Semalam aku ngan geng Rakan Muda (sebenarnya umur mereka takla muda sgt....) rekreasi aku pigi mancing kat spot terbaik kami. hehehehehe sebenarnya aku tiba ke lokasi agak lewat berbanding dengan geng2 yang lain... aku sampai kat situ jak umpan cacing pun dah abis... ic... hampa betul aku drg ni mmg kejam tak tinggalkan aku umpan... nasib la si Slay (yup nama dia ni mmg ditribute sempena kumpulan Slayer) ada datang dengan membawa sejumlah cacing yang banyak dan serba gebu.. hehehehe aku kembali bersemangat... Suasana hambar tadi bertukar ceria dengan tali pancing yang bertalu - talu dibuang ke dalam sungai untuk menanti umpan cacing gebu dimakan oleh sang udang. Keadaan air masa tu mmg perfect dengan arus yang sederhana laju cuma aku tengok ia dah nak surut... isk tapi masih ada masa lagi ni. kurang dari setengah jam hahahah kail kami mula kena rentap oleh udang... hehehehe sumer org excited nak tau pancing sapa yang mula2 kena makan... resultnya en. Sadam mendahului kami hahahaha diikuti oleh en. bob... memang ceria... kami stay kat tempat tu sampai jam 9 mlm....
Nak dijadikan cerita, sebenar spot kegemaran kami untuk memancing ni adalah kawasan tanah perkuburan kat kampung aku. Tapi oleh kerana hampir setiap hari kitaorg p mancing kat sana suasana horror tu takde la menyelubungi kami.. kami lebih takut dgn nyamuk2 yang ganas yang menggigit kaki aku isk isk isk kan dah kena penampar... tapi semalam punya trip agak mencabar kerana ada buaya sedang perati kami mancing.. hehehe patutlah banyak udang rupanya si buaya tu ada dekat2 kitaorang... kata orang kalau ada buaya lalu mmg banyak udang hehehehe.. walaupun dah gelap, en. Slay mmg berpengalaman di dalam teknik2 mengesan pergerakan buaya di dalam air dan mmg kami sumer nampak la buaya tu dok stay kat gigi air dgn hanya menampakkan matanya yang kemerah - merahan jika disuluh ngan lampu picit... biarlah buaya tu kat situ.. janji dia tak kacau kami. Mungkin buaya tu kesunyian takde kawan dan mau join kitaorang lepak sambil main transfer bluetooth 3gp dari henpon en. Rudy yang sememang taukeh 3gp tersohor dikalangan member aku... itu aku tak tau cuma sang buaya saja tau... manalah tau buaya tu ada blog boleh dia linkkan post ni ngan blog dia hahahaha apalah aku ngarut sampai situ cis.. mabuk udang kot!!!!
Walaubagaimanapun, kisah buaya tu bukanlah yang paling mencabar minda kitaorang.. pasal buaya tu mmg kitaorang biasa nampak.. lagipun yang semalam tu kecik lagi mungkin dalam 2 or 3 keping papan jak lebarnya.. kira buaya remaja la... apa yang paling kult adalah kitaorang terdengar suara budak - budak bergelak ketawa riang.. apa ke jadahnya mak bapa kasi anak dorang main gelak2 waktu malam kat tanah perkuburan.. aku cool jak masa dengar suara tu.. kira kontrol macho la.. lagi pun org pesan kalau ada apa2 jangan tegur dan aku ingat aku sorang jak yang dengar sampai aku p ronda2 sambil suluh ngan lampu picit kat kawasan kubur tapi haram satu benda pun aku tak nampak.. cis.. biarla. tapi makin dibiar makin ceria plak ketawanya hahahaha terus aku ketawa bila en. Slay sekali lagi memainkan peranannya dgn berrtanya "ehh korang ada dengarkah suara budak ketawa?" hahahahah en. Sadam jawab ala biarlah dorang main... kita buat hal sendirilah sambil melontarkan jorannya. Cis.. aku dahlah pakai moto dan moto tu takde lampu lagi isk isk isk segan terus aku nak balik sorang2 nanti ada duduk kat belakang bonceng moto aku isk isk nanti meraung aku ala - ala Dani kumpulan Cradle Of Filth... Arrgggghhh This is the end of everything.... gitu la kira liriknya. Walaubagaimanapun, aku selamat jugak la balik ke rumah dengan selamat. Hehehehe hari mesti aku p sana lagi utk memancing yearrrrgghhh budak2 korang tunggu aku kat sana nanti aku bawakan korang gula2 kiss me hahahaha... Gambar2 diatas adalah hasil2 yang kami pancing... nyum nyum nyum.. satu lagi aku nak pesan kalau p tempat2 yang horror tu mulut korang janganlah celupar... hehehehe cheers... enjoy!!!