Aku jenguk2 kat dapur hahahaha aku terus dapat idea akan apa yang bakal aku hidangkan untuk ritual dinner ala2 viking pada malam tu. Juadah tersebut tidak lain tidak bukan adalah Sambal Telur dan Kari Ikan Putih. Aku dan adik aku yang menjadi dalang di dalam konspirasi ini berasa yakin dengan juadah ini. Kami yakin bahawa ianya akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta2 yang menyertai upacara makan malam pada hari tersebut.

Lepas dikisar, bawang tadi ditumis kat dalam minyak panas sehingga naik bauk... hahah kalau bawang kisar ni menumisnya lama sikit nak naik bau pasal ianya ada mengandungi air hehehehe ... kalau dah naik bau tu korang bubuh Cili Boh dalam 6 sudu besar (ikut suka hati korang).... pastu tambah sikit sos cili (tomato pun ok gak...) then tabur sikir cili padi utk kasi kaw.. hehehe tak best la kalau sambal telur tak pedas. Then simpan lagi sikit ajinomoto dan garam serta gula. kacau hingga sebati then tambah setengah (ikut korang) cawan air then biar sampai pekat... Oh yah sebelum kuah tu pekat korang simpanlah sikit air asam jawa (dalam proses kitaorang tak jumpa kat mana mak aku simpan asam jawa.. last2 kitaorg bantai ngan asam keping 1 keping) hahaha kira kamikaze... then aku simpan sikit santan segera utk kasi lemak hahahaha (kolestrol rulz!!!).
Oh yah satu lagik aku lupa nak mention bahawa.. telur ayam yang digunakan dlm juadah ni hendaklah korang rebus dulu then kupas pastu belah dua hahahahahaha... then kalau dah pekat kuah tu.. korang rasalah sikit... hehehe kalau ngam rasanya simpan telur yang dibelah tadi kat dalam kuah tu (ingat proses ni kena slow n steady supaya kuning telur tak hancur). Kacau perlahan2 hingga sebati.. stay dalam 2 - 3 minit then siaplah.. ready utk dihidangkan.. hahahah simple kan?

Korang bajet2 macam isi ikan tu macam separuh masak then korang simpan la santan (kalau nak kaw simpan santan ori punya bukan yang peket). Rasa kuahnya hehehe kalau ok korang biar utk beberapa ketika... tengok minyak santan tadi dah naik hehehe apa lagi jgn la malu2... juadah tersebut sudah sedia utk dimakan dengan nasi hahahahaha selamat menjamu selera.... Cheers!!!