Tuesday, January 26, 2010

AKSI PANAS AKU UTK PEMBUKA TAHUN 2010



Ok ckp byk tak guna!!!! Kalau nak tengok aksi panas ni sila datang ke Dewan Serbaguna Tanjung Aru Sabah pada 30/01/2010 jam 4.00 petang. Aku ngan rakan2 bakal mempersembahkan satu aksi yang boleh membuat anda semua kejang otot tengkuk selama seminggu... tak caya? marilah pakat datang ramai - ramai.... Rugi korang tak datang pasal masa tu kitaorang akan mainkan 3 buah lagu baru !!!!

Monday, January 25, 2010

KENAPA ORANG KITA NI DAH SEMAKIN BERANI NAK MENDERHAKA?

Aku hairan jugak.... kalau dah sama sultan pun drg berani kata camni.. isk apa tah lagi ngan orang biasa? drg ni tak pernah baca rukun negara kot..... ucapan aku kepada mereka ni... FUCK OFF!!!!


screen shot ni di ambil dari SINI

ADNAN SEMPIT: KEMAJUAN DI DALAM FILEM LAWAK MALAYSIA?



Agak lama juga aku tak buat review pasal movie... aku bukan tak nak buat tapi masa tak mengizinkan.. mmg byk movie yang aku tengok dan nak review tapi tak sempat nak review. Tau2 la kalau nak review ni kena fokus dpn pc then revised balik movie tu hehehehehe. Oleh kerana aku ada sedikit lapang ari ni aku amik keputusan nak buat la review movie. Kenapa aku nak review citer Adnan Sempit ni? hehehehe bukan citer avatar ker legion ker sherlock holmes ker... hehehehe ok aku kat sini akan membuat polisi mengutamakan produk tempatan hehehehe.. kalau kena puji.. produk tempat la kena puji dulu dan begitu juga yang sebaliknya hehehehehe. ok ckp byk tak guna mari kita teruskan dgn review citer ni.




Beberapa bulan yang lalu apabila aku tengok poster promo filem Adnan Sempit ni hehehehe 1st impression aku agak negatif. aku pun tak tau kenapa.... tapi bila filem ni kuar aku amik langkah proaktif sebagai memberi sokongan kepada pembuat filem tanahair maka aku ngan wife aku pun p la tengok wayang Adnan Sempit ni...

Rupanya movie ni movie spoof utk wayang rempit ngan wayang bohsia... hehehehe aku pernah tengok citer rempit tapi bohsia tak pernah (takder selera aku nak nengok wayang tu...).. Dengan barisan pelakon yang mantap kali ni aku berpendapat hampir keseluruhan watak dlm citer ni berjaya di hidupkan oleh pelakon - pelakonnya ... syabas kepada tukang casting citer ni....

Part - part lawak menjadi tapi belum di tahap yang terbaik but still ok utk diberi markah lulus dengan kepujian. Pengambilan pelakon2 yang terdiri dari geng raja lawak ni mmg tepat... terutamanya watak angah (betul ker nama dia ni?) walaupun wataknya kat gerai nyanyi karaoke tapi tanpa dia aku rasa wayang ni akan sedikit hambar... next time aku cadangkan angah ni patut di beri peranan yang lebih besar... boleh tahan jugak dia ni.. hehehehehe

Sound track dia hampir semua lagunya aku suka... mungkin pasal ada cat farish di dalam movie ni... dan aku mmg kagum ngan bakat di cat farish ni... lagu2 dia lakonan dia mmg antara yang aku suka. serius aku tak tipu hehehehehehe cuma adunan bunyi kat dlm movie ni aku tak berapa berkenan...

Skrip plak... part - part lawaknya mmg fresh tak macam lawak basi si saiful apek.... boleh buat aku ketawa heheheh teruskan dan tingkatkan part ni.. pasti kelak wayang lawak orang kita akan dapat lebih banyak sambutan. (tapi dgr2 movie sempit ni mmg byk sambutannya). Tahniah untuk Ahmad Idham kerana berjaya menghasilkan sebuah movie yang bermutu. Ni adalah wayang tempatan pertama aku tengok utk tahun 2010 ni... diharap movie tempat dimasa akan datang lebih meletup.... Utk Ahmad Idham ngko patut berenti buat citer seram.. teruskan ngan genre lawak ni pasal bila aku tengok wayang seram ngko aku rasa sangat lawak... (ni datang tulus dan ikhlas dari lubuk hati aku hehehehe).



Pelakon utama si sam ni aku jarang tengok movie lakonan dia ... boleh tahan... tak sangka dia boleh membawa watak ni dgn baik... pujian juga harus diberi kepada beliau.. intan plak agak kaku aku tengok but still ok bagi aku... pelakon watak wawa.. ni kalau tak der dia mmg tak syok citer ni....

secara keseluruhan tanggapan awal aku mmg silap aku patut berhenti berfikiran negatif kepada movie tempatan.... bagi aku wayang ni masih berbaloi utk dilihat kat panggung or beli dvd yang ori.... mmg tak menyesal... kalau ada jual soundtracknya mungkin aku terpikir utk membelinya.... ayat paling menyentuh dalam movie ni ialah... "walaupun muka aku ni ganas tapi kat dalam hati aku ada taman...." hahahahahaha ekspresi wajah watak adnan mmg menjadi semasa mengungkapkan part skrip ni hheheheh syabas... pada belum tengok dan ingin memberi sokongan wayang kita.. aku syorkan korang p panggung la... mmg berbaloi utk di sapot... cheers..

p/s: fuh penat jugak... lama tak review ni hehehehehe