Monday, May 4, 2009

X MEN ORIGINS - WOLVERINE: ORIGINALS KAH DIA?

Hujung minggu baru - baru ni sempat juga aku bertandang ke panggung wayang walaupun jadual aku agak ketat hehehe... apa boleh dah memang register sebagai kaki panggung tak sah la kalau tengok wayang pames kat dvd d rumah hehehehehehe. Sebelum aku tengok wayang aku membuat survey ringkas di kalangan rakan2 yang sudah menonton akan reaksi mereka terhadap wayang X MEN ORIGINS: WOLVERINE. Ternyata keputusan survey yang aku terima ni agak mengecewakan... bukan apa.. result dia 50 - 50... positif & negative berbeza... huh!!! bahaya ni... errrmmm tapi takper oleh kerana aku ni peminat x men aku nak tengok juga walaupun keputusan survey yang aku terima mengatakan sesuatu yang negatif.

Wayang ni diarah oleh David Gavin ekkk silap heheheh Gavin Hood... dgn salah seorang producernya hugh Jackman selaku pelakon watak wolverine dlm cerita ni. Bagi aku cerita or wayang ni best walaupun ada orang ckp cerita ni best. Ada aku terbaca review dari blogger2 yang lebih awal menonton cerita ni mengatakan castingnya tak begitu sesuai... errrmmm bagi aku kenyataan ni ada betulnya.. watak utama pelakon rasanya dah ngam dah cuma pelakon kat tepi2 tu isk macam kurang la.. walaubagaimanapun watak gambit dalam cerita ni cool.

Setelah abis tengok wayang ni baru la aku tau napa ada sesetengah orang yang memberikan komen yang negatif terhadap movie ni. Rupanya mereka itu adalah peminat tegar Komik X MEN. Maksud aku drg ni bukan sahaja follow movie malahan drg ni follow ngan komik2nya sekali. Aku pernah jadi pengikut "tumpang" komik x men di sekitar tahun 1996 - 1997. Room mate aku pengumpul komik X Men. So, aku pun selalu tumpang baca komik dia tu... memandangkan dia tak pernah miss maka secara otomatik aku pun tak miss la baca komik tu hehehe (ni la maksudnya follower tumpang). Kalau part komik X Men.. dari cerita X men trilogy pun dah byk yang tak kena.. isk.. namun bab X Men origin ni aku tak pernah baca.. tulah sebab aku rasa ok jer.. hehhehe aku faham perasaan drg.. ianya adalah  sama ngan perasaan aku semasa tengok wayang Dragonballs: Evolution tempohari isk isk isk isk.

Walaubagaimanapun, wayang ni mmg padat dgn aksi... tak boring menontonnya. kalau ada orang nak belanja aku tengok sekali aku masih sudi utk pigi tengok.. hehehe ada berani?Dgn kualiti sound system kat panggung yang berada di tahap maksima (bukan seperti panggung yang aku p kat growball CP Kota Kinabalu tempohari) panggung GSC di 1 Borneo, Kota Kinabalu mmg best la kali ni takder mamat tidur bedengjur kat sebelah aku. mmg excited tengok cerita ni lebih2 lagi bab wolverine yang bergabung tenaga dgn sabretooth di dlm menghadapi musuh mereka WEAPON XI a.k.a DEADPOOL. Mmg menarik la babak ni... effectnya mmg kaw kaw hahahaha.. jadi bagi aku secara peribadi berpendapat wayang ni masih layak ditonton di panggung wayang. Best wa cakap lu... Namun kepada pembaca setia komik X Men sila sedia utk berasa kecewa ngan jalan ceritanya. Cheers.. sekian terima kasih

Saturday, May 2, 2009

WHO KILLED BAMBI

Aku p outstation jap... will be back hari isnin ni... sesapa yangketagih nak baca entri terbaru aku sorry takde plak utk hujung minggu ni hehehehehehe nanti la aku buat entri yang comel2 utk korang... Sementara tu terimalah video clip lagu WHO KILLED BAMBI? nyanyian SEX PISTOL. Mungkin minggu ni minggu tribute to Sex Pistol utk aku kot hehehe cheers thanx for visiting my fukking blog... take care.. datang lagi yer jgn segan2...

Friday, May 1, 2009

SELAMAT HARI BURUH

Hahahahahah cuti plak hari ni.. So, aku malas nak memnyemakkan fikiran korang dgn entri2 aku yang mengarut.. apa2 pun manfaatkan la cuti ini dgn aktiviti - aktivi yang berfaedah or luangkan bersama dgn keluarga anda... cheers... hujung minggu ni aku nak jumpa awek la hahahahahahah pastu nak p jamming ngan band aku Mi Scusi.

Selain tu aku nak dedicatekan lagu SEX PISTOL yang bertajuk HOLIDAY IN THE SUN utk korang... hehehe sempena musim cuti rasanya ngam la lagu ni utk korang... utk en. wanwarlock.. hahaha aku belum dapat kasi postkan lagu die.. die my darling utk kau.. hahaha takut org ckp kita ada hubungan sulit plak.. apa2 hal pun cheers mate...!!!!