Tuesday, May 26, 2009

SAMBAL TELUR "THE DAY CAUGHT ON FIRE" vs KARI IKAN PUTIH "BLAZE OF THE NORTHERN SKY"

Hujung minggu lalu, aku dengan adik aku buat join venture di dalam menghasilkan juadah untuk didesecrate oleh kami seisi keluarga. Ntah napa tetiba mood aku utk memasak pada hujung minggu begitu memberangsangkan dan tanpa direquest aku terus saja volunteer utk menjadi tukang masak yang tak bertauliah.

Aku jenguk2 kat dapur hahahaha aku terus dapat idea akan apa yang bakal aku hidangkan untuk ritual dinner ala2 viking pada malam tu. Juadah tersebut tidak lain tidak bukan adalah Sambal Telur dan Kari Ikan Putih. Aku dan adik aku yang menjadi dalang di dalam konspirasi ini berasa yakin dengan juadah ini. Kami yakin bahawa ianya akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta2 yang menyertai upacara makan malam pada hari tersebut.

Ok mula2 kitaorang buat sambal telur... Errmm sambal telur ni sebenarnya satu hasil yang tidak sempurna memandangkan ada diantara bahan penting tiada di dalam stok pada masa tu. Tapi kitaorang teruskan juga modified resepi tu yang mana ianya berakhir dengan satu juadah yang diberi nama Sambal Telur "The Day Caught On Fire". Ok.. mari kita cerita pasal bahan2 utk buat juadah ni. Mula2 kita org prepare bawang merah dalam 5 biji dan 3 ulas bawang putih. dua bahan ni dikupas dan dibasuh lalu dikisar halus dengan blender oldskol mak aku.

Lepas dikisar, bawang tadi ditumis kat dalam minyak panas sehingga naik bauk... hahah kalau bawang kisar ni menumisnya lama sikit nak naik bau pasal ianya ada mengandungi air hehehehe ... kalau dah naik bau tu korang bubuh Cili Boh dalam 6 sudu besar (ikut suka hati korang).... pastu tambah sikit sos cili (tomato pun ok gak...) then tabur sikir cili padi utk kasi kaw.. hehehe tak best la kalau sambal telur tak pedas. Then simpan lagi sikit ajinomoto dan garam serta gula. kacau hingga sebati then tambah setengah (ikut korang) cawan air then biar sampai pekat... Oh yah sebelum kuah tu pekat korang simpanlah sikit air asam jawa (dalam proses kitaorang tak jumpa kat mana mak aku simpan asam jawa.. last2 kitaorg bantai ngan asam keping 1 keping) hahaha kira kamikaze... then aku simpan sikit santan segera utk kasi lemak hahahaha (kolestrol rulz!!!).

Oh yah satu lagik aku lupa nak mention bahawa.. telur ayam yang digunakan dlm juadah ni hendaklah korang rebus dulu then kupas pastu belah dua hahahahahaha... then kalau dah pekat kuah tu.. korang rasalah sikit... hehehe kalau ngam rasanya simpan telur yang dibelah tadi kat dalam kuah tu (ingat proses ni kena slow n steady supaya kuning telur tak hancur). Kacau perlahan2 hingga sebati.. stay dalam 2 - 3 minit then siaplah.. ready utk dihidangkan.. hahahah simple kan?


Lepas siap sambal telur tadi, kita terus proceed ngan menu yang seterusnya iaitu Kari Ikan Putih "Blaze Of Northern Sky". Bahan2nya... isi ikan putih... ikutla byk mana korang nak... then bawang putih, bawang merah & halia ditumbuk lumat. Pastu sebatang (kira2 3 inci) kayu manis, cengkih beberapa ketul, ketumbar... semua ni secukup rasa la... tumis bahan yang sudah ditumbuk tadi then lepas naik bau korang bubuh plak kayu manis dan rakannya. Bau wangi naik then korang simpan 3 sudu besar cili boh dan serbuk kari serta serbuk kunyit ikut selera korang... then tuang secawan air(pandai2lah korang adjust). Bila dah mendidih.. bubuh asam keping, garam dan ajinomoto secukup rasa kacau then bubuh la isi ikan putih tadi...



Korang bajet2 macam isi ikan tu macam separuh masak then korang simpan la santan (kalau nak kaw simpan santan ori punya bukan yang peket). Rasa kuahnya hehehe kalau ok korang biar utk beberapa ketika... tengok minyak santan tadi dah naik hehehe apa lagi jgn la malu2... juadah tersebut sudah sedia utk dimakan dengan nasi hahahahaha selamat menjamu selera.... Cheers!!!

11 comments:

wanwarlock said...

yum yum! nampak sodap la jai especially kari ikan tu!

nanti hg kawin, hg ka yg akan masak? hehe

Ijau D. Koceng said...

kalagi jua nama masakan mu ani... masakan biasa tp nama eksotik gitu~

Anonymous said...

Senang lah ati bini ko ni nanti, laki terer masak. Ada tips sikit, tu telur klu ko goreng dulu kejap lepas kupas kulit yummy juga then if u kasi belah and masuk dalam kuali with sambal(bila da pekat) nda juga berapa ancur tu... tu MJ way la kihkihkih...

berteromber said...

terer la lu bab masak memasak ni...gua mmg fail la...tau masak air jer...hahaha...

JAIRO said...

wanwarlock: haahahah thanx... aku tolong bini masak la masa tu hehehehe

ijau: biar masakan tu biasa asalkan namanya gempak.. marketing tu....

MJ: heheh telur tu mmg nak goreng tapi malas la heheheheh perut dah lapar tulah ada aku mention resepi ni tak sempurna hehehehehe btw thanx for the tips

berteromber: masak air pun mencabar juga tu bro terutama semasa musim kemarau air takder....

Takilala said...

wah...mcm bau d60 ja masakan ko tu..huhuhu

deaf-angel said...

looks very nice \m/

curryegg said...

Saya ternampak kari telur... sebab itu di sini sekarang. Jairo makan cucu cicit saya? o_O

JAIRO said...

takilala: heheh aku tiada masak d60 la.... lol

deaf: thanx for your visit!!!\m/

curryegg: hahahah liang moi i'm not eat them... just cook them hahahaha

izanazuani said...

Mak! Nyaman jua ikan atu... Membari tais liur...

gayour said...

gua selera dengan dark throne ' blaze of the northern sky ' tu!

mesti berapi punyer!