Friday, June 26, 2009

RESTORAN CITARASA: CITARASA ANTARABANGSA SELERA TEMPATAN

Hehehehe aku kembali setelah sekian lama menyepikan diri di alam siber ni. Lepas kenduri kawin aku tempoh hari sangat banyak kerja - kerja yang tertangguh berikutan uruasan yang on hold dan terpaksa di selesai apabila aku kembali bertugas. Nasiblah bos aku sporting giler yang mana beliau dgn tak byk tanya approvekan cuti aku dgn lengkap ucapan ikhlas selamat pengantin baru dari beliau. Cayalah!!! Respek abis ngan dia... terima kasih banyak2!!! hehehehe.

Sebagai pembukaan entri aku selepas cuti yang amat panjang ni aku nak cerita pasal satu restoran. Hehehehehe baru ni aku telah dijemput untuk menghadirkan diri ke majlis perasmian Restoran Citarasa yang terletak kat daerah Beaufort yang mana lokasinya adalah lebih kurang 20 km daripada rumah aku. Hehehe excited juga bila dapat invitation macam ni heheheheh lebih2 lagi ianya dianjurkan semasa tengah - tengah bulan gerhana bagi golongan yang makan gaji. Alangkah baiknya jika majlis seperti ini ada dibuat setiap musim bulan tua a.k.a tengah bulan yang mana sipembeli tengah sengkek tak berharta.

Untuk pengetahuan korang, Restoran Citarasa ini adalah dimiliki oleh En. Ahmad Yakub iaitu mantan Yang Dipertua Majlis Daerah Beaufort yang mana baru mencapai tahap persaraan bagi penjawat awam. Minat yang mendalam terhadap bidang perniagaan adalah satu pendorong bagi beliau untuk menceburkan diri di dalam bidang ini.

Dengan menampilkan konsep elegan pada penampilan imejnya, Restoran Citarasa sebenarnya menonjolkan sesuatu suasana yang unik bagi memikat para pelanggan yang bakal datang ke Restoran Citarasa. Penetapan kadar harga yang berpatutan, Restoran Citarasa amat yakin untuk bersaing secara sihat dengan barisan kedai - kedai makan ataupun restoran yang sudah sedia ada di kawasan Pekan Beaufort.

Kedudukan Restoran Citarasa yang strategik di mana ianya terletak bersebelahan dengan tapak Bank Simpanan Nasional yang baru. Dengan ruangan tapak letak kereta yang luas, Restoran Citarasa pasti menjadi pilihan yang selesa bagi para bakal pengunjungnya.

Pada majlis pembukaan ataupun perasmian Restoran Citarasa, pihak pengurusan menganjurkan majlis Doa selamat yang serba ringkas bagi memberkati permulaan operasinya. Para tetamu dihidangkan dengan buffet juadah makanan Melayu Sabah yang mana ianya menampilkan menu istimewa Restoran Citarasa bagi mempromosikan "specialty" dan keunikan masakan mereka. 

Ermm abis baca doa selamat para jemputan pun dijemput makan oleh krew - krew Restoran Cita rasa yang bertugas pada malam tersebut. Menurut salah seorang krew yang ditanya, Restoran Citarasa akan beroperasi setiap hari bermula seawal 6.30 pagi dan hingga ke pukul 7 petang. Aku tengok juadahnya errmm memang mencabar perut aku yang mmg lapar dari tadi hehehehe mula - mula aku tengok cucur pisang hehehehe aku try seketul.. pergghh panas - panas mmg rangup la heheheh starter aku pada petang tu  sementara menanti barisan para jemputan yang mengambil makanan surut. hehehehehe Sambil - sambil tu aku ambillah peluang ini untuk mengambil gambar secara kandid hehehehe mcm seorang photographer profesional pun ada lagak aku malam tu hakikatnya aku hanya guna guna setting auto yang ada kat kamera aku hahahahahah. Kat Bawah ni adalha beberapa snap gambar yang telah aku ambil sepanjang penantian aku untuk mengambil makanan.

Hahahaha sayur kat atas ni di masak ikut chinese stail la lebih kurang.... sayur yang dicelur kat dalam air panas lepas tu di bubuh ngan sos tiram dan bawang goreng... Ni target aku yang paling awal aku sambar hehehehe then next...

Gambar kat atastu bukan tangan aku yer.... hahahahah target kedua tak lain tak bukan Sotong Goreng Tepung.. heheheheh lama aku tak pekena sotong tu pasal la jadi second target... Pastu aku tambah sikit ngan tauhu jepun yang masak ngan udang. then aku terus la cari kerusi utk hinggap hahahaha


Sebenarnya , banyak lagi pilihan juadah lauk pauk yang dihidangkan pada malam tu hehehe aku saja  jer tak nak reveal tahap pelahap aku ngan org ramai hehehe so, dengan kontrol aku amik tiga jenis masakan jer hehehehe walhal terdapat pelbagai masakan ayam dan daging yang boleh aku desecrate pada petang yang syahdu itu wakakakakakaka.



Masakan malam tu mmg best la rata - rata pengunjung yang datang menyatakan rasa puas hati dengan juadah yang dihidangkan. Bagi aku personally, Sotong, Sayur, Tauhu dan sikit sambal belacan mmg kena ngan selera dan "Citarasa"aku. aku berharap pihak Restoran Citarasa dapat mengekalkan prestasi mereka pada malam itu bagi membina satu nama yang berjaya di perut pelanggan mereka kelak. Apa - apapun aku mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput aku untuk makan free pada malam tu (kalau ada jgn la segan panggil lagi hehehe) last sekali aku nak ucapkan selamat maju jaya utk mereka.. cheers...  


P/S: utk korang hehehe enjoy la photo kandid yang aku amik ni manalah tau ada muka korang kat dlm gambar tu hehehehe



Wednesday, June 17, 2009

DEDIKASI VIDEO: ZEE AVI - KANTOI

Kalau sekarang ni org sibuk layan Yuna.. errr aku plak sibuk layan lagu Zee Avi.. hehehe aku rasa lagunya lagi sempoi la.... korang layan la lagu ni yang bertajuk "Kantoi" sementara tunggu review bergambar majlis kawin aku.. hehehehehehe sorry delay sikit pasal sibuk la... heheheh enjoy....

Ini Lirik Lagunya...


Semalam I call You, You tak answer
You kata You keluar pergi dinner
You kata You keluar dengan kawan You
but when I called Tommy he said it wasn't true

So i drove my car pergi Damansara
Tommy kate maybe You tengok bola
tapi bila I sampai…u, u tak ada
Lagi la I jadi gila

So I called then called sampai You answer
You kata sori sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain

Sudahlah sayang, I dont believe You
I’ve always known that your words were never true
Why I’m with You?
I pun tak tahu
No wonder la my friend pun tak suka You

So I guess thats the end of our story
Akhir kata she accpeted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex-boyfriend's best friend - Tommy

  

p/s: tahniah utk Takilala kerana isterinya baru selamat melahirkan cahayamata yang kedua....

BannerFans.com

Monday, June 15, 2009

I'M BACK!!!!

Hahahaha akhirnya aku kembali ke ruang cyber... 3 minggu aku cuti atas urusan wedding aku.. errmmm banyak message yang aku terima nak review dan photo pasal acara wedding tu.. errr... k la kasi aku sikit masa nak buat pasal byk kerja aku yang tertinggal semenjak tempoh cuti aku tu.. heheheheheheh tunggu kan update aku  yer... cheers!!!!







errr... gambar pengantin pompuan boleh la korang tengok kat flickr jurugambar rasmi kitaorang.... klik jer kat sini ... heheh photo by: Azman Jumat