Saturday, May 16, 2009

HAPPY TEACHER'S DAY: Version I'm Fallin In Love With You

Happy Teacher's Day or Selamat Hari Guru utk semua guru di seluruh dunia... Hari ni sgt spesel pasal tanpa cikgu / guru aku takkan jadi macam ni. Walaupun cikgu yang pernah ajar aku rata2 benci kat aku pasal selalu pedajal kelas mereka aku tetap respek kat drg... kenangan paling manis + pahit aku ada kena lompat katak kat tangga asrama yang bilangannya lebih kurang 70++ anak tangga kalau ujian bulanan sejarah di bawah 70% dan juga kenangan paling extreme aku di tampar dengan buku teks sejarah form 5 kerana pedajal kelas sebelah punya sesi tv pendidikan SPM... masa tu aku ada jam tangan remote yang boleh on off tv... heheh masa sesi tv pendidikan tu aku off tv terus tepuk tangan sambil kata class is over.. huh.. selamber guru sejarah tu serbu aku tampar ngan buku teks!!!! thanx to her cikgu Faridah!!! tak lupa juga cikgu Awie yang ngajar math kat kelas aku hahahah tanpa makian korang aku takkan complete pengajian aku kat University Of Hert******** l....



Selain tu sempena Hari Guru ni aku nak ucapkan selamat Hari Guru utk Joad & Waimi rakan sekumpulan Manggas aku hehehee dgn ucapan semoga korang terus gigih di dalam mendidik anak bangsa kita. Yang paling istimewa utk teacher Norlizah... Utk Pengetahuan korang teacher Norlizah ni sorang cikgu yang aku selalu nak cuba ngorat dia tapi dia balik2 reject aku... dia kata aku ni tak sesuai utk dia isk isk isk.... Walaubagaimanapun aku akan terus cuba pikat hatinya tu.... aku kasitau korang aku takkan kawin dengan sesapa kecuali cikgu Norlizah ni... So, utk korang aku minta tolong korang wish aku agar dia terima or at least kasi response positive kat aku. Aku sangat berterima kasih dgn korang jika wish korang tu buat cikgu ni response baik kat aku.... Cikgu Norlizah tolongla terima nat rock yang kiut ini hahahahahaah.... gerenti tak menyesal!!! betulkan kawan - kawan2?

Friday, May 15, 2009

AIR NEW ZEALAND STRIPS STAFF DOWN?

Huh.. kalau dulu ada berita tentang video kita pramugara yang melampau... kini ada lagi pasal ni? isk... isk... isk... aku terjumpa benda ni kat youtube semasa aku nak cari video menarik mengenai tempat menarik di New Zealand. Sekilas pandang ekkk NZ air bogelkan staff? isk napa ni.. ngeri plak aku rasa nanti aku p sana pun turut kena bogelkan... Tak rela I auuuwww.... tapi kalau dia punya pramugari huhuhu sibuk la En. Wanwarlock menyambut kedatangan rakan2 ke New Zealand.. memandangkan band Morbid Angel yang bakal beraksi di New Zealand.

Sekali aku tengok video tu rupanya satu rangka promosi New Zealand Airlines tentang caj tambang syarikat penerbangan itu adalah merangkumi bayaran makan minum, bagasi, elaun dan beberapa perkhidmatan lain tanpa caj tambahan. We got nothing to hide hahahah tiada caj tersembunyi.. gitu la kiranya hahahaha.. Selain tu soundtrack untuk iklan ni best juga lagunya heheh tapi aku tak tau sapa penyanyinya... mungkin ada sesapa yang boleh kasi tau kat aku.. boleh lah request donlot daripada en. BS....

Wednesday, May 13, 2009

WEDNESDAY 13 - HAPPILY EVER CADAVER

Hari ni 13 Haribulan plak bersamaan hari Rabu.. Kebetulan ada satu band kegemaran aku yang bernama WEDNESDAY 13... So, dgn tak banyak cakap aku nak dedikasikan video ini utk korang... sebuah lagu Wednesday 13 yang bertajuk Happily Ever Cadaver... Cheers!!!