Aku tak tau apakah jenis dadah yang digunakan oleh pembuat cerita ni... Aku merasa pelik bila membaca sinopsis cerita ni yang mengisahkan tentang cerita seorang lelaki yang dilahirkan secara tidak normal iaitu sebagai orang tua berumur 80 tahun... ia menjalani kehidupannya secara songsang iaitu dari tua hingga ke muda... isk isk .. citer apa ni? aku tengok cerita bukan pasal pelakonnya Brad Pitt akan tetapi aku tengok pasal nak tau apa sebenarnya yang berlaku...
Sebelum tu aku nak kasitau kat korang bahawa cerita ni adalah adaptasi daripada cerita pendek yang di tulis oleh F. Scott Fitzgerald pada tahun 1921 yang mana cerita ni dimuatkan di dalam majalah Collier yang diterbitkan di Amerika (1st isu 1888 hingga last 1957). Cerita Benjamin Button ni juga telah diterbitkan di dalam buku antologi cerita pendek si Scott ni yang bertajuk Tale of The Jazz Age. Cerita itu kemudian diolah lagi oleh seorg producer dari Hollywood yang bernama Ray Stark (lelaki ini tiada kaitan ngan Stark Industy yang jadi Iron Man tu...). antara movie terkenal Ray Stark ni adalah steel Magnolias (1989) dan Annie (1982). Walaubagaimanapun hak cipta cerita itu dibeli daripada Stark dan diadaptasi ke filem yang mana menggunakan tajuk yang sama dan dikeluarkan pada tahun 2008. Filem ini diarahkan oleh David Fincher seorang pengarah yang boleh dikatakan mempunyai nama dikalangan pengarah filem di Amerika. Sebelum ni beliau pernah mengarah beberapa buah filem diantaranya ialah SE7EN, Fight Club, & Zodiac... sememangnya beliau suka mengarahkan cerita yang bingung - bingung hahahahahaha....
Movie ni agak panjang dan slow ceritanya, agak penat juga aku untuk menghayatinya namun pengalaman itu sememangnya sesuatu yang menyeronokkan. Aku kirakan adalah dalam 5 orang yang keluar dari panggung dan tak kembali semasa wayang ni dimainkan... ntah pasal apa mungkin cerita ni slow benar kot or drg tak faham.. hahaha hanya tuhan yang tahu...
Proses casting, Make up dan Customes dalam wayang ni mmg superb!!! Lebih2 kepada teknik make up dorang mmg gila babas punya power... hahahah kat sini la korang boleh tengok Brad Pitt versi tua dan muda... Mak andam utk movie ni adalah Greg Cannom yang telah 8 kali tercalon dan menang 3 kali dalam Academy Awards. Kalau korang nak tau senarai movie yang beliau terlibat korang just klik la kat SINI.
Kisahnya bermula dengan adegan seorang anak yang menjaga emaknya yang sedang sakit kuat di sebuah hospital yang terletak di New Orleans semasa taufan Katrina melanda dalam tahun 2005. Mungkin citer ni juga jadi tribute utk masa tu hehehehehe.... Masa kat hospital tu emak yang sakit tu minta anaknya bacakan sebuah diary lama. Sebelum dia minta baca dairy tu dia ada cerita pasal jam besar yang diletakkan kat stesen keta api... Citer jam tu mengisahkan ttg si pembuat jam tu dengan sengaja menyiapkan jam besar tu dgn masa yang berundur kerana ia sgt berharap supaya masa akan kembali dan ke semua anak2 muda yang terkorban semasa perang dunia 1 dapat hidup kembali dan menikmati kehidupan mereka... cehhh.. gitu rupanya..
Berbalik kepada kisah diari tadi, si anak tu yang bernama Caroline membacakan diary itu kepada emaknya yang bernama Diasy (hewhehehe macam nama bini Donald Duck plak). Diary itu menceritakan kisah hidup seorang yang bernama Benjamin yang mana dia ni dilahirkan tak normal... lahir - lahir dia dah tua berumur 80 thn... mmg uzur terus.. sampai doktor pun bingung. Emaknya mati semasa ia dilahirkan dan bapanya adalah seorang pemilik kilang butang (ceh patutlah nama Button... Nasib bukan taukeh kilang Condom hahahahah kalau tak mmg dia akan mempunyai nama yang erotik). Bapanya yang telah berjanji ngan ibunya sebelum ibunya menghembuskan napas yang terakhir akan menjaganya tidak dapat menerima hakikat akan kelahiran budak tu.. (masa tu belum bernama lagi). Last2 dia amik bayi then p buang or letakkan di tangga sebuah nursery home or rumah org2 tua yang mana membawa pertemuan ngan ibu angkatnya. Ibu angkatnya bernama Queenie seorang wanita kulit hitam yang baik hati. Queenie memberi nama bayi yang dijumpainya itu sebagai Benjamin dan bertekad akan membesarkannya memandangkan ketika itu beliau mengalami masalah untuk mengandung...
Plot cerita ni mmg menarik tetapi akan menjadi boring jika anda tidak focus semasa menontonnya. Tulah pasal aku ckp aku penat masa tengok citer movie ni... sememangnya ianya sebuah movie yang berat (dikategorikan finas sebagai 18 PG) yang mana hanya untuk tontonan penonton yang sudah matang. Terdapat unsur - unsur komedi di dalam cerita ini yang mana aku rasakan satu teknik yang baik utk menjadikan para penonton lebih santai di dalam menikmati wayang ni.. kira serius2 then ada part gelak ketawa...
Aku taknak citerkan kisah wayang ni in detail nanti tak saspen la plak kalau korang tengok kan? hahahahah utk disimplekan cerita ni adalah pasal orang tu hidup dari tua hingga ke muda (bukan macam kita dia dari muda ke tua) yang mana akhirnya mati sebagai seorang baby yang berumur 80 tahun... bermacam2 adventure yang dilalui oleh si Benjamin ni sepanjang cerita ni... adakah dia bertemu kembali ngan keluarga asalnya? Hahahaha itu korang kena figure out sendiri....
Cerita ni agak panjang dan bagi penonton yang kuat makan.. aku nasihatkan korang bawalah ekstra popcorn or hotdog semasa menonton cerita ni.. jika tak nanti korang kehabisan supply semasa pertengahan cerita.. tapi jangan makan terlalu kenyang nanti korang akan tertidur kekenyangan hahahahaha... Aku kasi rating cerita ni sebanyak 3.5 /5 bintang... So, p la korang serbu panggung sekarang hahahaha cheerssss....
2 comments:
Boring meh? I think not bad wor
Harmony... i said its boring lor but still interesting.. boring but interesting.. did u get what i mean?
Post a Comment