Monday, May 4, 2009

X MEN ORIGINS - WOLVERINE: ORIGINALS KAH DIA?

Hujung minggu baru - baru ni sempat juga aku bertandang ke panggung wayang walaupun jadual aku agak ketat hehehe... apa boleh dah memang register sebagai kaki panggung tak sah la kalau tengok wayang pames kat dvd d rumah hehehehehehe. Sebelum aku tengok wayang aku membuat survey ringkas di kalangan rakan2 yang sudah menonton akan reaksi mereka terhadap wayang X MEN ORIGINS: WOLVERINE. Ternyata keputusan survey yang aku terima ni agak mengecewakan... bukan apa.. result dia 50 - 50... positif & negative berbeza... huh!!! bahaya ni... errrmmm tapi takper oleh kerana aku ni peminat x men aku nak tengok juga walaupun keputusan survey yang aku terima mengatakan sesuatu yang negatif.

Wayang ni diarah oleh David Gavin ekkk silap heheheh Gavin Hood... dgn salah seorang producernya hugh Jackman selaku pelakon watak wolverine dlm cerita ni. Bagi aku cerita or wayang ni best walaupun ada orang ckp cerita ni best. Ada aku terbaca review dari blogger2 yang lebih awal menonton cerita ni mengatakan castingnya tak begitu sesuai... errrmmm bagi aku kenyataan ni ada betulnya.. watak utama pelakon rasanya dah ngam dah cuma pelakon kat tepi2 tu isk macam kurang la.. walaubagaimanapun watak gambit dalam cerita ni cool.

Setelah abis tengok wayang ni baru la aku tau napa ada sesetengah orang yang memberikan komen yang negatif terhadap movie ni. Rupanya mereka itu adalah peminat tegar Komik X MEN. Maksud aku drg ni bukan sahaja follow movie malahan drg ni follow ngan komik2nya sekali. Aku pernah jadi pengikut "tumpang" komik x men di sekitar tahun 1996 - 1997. Room mate aku pengumpul komik X Men. So, aku pun selalu tumpang baca komik dia tu... memandangkan dia tak pernah miss maka secara otomatik aku pun tak miss la baca komik tu hehehe (ni la maksudnya follower tumpang). Kalau part komik X Men.. dari cerita X men trilogy pun dah byk yang tak kena.. isk.. namun bab X Men origin ni aku tak pernah baca.. tulah sebab aku rasa ok jer.. hehhehe aku faham perasaan drg.. ianya adalah  sama ngan perasaan aku semasa tengok wayang Dragonballs: Evolution tempohari isk isk isk isk.

Walaubagaimanapun, wayang ni mmg padat dgn aksi... tak boring menontonnya. kalau ada orang nak belanja aku tengok sekali aku masih sudi utk pigi tengok.. hehehe ada berani?Dgn kualiti sound system kat panggung yang berada di tahap maksima (bukan seperti panggung yang aku p kat growball CP Kota Kinabalu tempohari) panggung GSC di 1 Borneo, Kota Kinabalu mmg best la kali ni takder mamat tidur bedengjur kat sebelah aku. mmg excited tengok cerita ni lebih2 lagi bab wolverine yang bergabung tenaga dgn sabretooth di dlm menghadapi musuh mereka WEAPON XI a.k.a DEADPOOL. Mmg menarik la babak ni... effectnya mmg kaw kaw hahahaha.. jadi bagi aku secara peribadi berpendapat wayang ni masih layak ditonton di panggung wayang. Best wa cakap lu... Namun kepada pembaca setia komik X Men sila sedia utk berasa kecewa ngan jalan ceritanya. Cheers.. sekian terima kasih

7 comments:

Ijau D. Koceng said...

biasa2 ja jai... aku pun kipas-ssh-mati wolverine ada jua rasa kecewa sikit2, apa2 pun aku ada review kici2 http://kucinghijau.blogspot.com/2009/05/x-men-origin-wolverine-happy-labour-day.html

deaf_angel said...

i enjoyed your review siap ko cakap pasal komik2 tu smua..

Abang Ben said...

tak kira ori tak ori... janji santai punya filem!

berteromber said...

aku tak pernah baca komik dia...so aku takder hal...cuma nak tunggu dvdrip nyer version je ni...lambat ahh...hehe

Realm of Lati0s said...

fanboy mcm BS mmg sentiasa x puas ati crita2 komik

Takilala said...

layan je

Jairo said...

ijau: nasib aku bukan die hard heheheh

deaf: thanx kerana sudi membaca

abg. ben: yup mmg santai punya wayang...

berteromber: dvdrip punya version kena tunggu kat ruangan donlot metal terus la hahahahah

lati0s: hahahah BS juga la yang kena

takilala.. layan zassss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT