Saturday, May 9, 2009

DEDIKASI VIDEO: MONSTER MASH

Ok minggu ni aku nak dedikasikan sebuah lagu old skool kat korang... Lagunya adalah Monster Mash sebuah lagu lama yang dinyanyikan oleh Bobby Boris Pickettpada tahun 1962. Si Bobby Boris ni adalah penyanyi kumpulan The Cordials. Kalau korang nak tau, pada masa tu lagu ni number 1 kat carta Billboard Hot 100 pada October 1962.. fuh boleh tahan juga. Inspirasi lagu ni adalah daripada dari Hit "Alley Oop" yang mengisahkan tentang seorang ahli sains gila yang menjadi narator dlm lagu ni. Mmg straight foward liriknya citer camner monster2 tu boleh ada hahahaha so, enjoy la korang ngan video klip ni.. selamat berhujung minggu!!! Cheers!!!
Movie version: Monster Mash B - Movie
CoverVersion: Dr. Demento
Cover Version: The Misfits 
Original Version: Richard & The Young lions Featuring Bobby Boris
Original Version: Bobby Boris Pickett

Thursday, May 7, 2009

JANGAN TEGUR @ JANGAN TONTON... WAYANG SERAM MELAYU TERKINI ATAU TERAKHIR?

Sebenarnya aku tengok cerita ni pada hujung minggu yang lalu... Sementara tunggu tayangan Wolverine kitaorang sepakat nak layan cerita JANGAN TEGUR arahan Pierre Andre. Tahniah ke atas  Pierre Andre atas kejayaan anda mengarah cerita ini. Aku ni sebenarnya bukanlah anti ngan filem2 melayu. Kalau aku anti ngan filem melayu aku takkan tengok wayang ni kat panggung.. aku akan p cari DVD pirate jer hahahahah senang cerita kalau cerita tak best boleh la campak kat sungai or kasi kat member2 yang berminat. Sebenarnya sebelum aku layan wayang ni aku mmg dah terdengar komen dan reaksi rakan2 kaki wayang aku tentang wayang JANGAN TEGUR. Ada komen best dan tidak kurang juga ngan komen yang tak best... Antara komen yang best ada ... "Geng, bagus ngko tengok cerita JANGAN TEGUR... Ceritanya labih power dari Jangan Pandang belakang." itu kata seorang taulan... manakala ada satu member ni kata ... "Palui (palui ni kalau bahasa kitaorg maksudnya up 1 level dari bodoh) punya movie. Kalau aku tau gitu ceritanya baik aku tunggu hari raya jer.. mesti ada kuar kat TV.. Sayang jer duit aku beli tiket!!!" Fuh mana satu ni.. best ker tak best aku berfikir sendiri.. hehehehe pasal satu ni ckp best yang satu ni ckp tak best.. ataupun wayang Jangan Pandang Belakang tu yang tak best sehinggakan secara otomatik wayang Jangan Tegur lagi best.. isk isk isk tak best la macam ni... (aku belum tengok Jangan Pandang Belakang sebenarnya).

Ok tiket aku dah beli.. Ice Lemon tea Besar + Hot Dog 1901 aku dah beli sebenarnya kena belanja.. (sorry aku bukannya seorang vegetarian yang suka makan pop corn masa tengok movie.. meat is the best!!!). Then masuk la ke dalam panggung.. ceh masa aku melangkah masuk ke panggung tu hulur tiket kat gate bulu roma dah meremang dah.. ceh mmg power aura cerita ni.. tapi aku tak tegur... aku diam jer tak kasi tau org. Seram... gila palstik minum yang ku pegang tetiba rasa sejuk.. la aku check.. minuman tu kena bubuh banyak ais.. ceh hampeh!!! Bikin saspen jer... Ok wayang dah start intro yang best.. tapi permulaan ceritanya macam ada pengaruh wayang maut la hahahahahah naik keta eksiden then koma hahahahahaha cayalah!!! Tetiba cerita sorang gadis bernama Baizura punya scene kuar... babak menceritakan tentang kematian nenek si baizura ni.. dah lah dia tu cucu kesayangan tapi tak sempat jenguk neneknya yang sakit sebelum meninggal dunia.. tapi baik lagi si Baizura.. emak bapak si baizura batang hidung pun tarak... isk manalah drg ni? Aku ada 3 pendapat jer masa tu... Samada dorang dua2 dah meninggal dunia atau... si David Teo (producer) tak cukup bajet nak gajikan pelakon utk jadi watak ibu bapa baizura.. tak pun sipenulis cerita mmg tak sedar akan ibu bapa si baizura.. isk tak tau.. mana2 la.. janji korang happy.

Ok sebelum korang kata apa2 biar aku mengaku dulu.. yup gambar tu aku cilok dari budiey.com hahahahaha tapi tak la aku sampai nak removekan watermark drg macam Oh Bulan.com buat ngan gambar hasil dari kawan aku tempohari.. (F.O.A.D utk pencilok tak tau malu tu!!!) Babak wayang terus berjalan ngan aktiviti orang kampung membacakan surah Yassin di sebelah mayat nenek si Baizura tu... Part dah mula seram.. orang duduk kat sebelah aku dah mula berkelubung dlm selendang kegemarannya utk menutup mata kerana takut hahahah takper aku ada kat sebelah boleh kasi teman... namun selera aku utk melahap hot dog 1901 mula timbul hahahaha takper layan antu sambil makan hot dog pun best juga. pas abis baca Yassin terus semua orang blah... uiks, hairan juga aku... aku ni asal Sabah.. kalau kat tempat aku kalau ada orang meninggal saudara mara dan jiran terdekat mesti stay back kat rumah si mati dan bergilir - gilir menyedekahkan surah Yassin kepada si mati... Sehingga la waktu pagi yang mana urusan fardhu kifayah nak dilakukan. Isk tak sangka kat semenanjung drg terus blah jer macam tu.. or... benda ni tiada berlaku/ isk aku tak tau... (tak pernah hadir upacara seperti ini masa kat semenanjung... so.. kwn2 & pembaca dari semenanjung Malaysia sila beri komen pasal ni yer..)

Lepas blah ni... mayat nenek tu di biarkan baring ngan ditutup ngan kain tanpa di jaga.. isk power juga drg buat mayat nenek drg... apalah penulis skrip ni hati kering.. tak sensitif langsung... jelas sangat dia hanya fokuskan ke arah elemen seram dalam movie tanpa memikirkan faktor lain yang boleh membuatkan cerita lebih seram dan menarik. Korang tengok gambar kat atas tu.. hahahah mayat NENEK BANGKIT!!!! Serammmmm auooowwwwww (bunyi cam serigala menyalak) hahahah kat sini aku dah tergelak dah tengok antu dia tu.. sikit lagi tersembur ice lemon tea yang saku minum tu hahahahaha.. Tak macam hantu langsung kakakakakakakakakakakakaka. Macam nenek tu baru balik dari CUSTOME PARTY sempena Helloween adalah. Dia pakai baju Rabbit nak masuk tidur hahahah kain putih konon telinga rabbit kot hahahahaha (takder baju bajet nak beli baju kustom rabbit.. ) oleh kerana dia pandai menjahit lantas dia bantai buat sendir hasilnya? hahaha hantu tak siap... (produser sila pecat pereka custom tak seram ni utk movie seram yang akan datang).

Part paling seram (ni serius punya seram) part si Baizura p masuk tido. Apalah punya cucu.. dah lah sebelum nenek dia mati tak sempat jenguk sampai rumah terus dia layan membuta.. ceh patut p la sedekahkan bacaan ayat2 suci surah Yassin ker apa ker yang patut.. or watak Baizura ni adalah seorang yang tak pandai mengaji. Part tu hanya Pierre Andre yang tau. Masa tidur dia terbangun rasa nak minum air.. dia sempat lagi tengok mayat nenek dia dgn berwajah pilu.. ceh!!! part ni aku menyampah tengok muka dia. Mcm muka minah rempit tak cukup dadah pun ada. Masa ni part mayat bangkit ala2 pocong berlaku dan berjaya membuat satu panggung teriak tapi ada juga sekumpul mamat yang tergelak... Sejujur aku mmg terkejut masa tu pasal ada satu minah kat belakang kitaorang dia punya jerit seolah pocong tu ada kat sebelah dia. Terus ngan adegan sambung tidur si Baizura di mana kat bilik dia jam locengnya bergerak sendiri lalu terjatuh.. fuh suasana di dalam panggung sungguh hening seperti menantikan gelombang jeritan yang begitu jitu dari penonton... Baizura bangun nak amik jam loceng yang terjatuh lalu ternampak mayat terbujur kat lantai fuh jerit lagi macam jaringan gol masa kat stadium hahahahahaha tapi suasana seraya tenang kerana semua tahu akan ada gelombang jeritan kedua... yeearrrggggggggggghhhhhhhhhhhhhhh mmg tepat jangkaan ku kali ni mayat tu muncul sebelah Baizura baring... ala2 yang Ju - On... Hahahah pastu terus Baizura Histeria seperti kat gambar yang ada kat bawah ni...

Hahahaha abis part ni.. aksi seram tak habis dah.. tak seram lagi. Suasana hening tadi bertukar boring.. cuba dengar bunyi plastik org meramas popcorn sambil suara budak2 yang tak tahan duduk diam... Make antu kali ni (kalau dulu dalam filem maut aku kata make up macam pondan) mmg make macam antu tapi hantu kat fun fair la.. hahahahah mmg tiru make up wayang Exorcist versi Linda Blair.. tidak kurang dgn sikit touch up ala2 wayang Emily Rose...

Cuba korang tengok gambar antu kat atas tu, macam muka kucing thundercats pun ada hahahahahahahaha. Satu lagik yang aku sgt tergelak.. babak kat dalam hospital semasa Natasha (julia zigler) baru sedar dari koma.. kat hospital tu pun pakai jam loceng sama macam jam loceng si baizura yang terjatuh lalu ada mayat hahahaha.. mungkinkah ianya satu kebetulan? ataupun masa tu jam loceng jenis itu ada sgt popular sehingga menjadi kegilaan ramai... ataupun David teo tak cukup bajet nak sediakan prop.. utk movie.. ala recycle jer jam tu... penonton takkan perasan punyer pasal drg dah terlalu takut.. hahahahahaha pigi berak la!!!

Aku taknak komen byk nanti taknak la org p tengok wayang ni.. hahahaha walaubagaimanapun, bagi aku wayang ini adalah satu kerja baik utk (tak cemerlang) seorang pengarah baru seperti Pierre Andre. Mungkin kekangan kewangan menjadi sebab kenapa ada beberapa scene wayang menjadi hambar... Walaupun jalan cerita ni secara peribadi aku ianya takder originaliti namun patut diberikan kredit kepada crew yang mengendalikan kamera, penyataan cahaya dan sistem kesan bunyi .. Memang best kalau dalam part ni.. kalau bukan dari 3 faktor ni aku mesti dah blah dah dari panggung dan entri ini akan dipenuhi dengan ayat2  30SX haha pasti korang dapat bayangkan... Pada David Teo and the team sila pikir masak2 sebelum nak produce sesuatu movie tu.. mentang2 Jangan Pandang Belakang tu agak berjaya sampai ke Thailand korang terus stick dgn subjek yang sama.. cerita hantu... nanti kalau nak buat movie korang buatlah tajuk yang ada perkataan JANGAN seperti JANGAN ULANG LAGI KELEMAHAN INI!!!

Dalam wayang ni.. hahahaha tak banyak baju yang di pakai oleh si Julia Zigler hahaha baju tidur dia macam sama jer.. baju singlet putih dia tu hahahahah pastu scene - scene seram yang berlaku dalam babak si julia zigler mcm cerita org dah ketandusan Idea.. dalam part si Julia p tandas tengah malam semasa kat hospital tu.. tetiba ada suara orang mcm menangis... terus ada suara sumbang kat panggung tu kata ala kat dlm tandas tu ada orang berak taik dia keras macam batu bata tulah dia menangis dan merenggek kesakitan hyahahahaha... mungkin pesakit dari wad lain kot yang kena tahan pasal sakit buasir... hahahahahah!!!! So, apa korang tunggu lagi... pi la serbu panggung terdekat utk menonton wayang JANGAN TEGUR.. pasti lebih nilai utk wang anda...

p/s: pada sesapa yang ada PSP tu jgn lupa bawa sekali supaya kalau korang boring boleh layan PSP sementara tunggu babak seram tu muncul.. hahahahaha

Monday, May 4, 2009

X MEN ORIGINS - WOLVERINE: ORIGINALS KAH DIA?

Hujung minggu baru - baru ni sempat juga aku bertandang ke panggung wayang walaupun jadual aku agak ketat hehehe... apa boleh dah memang register sebagai kaki panggung tak sah la kalau tengok wayang pames kat dvd d rumah hehehehehehe. Sebelum aku tengok wayang aku membuat survey ringkas di kalangan rakan2 yang sudah menonton akan reaksi mereka terhadap wayang X MEN ORIGINS: WOLVERINE. Ternyata keputusan survey yang aku terima ni agak mengecewakan... bukan apa.. result dia 50 - 50... positif & negative berbeza... huh!!! bahaya ni... errrmmm tapi takper oleh kerana aku ni peminat x men aku nak tengok juga walaupun keputusan survey yang aku terima mengatakan sesuatu yang negatif.

Wayang ni diarah oleh David Gavin ekkk silap heheheh Gavin Hood... dgn salah seorang producernya hugh Jackman selaku pelakon watak wolverine dlm cerita ni. Bagi aku cerita or wayang ni best walaupun ada orang ckp cerita ni best. Ada aku terbaca review dari blogger2 yang lebih awal menonton cerita ni mengatakan castingnya tak begitu sesuai... errrmmm bagi aku kenyataan ni ada betulnya.. watak utama pelakon rasanya dah ngam dah cuma pelakon kat tepi2 tu isk macam kurang la.. walaubagaimanapun watak gambit dalam cerita ni cool.

Setelah abis tengok wayang ni baru la aku tau napa ada sesetengah orang yang memberikan komen yang negatif terhadap movie ni. Rupanya mereka itu adalah peminat tegar Komik X MEN. Maksud aku drg ni bukan sahaja follow movie malahan drg ni follow ngan komik2nya sekali. Aku pernah jadi pengikut "tumpang" komik x men di sekitar tahun 1996 - 1997. Room mate aku pengumpul komik X Men. So, aku pun selalu tumpang baca komik dia tu... memandangkan dia tak pernah miss maka secara otomatik aku pun tak miss la baca komik tu hehehe (ni la maksudnya follower tumpang). Kalau part komik X Men.. dari cerita X men trilogy pun dah byk yang tak kena.. isk.. namun bab X Men origin ni aku tak pernah baca.. tulah sebab aku rasa ok jer.. hehhehe aku faham perasaan drg.. ianya adalah  sama ngan perasaan aku semasa tengok wayang Dragonballs: Evolution tempohari isk isk isk isk.

Walaubagaimanapun, wayang ni mmg padat dgn aksi... tak boring menontonnya. kalau ada orang nak belanja aku tengok sekali aku masih sudi utk pigi tengok.. hehehe ada berani?Dgn kualiti sound system kat panggung yang berada di tahap maksima (bukan seperti panggung yang aku p kat growball CP Kota Kinabalu tempohari) panggung GSC di 1 Borneo, Kota Kinabalu mmg best la kali ni takder mamat tidur bedengjur kat sebelah aku. mmg excited tengok cerita ni lebih2 lagi bab wolverine yang bergabung tenaga dgn sabretooth di dlm menghadapi musuh mereka WEAPON XI a.k.a DEADPOOL. Mmg menarik la babak ni... effectnya mmg kaw kaw hahahaha.. jadi bagi aku secara peribadi berpendapat wayang ni masih layak ditonton di panggung wayang. Best wa cakap lu... Namun kepada pembaca setia komik X Men sila sedia utk berasa kecewa ngan jalan ceritanya. Cheers.. sekian terima kasih