Thursday, February 26, 2009

GODSPEED: AUSTRALIAN METAL COMPILATION 1994 CD REVIEW

Cd ni aku dapat dari Steve Rowe (Bassist / Vokalis) Mortification Band Death Metal dari Mentone, Australia. Kira CD ni adalah free gift aku kerana interview Mortification dalam isu kedua zine aku. Rupa – rupanya si Steve Rowe ni ada buat label dia sendiri yang bernama ROWE PRODUCTIONS dan cd compilation ini adalah rilisan pernahnya memandangkan nombor rilisan tu bertulis rowe001. 

Aku dah lama lost kontek ngan mamat ni dan aku dah terlost akan berita pekembangan dorang. Tujuan utama aku nak review CD ni adalah sekadar utk mengamit kenangan yang mengusik jiwa semasa aku mula2 bergiat di dalam arena underground ni heheheheh… (tersenyum sendiri…). Dalam CD ni telah menampilkan 17 buah band dari Australia yang pada masa tu kira boleh dikatakan sebagai band baru. Walaupun tajuk cd ni Metal Compilation namun ada juga band rock dan punk yang yang terbabit di dalamnya. Band – band yang beraksi di dalam compilation ni adalah seperti Cry Mercy (Hard Rock), Mortification (Death Metal …drg rakam lagu era demo mereka) Nu Humans (Groove Rock), Discarnated (Death Metal), Doxology (Rock), Deracination (Death Metal), Harbinger (Prog. Metal), Krini (Hard Rock), Screams Of Chaos (Industrial), Beheadoth (Unholy Black Metal), Rockin’ Rabbis (Punk Rock), Embodyment (Death Metal), Justice (Rock), Metanoia (Death Metal), Ignite (Slow Rock), Thrash Puppies (Punk Rock) & Rosanna’s Raiders (Hard Rock). Setiap band menyumbangkan sebuah lagu di dalam compilation ni.

Kualiti rakaman sememangnya ditahap pro dgn sound yang mantap dan berjaya menunjukkan potensi sebenar band di dalamnya. Bagi aku ada beberapa band yang berjaya menarik perhatian aku iaitu Mortification (lagu time crusader mereka ni mmg layan), Discarnated(sebuah band death metal ala2 Disincarnate hehehe nama pun lebih kurang) , Deracination (juga death metal), Krioni (band hard rock yang sempoi dgn vokalis pompuannya), Rockin Rabbis (punk rock), Embodyment (aku rasa music drg ni lebih kepada Doom ala2 My Dying Bride), Metanoia (death metal) dan Thrash Puppies (band punk lawak…). Yg lain tu kurang menarikla bagi aku.. mungkin music yg drg main tu aku tak into sgt tu la sebab aku terbias hehehehehe….

Dengan CD aku terbayang akan unitynya scene underground pada masa tu… tiada diskriminasi music yang tegar seperti sekarang ni di mana mat – mat metal kita ni taknak join lepak ngan budak punk or rockers2 heheheh. Bukan aku nak ckp dorang tak ngam tapi masing2 ada kolompoknya yang tersendiri… Alangkah cunnya kalau drg ni bersatu.. hehehe pasti scene kita akan kuat.. bak patah pepatah… Bersatu Kita Teguh… Bercerai Kita Roboh… Cheers… 

BALZAC VS LAIYA T – SHIRT



Akhirnya baju yang aku order selamat sampai ke tangan aku kelmarin. Thanx to JOAD kerana tolong aku order baju ni. Baju ni adalah design terbaru dari Shocker WorldWide iaitu Official International Merchandises Website Balzac. Order ni mmg cepat sampai boleh kata ianya sampai ke tangan kami kurang dua minggu dari tempoh t – shirt itu diorder. 


Ini kira t-shirt Balzac aku yang ketiga dan design kali ni adalah design gabungan BALZAC: ATOM – AGE VAMPIRE IN 308 dengan LAIYA: THUNDER OF THE ARROW (Laiya adalah disebut sebagai Raiya). Balzac ngan Raiya ni mmg geng baik.. hehehehe bukan sahaja demo dorang rilis split... malahan T Shirt pun dorang bantai rilis split... 

Kualiti kain sememangnya sama ngan t shirt Balzac yang aku review sebelum ni. Walaupun agak nipis berbanding dengan T Shirt terdahulu namun ianya amat selesa dipakai. Taklah panas sangat kalau nak pakai time gig hehehehehe….


Selain T – Shirt aku juga dapat free gift yang berbentuk tiket2 lama dan flyers dari Balzac yang boleh dijadikan sebagai koleksi berharga bagi peminat tegar seperti aku dan ada sorang lagi kawan yang enggan namanya disebut. Selain tu, aku juga dapat satu poster Calender bersaiz A4 daripada pembelian itu. Sebenarnya poster tu kepunyaan kawan aku yang sama2 order stuff (order dikirim sesampul utk jimat kos postage). Oleh kerana dia dah ada calendar yang sama then dia bermurah hati utk memberikannya kepada aku.


So, sesapa yang berminat nak order stuff Balzac ni korang bolehlah lawat web Shocker Worldwide tu. Banyak benda best yg korang boleh dapat… Selain clothing utk balak… Baju2 utk awek2 cute juga ada dengan pelbagai design dan warna yang menarik heheheheh apalagi utk awek horrorock kat luar sanap la pujuk pakwe korang utk belikan korang sehelai dua baju Balzac ni… kalau tak silap aku ada versi Valentine day lagi… Baju tu sesuai untuk mamat Horrorock yang sedang hangat bercinta… Dapatkan segera sementara stok masih ada… Cheers…


p/s: ada kawan kata aku ni Riak Balzacwi

Wednesday, February 25, 2009

AYAM GORENG MI SCUSI ala KANTAKI FRIED CIKIN

Hahahaha korang pernah terpikir ker nak goreng ayam ala2 kfc? hehehehe aku selalu terfikir nak buat camner nak buat cam kolonel sander buat hahahahah nanti kalau aku dapat buat boleh aku panggil kengkawan makan heheheh... Aku ni minat juga kalau makan ayam goreng KFC ni heheheh paling aku suka Original Recipe dorang... hehehe pasal aku tak suka makan pedas... cicah pun ngan tomato ketchup. Dari sejak memakan benda tu aku selalu cuba nak figure out camne dorang buat hehehehe then aku experiment la kat rumah camne nak buat.. mmg banyak kali gagal namun ayam yang gagal itu masih berjaya utk di abiskan... hahahaha

Ok la ni resepi yang aku try utk hidangan 2 Kg cikinwing hahahahah then k korang p amik pen dan kertas tulis heheheh jarang aku nak kasi resepi ngan sukatan yang spesifik ni heheheh... Mula2 korang amik 2 sudu besar baking power, pastu 2 sudu besar garam, 4 sudu beasr MSG (ajinomoto kalau korang tak tau haha) 1/2 Sudu besar serbuk bawang putih kira2 suku cawan pati ayam (ala korang pakai jenama maggi pun boleh) then bancuh semua ramuan tadi ngan 5 cawan air. Hehehehe jgn saspen korang belum boleh makan lagi... hehehehe sudah bancuh then campakkan ayam tu kat dalam bancuhan tadi then perap sehari (24 jam) utk masukkan perisanya hahahaha.... kena tahan dulu la k... kalau perap jgn la lupa simpan dlm ice box nanti basi plak ayam tu hahaha utk jak biawak kat semak tu nanti pasal makan kantaki tak siap korang.

Jgn saspen gambar di atas bukanlah hasil sebenarnya hahahaha tu aku rembat kat google jak hahahahahahah bankrap KFC kang hahahaha. Bak kata orang2 tua ianya hanya sebagai ilustrasi sahaja hahahaha. Then skrang korang sediakan sebiji telus ayam korang kacau sampai naik sikit then campurkan dengan 2 cawan susu segar.... then korang ambik satu lagi bekas utk simpan 2 cawan tepung gandum 2 sudu teh serbuk lada putih 3 sudu besar garam, satu sudu teh MSG, setengah sudu serbuk bawang putih dan secubit paprika (nak kick korang boleh simpan lebih tapi jangan la sampai simpan segayung.. naya.. tu). K.. korang dah defrostkan ayam korang marinated semalam tu? hahahahah then rendam ayam tu kat bancuh telur dan susu tadi kasih tenggelam jak jgn segan2 hahahahah then korang ulikan ke dalam campuran tepung tadi sehingga rata.. then panaskan minyak bolehlah korang goreng hahahahah.. tunggu sampai warna keemasan then boleh la dibangkit ayam tadi tu... Kalau korang nak lagi power korang boleh goreng kat pressure cooker... ayam itu akan jadi lebih lembut nyum nyum macam kfc.. hehehe kalau takde tu jgn la nak ngada2 komplen napa ayam tu tak lembut heheheh sedar2la diri tu goreng ngan apa.. mcm aku pun goreng ngan kuali biasa jak hehehehe rasanya adalah dekat heheheh.. aku percaya kalau digoreng kat pressure cooker mmg jadi punya... 

So, kepada sesapa yang ada pressure cooker tu jgnlah segan2 nak test power resepi KFC tiruan aku ni hahahahahah Mi Scusi ...  Mi Scusi... Dan harap korang dapat la kasi tau hasilnya macamana k. Cheers hahahah 

p/s: Hidangan ni sesuai dibuat utk majlis harijadi anak anda... kikikikiki