Friday, March 13, 2009

DRAGONBALL EVOLUTION: TANGGAPAN AWAL

Kalau ikutkan mmg dari kecik lagi aku mengimpikan cerita Dragonball ni keluar kat TV... pabila aku mula tengok siri animenya aku cukup teruja sehingga skrng ni pun aku masih teruja untuk menontonnya walaupun sudah banyak kali aku menontonnya. Selepas anime aku terus mengimpikan agar cerita ni filemkan plak... heheheh ala biasala diberi betis nakkan paha... kira standard la tu. Namun tahun lalu masa p tengok wayang ngan awek aku heheheh ada plak poster dragonball yang mengatakan bakal menggegar panggung pada tahun 2009. Yahoo.... punya happy aku masa tu... yang dinanti - nanti sudah pun tiba... kira ianya buat aku tak sabar untuk menyambut kedatangan tahun 2009 gara2 wayang dragonball ni.

Akhirnya saat yang ditunggu - tunggu telah tiba... Dragonball telah muncul di pawagam pada 12/03/2009 hahahaha kira kalau takde halangan aku nak p tengok movie. Walaubagaimanapun sekarang ni aku di dalam dilema samada hendak menontonnya ataupun tidak... ini berikutan tanggapan awal yang aku buat selepas tengok trailernya kat panggung baru2 ni... isk semacam jak dragonball ni. Lagi teruk lagi majoriti or ke semua member kat forum pun kasi komen awal yang serupa dgn aku.. tambah berat plak hati ku untuk melihatnya dipanggung. Namun aku taknak penantian aku selama ni sia - sia... aku kuatkan hati aku nak pigi juga!!! Rugi aku tunggu lama tapi last2 kuar tak pi tengok plak... Bak kata member kat forum ANDA TRUE? HAHA .

Kat bawah ni adalah keratan ulasan daripada majalah gempak ihsan dari encik BS seorang member kat forum pada yang ada baca korang pasti ada pendapat masing - masing. Aku? errmmm lepas baca ni makin berat plak hati kau nak pigi... apa korang pikir? Akan tetapi aku tetap juga mau tengok pasal adalah tidak adil kalau aku dah kutuk tapi aku sendiri pun belum tengok... nanti lepas aku tengok movie ni aku akan review balik sebagai sambungan entri ini... hahahah ready la kau goku... kalau ok aku akan bagi review spesel untuk kau.. kalau tak ok... hahahah aku kasi kau yang paling kaw kaw punya... tunggu yek.. cheers!!!

SILA KLIK GAMBAR NI UTK PEMBACAAN YANG LEBIH JELAS...

Thursday, March 12, 2009

SLUMDOG MILLIONAIRE: TAK PERLU BANYAK DUIT UNTUK JADI YANG TERBAIK

Sudah lama aku dengar rakan - rakan di forum memperkatakan tentang movie SLUMDOG MILLIONAIRE ni... Semua komen yang diberi oleh mereka sememang amat memberangsangkan. Pada mulanya aku tak berapa ambil pusing pasal movie ni pasal ntahla mungkin pelakonnya aku tak kenal or pengarahnya. Namun ada juga aku buat sikit research pasal movie ni dan masa tu ada review2 yang positif tentang movie sehingga ada yang berani mengatakan bahawa bakal mengegar academy award!!!.. Check punya check ler movie diarah oleh Danny Boyle... Korang pasti tau sapa Danny Boyle kan? Ala dia ni adalah seorang pengarah berbangsa British errr movie dia yang beberapa ketul yang pernah menang. Tapi selain Slumdog Millionaire ni movie terdahulu beliau yang aku suka adalah Trainsporting citer pasal sekumpulan penagih dadah dan juga The Beach lakonan Leonardo DiCaprio.

Apa yang membuat movie ni begitu menjadi buah mulut org adalah kerana bajet yang digunakan adalah agak rendah di mana ianya lebih murah jika dibandingkan dengan kos produksi mana2 wayang boxoffice masakini. Ternyatalah duit bukannya ukuran ataupun mesej utama yang hendak disampaikan di dalam cerita ini. Bagi aku pengarah dan penerbit wayang di Malaysia perlu mencontohi perkara ni... Jangan nak kecoh bajet movie berjuta - juta tapi hasil macam taik!!! Okla mari kita proceed pasal citer SLUMDOG MILLIONAIRE ni plak...

Ok la terus terang aku katakan SLUMDOG MILLIONAIRE yang aku tengok ni adalah versi pirated DVD... Sebenarnya aku tak pernah review benda2 pirated dalam blog aku ni. Namun aku sudah cuba round kedai DVD di sekitar Kota Kinabalu akan tetapi aku gagal menjumpai DVD ataupun VCD ori movie ni. Nak tak nak aku rembatla DVD pirated nasib juga yang aku beli tu copynya terang dan sound yang berada ditahap optimum!!! Satu hari nanti kalau ada jumpa yang ori aku pasti akan beli utk koleksi.

Cerita ni adalah berlatar belakangkan kisah anak2 jalanan di Mumbai... kisah ni sebenarnya adalah adaptasi daripada novel Q&A by Vikas Swarup (korang jgn main2 ngan novel ni huh pernah menang award jugak woooo). Walaubagaimanapun ceritanya sedikit di alter oleh Danny Boyle. Kisah mengenai dua beradik Jamal dan Salim yang membesar di dalam suasana yang dihimpit oleh kemiskinan yang mana ibu mereka (bapa dia takde plak kena highlight) mati setelah menjadi mangsa bunuh dalam kes pergolakkan kaum dan agama di Mumbai. Di sanalah mereka ditemukan dengan Latika seorang budak perampuan yang yatim piatu (isk masa kecik kotor dan busuk kali sudah besar cantik dan wangi...). Akhirnya mereka bertiga ni menjadi trio dan mengalami proses pembesaran bersama...

Jamal yang mana pada permulaan wayang ni sedang kena soal siasat oleh polis Mumbai kerana disyaki menipu untuk memenangi program Who Wants To Be A Millionaire. Tanggapan prejudis pihak penganjur mengatakan bahawa Jamal adalah seorang penipu kerana dapat menjawab ke semua soalan. Ini kerana adalah mustahil bagi budak jalanan seperti Jamal yang tidak berpendidikan (paling teruk lagi dia ni tak pandai membaca) untuk tahu ke semua jawapan bagi soalan program tersebut. Sebelum Jamal sudah berbagai golongan terpelajar dan professional mengikuti program tersebut namun tiada seorang pun yang berjaya melepasi peringkat pertama. Di sinilah Jamal menceritakan kisah hidupnya kepada pihak polis dan memberitahu bagaimana dia boleh mengetahui ke semua jawapan kepada soalan yang ditanya kepadanya.

Dari situ la juga aku dapat tau bahawa si Jamal ni masuk program Who Wants To Be A Millionaire bukan kerana nak dapat duit berjuta tu.. tapi tujuannya hanya satu... Ia bertujuan utk mencari cintanya (ala budak perampuan yang nama Latika tu...) yang hilang kerana mereka terpisah (sebenarnya mereka ni terpisah beberapa kali) akibat dari krisis yang melanda di antara dia dan abangnya Salim (ceh terus aku ingat Restoran Salim... Drg punya nasi beriyani cun wooo). Dia tahu Latika suka tengok rancangan tu... dan dia berharap Latika ada menonton semasa beliau duduk di kerusi Jutawan.

Perasaan aku menengok movie ni sama ngan perasaan aku semasa menonton movie City Of God!!! Sememangnya ianya sebuah filem yang mengujakan. Plot ceritanya yang turun naik semesti membuatkan aku mahu terus melihat movie ini kerana ingin mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya. Lain kata.. wayang ni berjaya menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan penonton. Kalau dah ingin tahu tu comfirm la korang nak follow sampai abis kan? kalau tak nanti tak tidur malam plak pasal memikirkannya.

Cerita yang menerapkan semangat setiakawan dan keinginan untuk terus hidup adalah tunjang utama mesej wayang ni. Ianya seakan - akan hendak memberitahu kita tentang kehidupan kita ini bukannya semata - mata kerana wang ringgit ataupun materialistik walaupun pada hakikatnya ianya begitu. Wayang ni sebenarnya agak sinis mesejnya, kepada penonton yang selalu memandang rendah kepada golongan yang tak berpendidikan tinggi pasti akan terasa... ala macam citer Zombies Kampung Pisang yang cakap pasal "Kami Tiada SPM..." hehehe hapuskanlah prejudis di antara kita.

Aku taknak cerita lebih pasal jalan cerita wayang ni... nanti ada orang kata aku ni potong stim pasal dah cerita semua jalan cerita (ini berlaku pada review aku pasal filem Maut) dan aku tak nak la potong stim korang lagi... apa yang aku tulis ni adalah pendapat tentang filem ni.. bukan nak citer pasal wayang tu cerita camner. Akhir sekali... Sememang tidak perlu banyak duit untuk jadi yang terbaik... asalkan kita ada kemahuan lantas kita berusaha pasti akan tercapai!!!

p/s: aku tak sangka soalan terakhir millionaire tu tanya pasal buku Alexander Dumas.. heheheh mungkin aku boleh jadi jutawan juga kot? hehehe dan sepatutnya entri ni aku review pasal wayang punisher yang aku tengok kat panggung baru2 ni.. tapi ntah napa aku rasa malas nak review... maybe its too common to review it... whatever!!! 

Thursday, March 5, 2009

MUTIARA YANG HILANG: SINGLE COIL 22 FRET ROCK N ROLL MACHINE 1995

Memang sudah aku mencari benda ni... mati2 aku ingat hilang dari simpananku... Lagipun benda ni agak besar untuk terlepas daripada pandangan. Namun aku tak balik rumah untuk tempoh yang agak lama (p merantau kononnya) then masa aku balik benda ni dah takder... isk aku ingatnya ianya sudah kena rip off oleh mana2 pihak yang tak bertanggung jawab.

Gitar ni sebenar dibelikan oleh emak aku hehehe pada tahun 1995 masa tu aku nak sangat nak belajar main gitar... hehehe gitar ni gitar second hand yang dibeli dgn harga rm800 dan beberapa tahun selepas memiliki gitar ni baru aku sedar yang mamat jual gitar ni kasi aku harga potong leher!!! tapi takpe ni pengajaran pertama aku di dalam arena gitar mengitar ni heheheh dan selepas tu aku tak pernah la kena kencing dalam bab gitar ni... heheheh pelanduk tak tak lupa kan jerat kot...

Gitar ni dijumpai baru2 ini oleh adik aku kat dalam stor simpanan barang2 lama hehehehe lega campur happy la bila dia ckp yang gitar aku telah dijumpai. Gitar ni asalnya berwarna hijau tapi lepas beli jak aku terus kasi spray balik p warna yang seperti kat dalam gambar hehehehe mmg gempak habis la masa tu pasal bukan semua member yang ada gitar elektrik ni hehehehe. Jenama dia aku tak berapa ingat la... kalau tak silap aku kat headstocknya tu tulis vision (jenama vision la kot hehehehe). Masa aku beli gitar ni pengaruh grunge dan punk mmg sgt kuat dalam jiwa aku... mungkin sampai skrang jiwa tu masih pekat kat dalam diri aku.

Hahahaha brand taraf poser sticker band dari oversea yang aku dah lupa apa nama aku jadikan brand baru gitar ni heheheh masa mula2 tampal dulu mmg cun la nampak hehehe... Masa pegang gitar ni lagu2 yang selalu dimainkan adalah terdiri daripada cover song dari band Misfits (semestinya), rancid, nofx, Ramones dan nirvana hahahahah masa tu aku belum kenal ngan band balzac lagi or rasa band ni belum ada kot ntah aku pun tak pasti.

Aku tinggalkan gitar ni kat rumah apabila aku p further study aku... hehehehe malas nak bawa naik kapal gitar ni... so tinggal kan jak kat dalam bilik aku.. tulah yang sekali aku balik gitar tu dah takde hehehee mmg aku tercari - cari. Korang tengokla sticker2 yang ditampal kat bawah ni hahahah korang judge la sendiri... aku malas la nak komen. 

Untuk membuat gitar ni berbunyi kembali mmg banyak la benda mau kena bikin... kalau tak salah aku neck nya pun dah bengkok.. kena adjust trus rod dia la.. disamping ada beberapa notationnya yang dah lari dan kena tune balik... aku rasa aku taknak bikin la gitar ni buat masa terdekat ni.. just simpan sebagai koleksi peribadi. Walaupun soundnya tak semantap sound Ironbird aku tapi aku ttp berbangga memiliki gitar ni pasal dgn gitar ni la aku belajar dari asas untuk bermain gitar... caya lah!!!

Ok la takat ni saja untuk cerita gitar yang dijumpa ni ... hehehe nanti la kalau ada masa aku pasti akan baiki mana2 part yang rosak dan kalau ada rezeki aku nak bawa gitar perform bersama dgn band aku Mi Scusi... cheers!!!