Thursday, May 21, 2009

I'M GETTING MARRIED? <--- TAJUK WAYANG KER APA NI?

Oklah mula - mula aku nak kasitau korang.. Ini bukanlah entri yang berbentuk review... ataupun ulasan wayang seperti mana yang selalu aku buat. Tajuk entri ni adalah benar yup... aku nak kawin dah!!! Sebenarnya aku taknak kasitau dulu pasal berita ni. Bukan bermaksud aku nak rahsiakan.. ala aku bukannya artis sensasi yang semua orang nak ambik tau pasal kehidupan aku.. Lain la macam Datuk Siti ker.. fasha sandha ker... Erra ker sesapa la.. kalau boleh mereka ni para peminat nak tau pukul berapa si artis tu bangun tido.. pukul berapa dia berak.. berus gigi dia warna apa... dia lepas kencing flush tandas ker hahahaha itulah kalau dah pames mmg takder privasi... nasib baik aku tak pames.

Aku plan nak buat entri pasal aku nak kawin ni sebenarnya pada minggu depan.. kasi suprise sikit ngan kengkawan hahahaha tapi member aku En. BS pecah lubah hahaha dia umum plak pasal wedding ni di kalangan rakan forum sehinggakan en. catas minta aku buat announcement kat blog pulak... Hehehehe

Aku mmg nak buat announcement pun.. tapi bukan apa sekarang ni aku BZ@sibuk memanjang. Maklumlah nanti aku kahwin pas kahwin p cuti panjang lagi p honeymoon so, kerja - kerja di pejabat kenalah aku settlekan sebelum cuti supaya bos aku pun senang hati approvekan cuti aku tu.... 

Selain daripada sibuk kat opis .. cam biasalah bakal pengantin ni.. sibuk urus sana urus sini.. nasiblah dokumentasi semua aku dah settle awal. Kalau tak gerenti sekarang ni aku terkejar - kejar ke sana ke mari nak settlekan itu ini... isk isk isk isk isk Oh yah.. bila aku kahwin.. hahahah pasal tarikh tu nanti aku umumkan secara rasmi dlm entri akan datang pasal aku nak scan dulu map tempat kahwin aku tu supaya member yang nak datang boleh download mapnya hahahahaha... Pasal honeymoon kita orang p dekat2 jer... nantila lepas honeymoon baru la kasi tau kat mana. Hehehehehehehe.... 

Sebelum terlupa.. aku mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tahniah dari kalangan rakan yang dah tau pasal ni... aku sangat2 menghargai greeting korang ni.. terima kasih sekali lagi. Oh yah selain aku Zul pemain Bass  band aku juga akan kahwin dalam tempoh terdekat ni. Dgr2 minggu depan dia dah nak p krusus kawin dah.. hehehe tahniah utk encik zul.... diharap selepas kawin nanti gentelan bass anda akan lebih mantap!!!!

Semalam aku terima panggilan dari geng Mi Scusi... Zul + Pancho... huh rupanya semalam adalah birthday si Pancho... Sorry la geng aku tak boleh join korang semalam... nanti hujung minggu ni aku jumpa korang kita p jamming + makan utk sambut besday ngko!!!! Nampaknya bulan ni banyak perkara baik yang berlaku di kalangan line up Mi Scusi diharap ianya juga membawa petanda baik kepada pergerakkan Mi Scusi... Yah masa wedding aku nanti Mi Scusi akan beraksi utk menjadi band penghibur hahahaha dan juga Jiaja turut dijemput utk memeriahkan suasana. Drg Jiaja ni adalah juara Blast Off musim Kedua anjua Astro dan Hitz TV.. hehehehe bangga juga aku drg ni menang... ex housemate aku drg ni!!!

K sekarang lain cerita plak tadi pagi aku baca UTUSAN MALAYSIA ONLINE , ada tajuk berita "Peragut wanita hamil didakwa" . Gambar kat atas tu adalah wajah peragut yang di dakwa... huhuhu aku mmg meluat + benci dengan berita kes ragut, rogol, rompak ni...  Kalau korang tengok muka dia tu hehhehe mmg muka penyamun... penagih dadah.. dalam berita tu ada tulis yang semasa dia ditangkap ni.. dia ada kes jenayah yang lain belum settle... Yang sedihnya mangsa ragutnya itu meninggal dunia.. (takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa). Aku rasa org macam ni baik kita bina satu kurungan besi pastu simpan kurungan tu sebelah kandang monyet kat dalam zoo... biar org datang lawat zoo tertanya - tanya binatang apakah gerangan dia ni... pastu part infonya tulis la nama binatang "PERAGUT"... Sial!!!

Saturday, May 16, 2009

HAPPY TEACHER'S DAY: Version I'm Fallin In Love With You

Happy Teacher's Day or Selamat Hari Guru utk semua guru di seluruh dunia... Hari ni sgt spesel pasal tanpa cikgu / guru aku takkan jadi macam ni. Walaupun cikgu yang pernah ajar aku rata2 benci kat aku pasal selalu pedajal kelas mereka aku tetap respek kat drg... kenangan paling manis + pahit aku ada kena lompat katak kat tangga asrama yang bilangannya lebih kurang 70++ anak tangga kalau ujian bulanan sejarah di bawah 70% dan juga kenangan paling extreme aku di tampar dengan buku teks sejarah form 5 kerana pedajal kelas sebelah punya sesi tv pendidikan SPM... masa tu aku ada jam tangan remote yang boleh on off tv... heheh masa sesi tv pendidikan tu aku off tv terus tepuk tangan sambil kata class is over.. huh.. selamber guru sejarah tu serbu aku tampar ngan buku teks!!!! thanx to her cikgu Faridah!!! tak lupa juga cikgu Awie yang ngajar math kat kelas aku hahahah tanpa makian korang aku takkan complete pengajian aku kat University Of Hert******** l....



Selain tu sempena Hari Guru ni aku nak ucapkan selamat Hari Guru utk Joad & Waimi rakan sekumpulan Manggas aku hehehee dgn ucapan semoga korang terus gigih di dalam mendidik anak bangsa kita. Yang paling istimewa utk teacher Norlizah... Utk Pengetahuan korang teacher Norlizah ni sorang cikgu yang aku selalu nak cuba ngorat dia tapi dia balik2 reject aku... dia kata aku ni tak sesuai utk dia isk isk isk.... Walaubagaimanapun aku akan terus cuba pikat hatinya tu.... aku kasitau korang aku takkan kawin dengan sesapa kecuali cikgu Norlizah ni... So, utk korang aku minta tolong korang wish aku agar dia terima or at least kasi response positive kat aku. Aku sangat berterima kasih dgn korang jika wish korang tu buat cikgu ni response baik kat aku.... Cikgu Norlizah tolongla terima nat rock yang kiut ini hahahahahaah.... gerenti tak menyesal!!! betulkan kawan - kawan2?

Friday, May 15, 2009

AIR NEW ZEALAND STRIPS STAFF DOWN?

Huh.. kalau dulu ada berita tentang video kita pramugara yang melampau... kini ada lagi pasal ni? isk... isk... isk... aku terjumpa benda ni kat youtube semasa aku nak cari video menarik mengenai tempat menarik di New Zealand. Sekilas pandang ekkk NZ air bogelkan staff? isk napa ni.. ngeri plak aku rasa nanti aku p sana pun turut kena bogelkan... Tak rela I auuuwww.... tapi kalau dia punya pramugari huhuhu sibuk la En. Wanwarlock menyambut kedatangan rakan2 ke New Zealand.. memandangkan band Morbid Angel yang bakal beraksi di New Zealand.

Sekali aku tengok video tu rupanya satu rangka promosi New Zealand Airlines tentang caj tambang syarikat penerbangan itu adalah merangkumi bayaran makan minum, bagasi, elaun dan beberapa perkhidmatan lain tanpa caj tambahan. We got nothing to hide hahahah tiada caj tersembunyi.. gitu la kiranya hahahaha.. Selain tu soundtrack untuk iklan ni best juga lagunya heheh tapi aku tak tau sapa penyanyinya... mungkin ada sesapa yang boleh kasi tau kat aku.. boleh lah request donlot daripada en. BS....