Akhirnya baju yang aku order selamat sampai ke tangan aku kelmarin. Thanx to JOAD kerana tolong aku order baju ni. Baju ni adalah design terbaru dari Shocker WorldWide iaitu Official International Merchandises Website Balzac. Order ni mmg cepat sampai boleh kata ianya sampai ke tangan kami kurang dua minggu dari tempoh t – shirt itu diorder.
Kualiti kain sememangnya sama ngan t shirt Balzac yang aku review sebelum ni. Walaupun agak nipis berbanding dengan T Shirt terdahulu namun ianya amat selesa dipakai. Taklah panas sangat kalau nak pakai time gig hehehehehe….
So, sesapa yang berminat nak order stuff Balzac ni korang bolehlah lawat web Shocker Worldwide tu. Banyak benda best yg korang boleh dapat… Selain clothing utk balak… Baju2 utk awek2 cute juga ada dengan pelbagai design dan warna yang menarik heheheheh apalagi utk awek horrorock kat luar sanap la pujuk pakwe korang utk belikan korang sehelai dua baju Balzac ni… kalau tak silap aku ada versi Valentine day lagi… Baju tu sesuai untuk mamat Horrorock yang sedang hangat bercinta… Dapatkan segera sementara stok masih ada… Cheers…
p/s: ada kawan kata aku ni Riak Balzacwi
No comments:
Post a Comment