalkan dan dipasarkan keluar negara memandangkan ceritanya yang bercirikan masyarakat majmuk Malaysia sekaligus memperlihatkan pada orang di luar Malaysia tentang perpaduan kaum di Malaysia... Ini adalah antara agenda yang boleh aku nampak kat dalam wayang ni. Selain itu, semangat setiakawan yang wujud diantara watak2 dalam wayang ni biarpun kalau nak ikutkan dorang tu baru jak berkenalan hehehehe... (mungkin pasal ni la wayang ni kena kasi tajuk GENG...) Unsur - unsur positif seperti inilah yang seharusnya dijadikan tauladan kepada para penonton yang layan movie ni.. jgn plak nanti pas tengok movie ni terus anda bercita - cita nak jadi pemburu haram yang menjual binatang - binatang eksotik yang terlindung.. hehheheheh salah tu.. nanti kena tangkap baru padan muka korang.. bagus kalau korang kena tangkap... kalau kena makan raksasa? errmm sapa yang susah?... k la chow.. selamat menonton!!! bagi aku movie ini masih berbaloi untuk di tonton di pawagam...!!! Cheers!!!

1 comment:

p0dracer said...

Hi Jairo, thanks for the review. Sokongan anda sangat bermakna bagi kami di Les' Copaque. Thx again!