Thursday, November 12, 2009

ESP/LTD EX DJ-600 vs B.C RICH MOCKINGBIRD



Isk semakin dekat dia sama aku.. semakin resah plak aku....


isk kalau takilala dah boleh tidur nyenyak.... aku plak masih tak senang hati.... errr apa kabar ijau agaknya?


Jadi ni apa cerita? Kena belot? isk isk isk isk.... nantikanlah jawapannya.... bila? isk aku pun tak tau bila....

Monday, November 9, 2009

JANGANLAH EMO: KARENAH BIROKRASI



Hahahaha gambar ni aku cilok dari Lati0s punyer FB.. siot adakah ditagnyer nama aku sorang kat gambar ni hahahahahaha faust , BS, dan dia sendiri takder plak di tag sedangkan drg ni jugak adalah ahli - ahli persatuan budak emo Se - Malaya...


Semenjak dua menjak ni aku mmg sikit emo... emo mengalahkan My Chemical Romen... Nasib baik aku dah jual pisau toreh aku kat ebay kalau tak huh mesti aku kelar / toreh lengan sambil layan nangis wakakakakakaka. Bagi yang berperasan sejak dua menjak ni aku banyak menyentuh tentang perihal karenah birokrasi... hahahahaha aku ni eventough boleh di kategorikan sebagai gomen opiser tapi aku sgt2 lah anti ngan karenah birokrasi ni... mmg macam sial la...

Ni sambungan cerita karenah birokrasi aku ngan hospital... errr operation dah dah siap.. syukur la semuanya ok walaupun yang kena bedah masih terlentang sakit tapi progressnya amat baik. tup tap tup tap dah seminggu lepas operation then check appointment isk sabtu ni kena p spital balik utk bukak benang jahitan tu. Then pigi la.. kali ni tak banyak karenah.. sampai jer terus masuk then kerat2 siap complete.. tapi lucu jugak aku tengok doktor tu.. terhegeh - hegeh nak buka benang tu... sampai nurse yang bantu dia tu geram.. then nurse tu tak tahan sound doktor tu.. meh la biar aku yang bikin... then doktor tu tersipu - sipu kuar dari operation room heheheheh nampaknya nurse tu lagi experience hehehe org yang kena potong pun mengakui akan fakta ini hehehehehe... isk biar betul doktor ni... dia dapat jadi doktor pakai lesen terbang ker? ataupun p beli sijil medical kat Indonesial? tutup cerita doktor selesai buka benang then aku tanya la nurse tu.. "err mc dah nak abis isnin ni tapi tengok ngan keadaan org yang kena potong ni errr rasanya tak dapat nak perform kat tempat kerja... nak bergerak ke pintu pun terhenjut - henjut isk.. then aku tanya.. boleh tambah ker cutinye ni nurse (aku panggil nurse tu amoi pasal nampak masih muda lagik hehehehehe) then amoi tu jawab .. drg tak boleh kasih MC kalau nak MC hari isnin nanti kena p wad kecemasan then periksa kat situ then minta extent MC tu.. hehehe

Aku bukan nak ngada2 utk tambah cuti... kalau ikut hati aku p beli jer MC tu... tapi ni betul2 punya sakit la... kalau aku jadi majikan then tengok org bawahan aku sakit gitu p kerja  gerenti aku suruh balik rumah berehat.. buat susah jer kat opis.. kalau ada apa2 mmg kalut jadinya... tapi apa boleh buat majikan org yang kena potong ni adalah seorang perampuan sihir yang di sumpah oleh nenek kebayan kena tinggal laki.. So, korang faham2 la perangai dia. Ngko kena demam cikinpok pun boleh dia persoalkan napa tak datang kerja ni kan plak kena kerat2.. ari tu kalau boleh lepas kena kerat esok mesti masuk p kerja kakakakakakaka macam hanjing....

Tersebut la kisah hari isnin.. (hari ni..) hehehehe p la wa kecemasan seperti yang di suruh oleh amoi nurse masa sabtu yang lalu.. hehehehe masuk kecemasan then sini drg kata isk u tak boleh pigi sini la... kalau nak p klinik kat Luyang or klinik kesihatan Inanam (please someone tolong aku mentionkan jarak antara kedua klinik ni kepada org yang tak tau kat mana lokasi sebenar) ic... dah beratur tunggu gitu jer dia kata? bukan ker kes tu start dan di diagnose kat sana? semua file dan maklumat ada kat sana? kan ker senang nak rujuk? nak pass p tempat lain apa ker jadah nyer tak ker kena check dari awal semula.. kecuali la doktor2 tu ada ilmu sihir ataupun kalau nak moden sikit hikmat telepati.. isk isk isk... rupanyer terjumpa lagi karenah BIROKRASI....

mau tak mau p la klinik kesihatan Luyang.. ambik number balik tunggu then jumpa.. seperti biasa mmg kena check la nasib ada bawa discaj note senang drg nak rujuk kalau tak silap2 boleh kena potong balik.. macam sial... last2 dapat la top up seminggu lagi cuti heheheh harap2 seminggu lagi yang kena potong ni bertambah sihat then terus boleh p makan steam boat kat taman tun fuad.... aku masih tak faham kenapa doktor kat emergency tu tak boleh kasi MC... aritu boleh la plak.... tu nasib yang ada keta sendiri pigi hospital... kalau yang kurang mampu bnak beli keta.. p ikut bas.. takkan lagi parah.. terhenjut - henjut p tahan bas pigi luyang rasanya kena tukar dua kali bas hahahahahahahah parah... wooiii PM dah kata Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan... Korang kena berusaha jangan nak kejar markah penuh korang kat SKT tu jer.. pelanggan tu jangan diabai nanti free kena maki.. jahanam!!!!

Wednesday, November 4, 2009

BELACAN: KARENAH BIROKRASI



Kalau baru - baru ni aku ada buat entri pasal Lif Bomba: Karenah Birokrasi... aku nak sambung lagi cerita birokrasi ni berikutan daripada sesuatu yang aku terbaca kat surat kabar baru - baru ni... Sebelum tu korang baca la dulu apa cerita yang aku baca kat surat kabar tu...



Penjual belacan mangsa birokrasi


KETIKA mula-mula saya tonton berita seorang mak cik tua yang disaman kerana belacan, saya memuji penguasa tempatan yang begitu tegas menjalankan tanggungjawab. Pada masa sama, terselit juga perasaan kasihan terhadap mak cik terbabit yang ingin mencari rezeki dengan menjual belacan.

Kalau difikirkan juga bagaimana mak cik itu tahu yang belacannya tidak mengandung 25 peratus protein, dan kalau ditanya pun apakah protein kepadanya, memang beliau pun tidak tahu.

Bukan niat saya hendak mempersoalkan undang-undang tetapi biar berpada. Mungkin mak cik itu boleh diberi amaran atau tunjuk ajar yang betul menjual belacan, bukan dengan menghukum sedemikian rupa.


Saya juga terfikir jika tindakan yang begitu tegas terhadap mak cik yang hanya menjual RM2.50 sepaket.

Apakah agaknya tindakan kerajaan terhadap kakitangan awam yang meluluskan dua set komputer riba berharga RM9,000 satu set dengan harga RM84,000 atau satu liter minyak petrol dengan harga RM300.

Pelbagai lagi harga barangan yang tidak masuk akal seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara. Tentu duit yang digunakan itu daripada cukai rakyat. Kita sekarang dihujani pelbagai kempen integriti dalam kehidupan walhal sebahagian mereka yang berkuasa hanya memandang enteng perkara itu.

Mungkin integriti ini hanya untuk mak cik yang menjual belacan, penjual burger dan penjaja makanan. Baru-baru ini juga Cuepacs yang mewakili kakitangan awam inginkan bonus sekurang-kurangnya dua bulan gaji.

Adakah adil kerajaan tahun demi tahun memenuhi segala kehendak mereka tetapi setiap tahun juga Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan pelbagai tuntutan yang tidak munasabah.

Ingin juga saya lihat mereka yang tidak bertanggungjawab ini dihukum tetapi apakan daya kuasa bukan di tangan saya. Mungkin Laporan Ketua Audit Negara hanya laporan tahunan semata-mata.

K ISMAIL,
Taman Saga, Mentakab.


sumber: Berita Harian

Hahahahahaha kesian aku ngan mak cik tu.. benda ni sepatutnya kita guna budi bicara kita sebagai manusia yang menjalankan dasar.... Dimana EMPATHY kita sebagai manusia... dah mmg dia salah tapi kasi amaran jerlah suruh dia amik sijil ker lesen ker dan apa2 yang patut... Oleh itu, ini pesanan aku kepada semua pegawai - pegawai kerajaan dan terutamanya bahagian penguatkuasa... kurang2kanlah karenah birokrasi di dalam perkhidmatan kita. Kan PM dah kata hari tu 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...