Thursday, February 26, 2009

GODSPEED: AUSTRALIAN METAL COMPILATION 1994 CD REVIEW

Cd ni aku dapat dari Steve Rowe (Bassist / Vokalis) Mortification Band Death Metal dari Mentone, Australia. Kira CD ni adalah free gift aku kerana interview Mortification dalam isu kedua zine aku. Rupa – rupanya si Steve Rowe ni ada buat label dia sendiri yang bernama ROWE PRODUCTIONS dan cd compilation ini adalah rilisan pernahnya memandangkan nombor rilisan tu bertulis rowe001. 

Aku dah lama lost kontek ngan mamat ni dan aku dah terlost akan berita pekembangan dorang. Tujuan utama aku nak review CD ni adalah sekadar utk mengamit kenangan yang mengusik jiwa semasa aku mula2 bergiat di dalam arena underground ni heheheheh… (tersenyum sendiri…). Dalam CD ni telah menampilkan 17 buah band dari Australia yang pada masa tu kira boleh dikatakan sebagai band baru. Walaupun tajuk cd ni Metal Compilation namun ada juga band rock dan punk yang yang terbabit di dalamnya. Band – band yang beraksi di dalam compilation ni adalah seperti Cry Mercy (Hard Rock), Mortification (Death Metal …drg rakam lagu era demo mereka) Nu Humans (Groove Rock), Discarnated (Death Metal), Doxology (Rock), Deracination (Death Metal), Harbinger (Prog. Metal), Krini (Hard Rock), Screams Of Chaos (Industrial), Beheadoth (Unholy Black Metal), Rockin’ Rabbis (Punk Rock), Embodyment (Death Metal), Justice (Rock), Metanoia (Death Metal), Ignite (Slow Rock), Thrash Puppies (Punk Rock) & Rosanna’s Raiders (Hard Rock). Setiap band menyumbangkan sebuah lagu di dalam compilation ni.

Kualiti rakaman sememangnya ditahap pro dgn sound yang mantap dan berjaya menunjukkan potensi sebenar band di dalamnya. Bagi aku ada beberapa band yang berjaya menarik perhatian aku iaitu Mortification (lagu time crusader mereka ni mmg layan), Discarnated(sebuah band death metal ala2 Disincarnate hehehe nama pun lebih kurang) , Deracination (juga death metal), Krioni (band hard rock yang sempoi dgn vokalis pompuannya), Rockin Rabbis (punk rock), Embodyment (aku rasa music drg ni lebih kepada Doom ala2 My Dying Bride), Metanoia (death metal) dan Thrash Puppies (band punk lawak…). Yg lain tu kurang menarikla bagi aku.. mungkin music yg drg main tu aku tak into sgt tu la sebab aku terbias hehehehehe….

Dengan CD aku terbayang akan unitynya scene underground pada masa tu… tiada diskriminasi music yang tegar seperti sekarang ni di mana mat – mat metal kita ni taknak join lepak ngan budak punk or rockers2 heheheh. Bukan aku nak ckp dorang tak ngam tapi masing2 ada kolompoknya yang tersendiri… Alangkah cunnya kalau drg ni bersatu.. hehehe pasti scene kita akan kuat.. bak patah pepatah… Bersatu Kita Teguh… Bercerai Kita Roboh… Cheers… 

2 comments:

Anonymous said...

hah mortification rulesssss.terima kasih sebab dedicated post ni untuk aku.uhuk2 terharu gua.mortification ni masa mula2 paham internet lagu diorg aku penah donlod sehelai(lagu apa ntah).straight up old school death metal.

Anonymous said...

hahahah tu dorongan utk lu... rajin adik rajin... rajinla belajar... kalau ada gig sana ngko review la nanti bole post kat sini... jadi penulis jemputan....