Thursday, March 12, 2009

SLUMDOG MILLIONAIRE: TAK PERLU BANYAK DUIT UNTUK JADI YANG TERBAIK

Sudah lama aku dengar rakan - rakan di forum memperkatakan tentang movie SLUMDOG MILLIONAIRE ni... Semua komen yang diberi oleh mereka sememang amat memberangsangkan. Pada mulanya aku tak berapa ambil pusing pasal movie ni pasal ntahla mungkin pelakonnya aku tak kenal or pengarahnya. Namun ada juga aku buat sikit research pasal movie ni dan masa tu ada review2 yang positif tentang movie sehingga ada yang berani mengatakan bahawa bakal mengegar academy award!!!.. Check punya check ler movie diarah oleh Danny Boyle... Korang pasti tau sapa Danny Boyle kan? Ala dia ni adalah seorang pengarah berbangsa British errr movie dia yang beberapa ketul yang pernah menang. Tapi selain Slumdog Millionaire ni movie terdahulu beliau yang aku suka adalah Trainsporting citer pasal sekumpulan penagih dadah dan juga The Beach lakonan Leonardo DiCaprio.

Apa yang membuat movie ni begitu menjadi buah mulut org adalah kerana bajet yang digunakan adalah agak rendah di mana ianya lebih murah jika dibandingkan dengan kos produksi mana2 wayang boxoffice masakini. Ternyatalah duit bukannya ukuran ataupun mesej utama yang hendak disampaikan di dalam cerita ini. Bagi aku pengarah dan penerbit wayang di Malaysia perlu mencontohi perkara ni... Jangan nak kecoh bajet movie berjuta - juta tapi hasil macam taik!!! Okla mari kita proceed pasal citer SLUMDOG MILLIONAIRE ni plak...

Ok la terus terang aku katakan SLUMDOG MILLIONAIRE yang aku tengok ni adalah versi pirated DVD... Sebenarnya aku tak pernah review benda2 pirated dalam blog aku ni. Namun aku sudah cuba round kedai DVD di sekitar Kota Kinabalu akan tetapi aku gagal menjumpai DVD ataupun VCD ori movie ni. Nak tak nak aku rembatla DVD pirated nasib juga yang aku beli tu copynya terang dan sound yang berada ditahap optimum!!! Satu hari nanti kalau ada jumpa yang ori aku pasti akan beli utk koleksi.

Cerita ni adalah berlatar belakangkan kisah anak2 jalanan di Mumbai... kisah ni sebenarnya adalah adaptasi daripada novel Q&A by Vikas Swarup (korang jgn main2 ngan novel ni huh pernah menang award jugak woooo). Walaubagaimanapun ceritanya sedikit di alter oleh Danny Boyle. Kisah mengenai dua beradik Jamal dan Salim yang membesar di dalam suasana yang dihimpit oleh kemiskinan yang mana ibu mereka (bapa dia takde plak kena highlight) mati setelah menjadi mangsa bunuh dalam kes pergolakkan kaum dan agama di Mumbai. Di sanalah mereka ditemukan dengan Latika seorang budak perampuan yang yatim piatu (isk masa kecik kotor dan busuk kali sudah besar cantik dan wangi...). Akhirnya mereka bertiga ni menjadi trio dan mengalami proses pembesaran bersama...

Jamal yang mana pada permulaan wayang ni sedang kena soal siasat oleh polis Mumbai kerana disyaki menipu untuk memenangi program Who Wants To Be A Millionaire. Tanggapan prejudis pihak penganjur mengatakan bahawa Jamal adalah seorang penipu kerana dapat menjawab ke semua soalan. Ini kerana adalah mustahil bagi budak jalanan seperti Jamal yang tidak berpendidikan (paling teruk lagi dia ni tak pandai membaca) untuk tahu ke semua jawapan bagi soalan program tersebut. Sebelum Jamal sudah berbagai golongan terpelajar dan professional mengikuti program tersebut namun tiada seorang pun yang berjaya melepasi peringkat pertama. Di sinilah Jamal menceritakan kisah hidupnya kepada pihak polis dan memberitahu bagaimana dia boleh mengetahui ke semua jawapan kepada soalan yang ditanya kepadanya.

Dari situ la juga aku dapat tau bahawa si Jamal ni masuk program Who Wants To Be A Millionaire bukan kerana nak dapat duit berjuta tu.. tapi tujuannya hanya satu... Ia bertujuan utk mencari cintanya (ala budak perampuan yang nama Latika tu...) yang hilang kerana mereka terpisah (sebenarnya mereka ni terpisah beberapa kali) akibat dari krisis yang melanda di antara dia dan abangnya Salim (ceh terus aku ingat Restoran Salim... Drg punya nasi beriyani cun wooo). Dia tahu Latika suka tengok rancangan tu... dan dia berharap Latika ada menonton semasa beliau duduk di kerusi Jutawan.

Perasaan aku menengok movie ni sama ngan perasaan aku semasa menonton movie City Of God!!! Sememangnya ianya sebuah filem yang mengujakan. Plot ceritanya yang turun naik semesti membuatkan aku mahu terus melihat movie ini kerana ingin mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya. Lain kata.. wayang ni berjaya menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan penonton. Kalau dah ingin tahu tu comfirm la korang nak follow sampai abis kan? kalau tak nanti tak tidur malam plak pasal memikirkannya.

Cerita yang menerapkan semangat setiakawan dan keinginan untuk terus hidup adalah tunjang utama mesej wayang ni. Ianya seakan - akan hendak memberitahu kita tentang kehidupan kita ini bukannya semata - mata kerana wang ringgit ataupun materialistik walaupun pada hakikatnya ianya begitu. Wayang ni sebenarnya agak sinis mesejnya, kepada penonton yang selalu memandang rendah kepada golongan yang tak berpendidikan tinggi pasti akan terasa... ala macam citer Zombies Kampung Pisang yang cakap pasal "Kami Tiada SPM..." hehehe hapuskanlah prejudis di antara kita.

Aku taknak cerita lebih pasal jalan cerita wayang ni... nanti ada orang kata aku ni potong stim pasal dah cerita semua jalan cerita (ini berlaku pada review aku pasal filem Maut) dan aku tak nak la potong stim korang lagi... apa yang aku tulis ni adalah pendapat tentang filem ni.. bukan nak citer pasal wayang tu cerita camner. Akhir sekali... Sememang tidak perlu banyak duit untuk jadi yang terbaik... asalkan kita ada kemahuan lantas kita berusaha pasti akan tercapai!!!

p/s: aku tak sangka soalan terakhir millionaire tu tanya pasal buku Alexander Dumas.. heheheh mungkin aku boleh jadi jutawan juga kot? hehehe dan sepatutnya entri ni aku review pasal wayang punisher yang aku tengok kat panggung baru2 ni.. tapi ntah napa aku rasa malas nak review... maybe its too common to review it... whatever!!! 

4 comments:

cimca said...

alum lagi ku teliat wayang ni, tapi macam siyuk...tatap ku unjar ni..

Jairo said...

mmg fully recommend la movie ni...

Jalth said...

ok jua la... nda pyh mliat kau cerita ja aku baca hahahahaha

Jairo said...

hahaha ngam la tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT