Tuesday, April 6, 2010

SIKIT INFO DARI NUFFNANG....

Dear Nuffnangers,

As you might already know, there are 2 different types of campaigns from Nuffnang: Metered (mCPM) Campaigns , which pay according to the number of visitors who see the ads; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

It has come to our attention that certain groups have been committing click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog's owner. Do note that this act is an abuse of our Terms & Conditions under Section 6.

Banner ads are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, and not for the intention of earning extra money. Should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as we'll only be able to sell ad spaces on blogs with no click fraud record.

Our system is capable of tracking these illegal actions which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for committing this offence. However, as the number of bloggers who commit this selfish act has been growing in an alarming rate within our community, we're forced to be more vigilant and will take necessary action to ensure our other members of the community who do not engage in such act to suffer in the long run.

If you are aware of any of your friends or anyone who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly advise them to refrain from doing so, as bloggers who are caught engaging in click fraud activities will be punished severely, either by suspension or termination.

Thank you for your attention.

Cheers
Blogger Relations Department

Aku rasa rata2 ahli nuffnang dapat berita ni.... so, kepada geng klik2 nuffang watch out.. they are watching u kekekekekeke..... So, kepada pelawat blog aku... korang still boleh klik banner iklan aku kalau betul2 interested ngan produk yang di iklankan.. kalau ta ksuka just ignore la k... Cheers

P/S: Geng Klik2 Nuffnang = Who know who u are.... :)

Monday, April 5, 2010

RANCID - RED HOT MOON


Semenjak 2 - 3 menjak ni aku kerap layan lagu2 Rancid.. ni band fav aku ni selain daripada Balzac, Misfits, & Murderdolls....

Tuesday, March 30, 2010

BREAKING THE SILENCE 2010 [REVIEW]

Terlebih dahulu aku nak minta maaf kepada pembaca blog aku yang ternanti - nanti akan kemunculan entri ni di atas kelewatan... Gig ni berlangsung pada 30/01/2010 yang lalu anjuran Metal Blitz Ent. utk lebih lanjut sila klik kat SINI. Walaubagaimanapun atas sebab - sebab yang tertentu aku terpaksa menangguhkan siaran review ini (more detail klik SINI). Ok, cakap banyak pun tak guna meh la kita teruskan dengan review gig ni. 

Ok la gig yang dijadualkan pada jam 4 petang telah bermula lewat sejam ala standard la event - event gig kecil - kecil macam ni mmg sangat rare utk bermula tepat pada masanya heheheheh. Aku ari tu mmg awal datang ke lokasi memandangkan band aku Manggas perlu menjalankan sesi sound check pada pukul 1 petang. Agak sukar jugak masa sound check tu... Amp digunakan untuk gitar ada Stack Marshall yang begitu jarang kami gunakan. Sound Check agak lembab memandangkan kami tak begitu familiar dgn sound ni tapi thanx a lot to Mr. Kevin (Crown Ov Horns) kerana tolong kami pada masa tu. Terdapat sedikit kecelaruan semasa sesi sound di mana masa tu sistem monitor bunyi belum sampai namun kami terpaksa meneruskan demi tidak membuang masa. Bagi aku sistem bunyi hari berada pada tahap sederhana namun kami amat berpuas hati dengan hasil bunyi yang kami keluarkan pada hari itu.

Masa sound check kelibat line up Brain Dead mula kelihatan memasukki ruang dewan.. fuhh sejuk jugak kami rasa pada masa tu kekekekek apa  taknya kami bakal beraksi dengan sebuah band metal legenda Malaysia iaitu Brain Dead. Ini adalah kali pertama kami menyaksikan Brain Dead secara live. Lepas kitaorang sound check aku p round - round untuk bertemu para rakan - rakan sepermetalan. Bagi member yang biasa lepak sama seperti Naz Mantak, anggota Crown Ov Horns, Adek dan Inside, dan juga anggota Mi Scusi aku skip sementara. Bosan arr asyik tengok muka dorang jer... Aku berkesempatan berbual pendek ngan Nazrul (Orang kuat Majalah Karisma) tentang perkembangan aktiviti metal di semenanjung Malaysia... Huh sememangnya banyak jadual program metal yang telah dirancang oleh para komrad di sana. Selepas tu bertemu plak ngan Mr. Lan Bye (drummer Brain Dead) kita berbual panjang tentang sistem bunyi audio dan juga Home Theater dari dvd ker blu ray hinggalah melarat ke Astro Beyond kekekekek mmg lan bye ni sorang yang berpengetahuan luas mengenai sistem bunyi - bunyian ini... utk pengetahuan korang lan bye juga adalah seorang rakan forum aku kat forum Metal Terus. kekekekek walaupun first time jumpa tapi cerita macam dah lama kenal kekekekekekekekeke.
Tak lama kemudian aku nampak kelibat Max (Barbalans) dan Eid (Kilatus) baru sampai ke lokasi aku terus pergi menemui mereka. Dorang ni antara geng keras aku tapi jarang berjumpa atas sebab lokasi tempat tinggal kita orang agak jauh jaraknya. Walaubagaimanapun time - time gig ni la kami mengambil kesempatan untuk bertemu dan bertukar kabar dan berita. Aku agak kecewa kerana Kilatus yang sepatutnya turut beraksi bersama kami pada hari tu tak dapat memenuhi panggilan tersebut. Menurut Eid selaku dari wakil band Kilatus memberitahu mereka tak dapat main atas sebab masalah line up yang tak dapat datang pada hari gig ni dilangsungkan. Ala komitmen kerja la tu.. heheheheheh jgn ingat mat metal ni asyik lalai dan leka layan lagu Immortal dan Marduk jer ... dorang pun ada kerja la... kekekekekek

Aku dengar gig dah nak bermula.. isk aku bingkas masuk ke dewan hehehe aku tak nak miss setiap aksi band yang menyertai gig ni. Kat depan pintu aku nampak kelibat gerombolan bebudak dari kawasan aku... troops dari sekitar Beaufort dan Membakut.. arrgghhh mereka mmg best kerana sentiasa memberi sokongan yang amat padu kepada kami.. Thanx utk semua (tak perlulah aku sebut nama2 korang kat sini). Selain tu aku turut terserempak ngan Tommy iaitu classmate aku masa zaman study dulu beliau bersama dengan Murray vokalis band metalcore yang sedang meningkat naik di dalam scene Kota Kinabalu. 

- CROWN OV HORNS -

Masuk jer dalam dewan aku tengok Crown Ov Horns dah mengambil tempat... Isk sayang drg ni main awal sangat. Utk pengetahuan korang Crown Ov Horns ni adalah band yang ditubuhkan oleh ahli kumpulan Mantak sebagai satu tanda di dalam metal exploration mereka. Fuh... band ni mmg pecah kepala punya band!!! Arrggghhh kalau korang suka ngan kumpulan Behemoth (Poland) maka aku sarankan korang perlu dapatkan rilisan band ni... Kalau korang pasang lagu dorang dengan paras volume yang menghampiri tanda maksima aku rasa jiran - jiran anda akan berkumpul di kawasan tanah lapang kerana gegaran muzik Crown Ov Horns seakan menyamai gempa bumi pada 7 skala richter. Secara jujurnya aku hanya pernah dengar lagu - lagu drg kat myspace dan ini adalah pertama kali mereka muncul di khalayak ramai. Namun aku amat impress dengan prestasi mereka pada hari tu walaupun aku tengok Rajj selaku vokalis mereka pada ari tu agak kaku sedikit.. heheh mungkin belum panas kot pasal crowd baru nak masuk ke dalam dewan. Tak sampai separuh lagu pertama dimainkan depan pentas sudah pun dibanjiri oleh para headbanger tegar Kota Kinabalu. Sememangnya Crown Ov Horns telah lama dinantikan oleh peminat muzik extreme Sabah!!!!

Setiap lagu yang dimainkan dibelasah dengan tanpa belas kasihan.. mmg best la terutamanya kevin dengan showmanshipnya yang best... Cuma aku tengok cara penampilan (make up dan dressing) mereka agak sama dengan penampilan Mantak... isk yang paling gempak bila dorang mengakhiri persembahan dorang dengan lagu cover dari Sarcofago yang mana telah menjemput saudara Ein dari Brain Dead untuk menjadi penyanyi undangan.... Siaran Tegendala... (Cis Punyer la banyak aku taip tetiba black out arrrgghhhh)

 
 
 

(SAMBUNGAN... 4 HARI LEPAS BLACK OUT HARI TU)

Malas dah aku ulas panjang2 takder semangat dah gara2 black out hari tu cis..... Sebelum tu korang enjoy dulu video Crown Ov Horns yang aku rakam masa gig tu.. Sorry jangan komplen pasal kualitinya kerana aku bukan seorang videographer yang bertauliah.....


Kat bawah ni plak masa drg jemput Ein jadi Vokalis Jemputan...





Lepas Crown Of Horns giliran Mortuary Ancestor plak mengambil tempat kat pentas woooohoooo Ariffin yang sebelum ni ada pemain gitar mereka kini mengambil alih posisi Bass... Fuyoohh 6 String woooo ada aksi slapping di kesan kekekekeke cayalah Mortuary Ancestor!!! \m/ lagu cover Crystal Mountain (Death) tu mmg gempak la....


Masa Mortuary Ancestor mengganas kat pentas kitaorang dah ready dah kat belakang pentas pasal lepas tu giliran Manggas plak akan beraksi... Bab ni aku tak nak komen.. aku kasi can korang yang komen setelah tengok video yang aku attach ni... eerrrr 3 lagu baru 3 lagu lama.. kekekee enjoy


Tajuk: Haus Sarbatus

Tajuk: Total Tabak Bauta (lagu baru)

Tajuk: Sumpah Puaka

Tajuk: Deathrobe (lagu baru)

Tajuk: Kuraya Su Puratism (lagu baru) bersambung ngan Batin Keramat




 
Thanx to Mizul kerana tolong ambikkan gambar kitaorang.. dan Bataris Sang Pi (Ex drummer Manggas) kerano sudi jadi kameraman amik video. Thanx utk Zul Mi Scusi kerana sudi pinjamkan gitar dan menjadi tukang pass air minum kat pentas bersama Naz Mantak. Untuk kawan baru dari Australia John & Partner (nice to meet u bro...) Kekeke korang semua memang sempoi. Juga aku mewakili en. Joad utk merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Doom kerana sudi nyanyi ngan dia kakakakakakakakakaka caya la DOOM (ini orang trve punya sapot ni hehehehe hail penjaga kubur...) kakakakaka 


Hasil dari performance aku yang melampau ni aku sakit badan dan tengkuk selama 3 hari kekeke thanx la kepada wife aku kerana sudi tolong urutkan ngeh ngeh ngeh... keke


Aku miss persembahan Necromation gara - gara p ambik angin kat luar dewan sambil - sambil round bazaar metal sekitar venue gig... kat sana tak kurang meriahnya dengan aktiviti jual beli perrggghhhh mmg best la time tu... macam2 ada.. Nasib baik takder orang jual makanan.. kalau ada mesti lagi best!!!! \m/ (Mat Metal pun pandai lapar tawwwww)

 

 




 

Lepas Necromation, aku tengok Adek dan troops Inside dah ready dah kat pentas... Band Inside ni mmg band fav aku ni... berani aku katakan bahawa Inside ni adalah antara crowd puller kat dlm mana2 gig metal sekitar area Kota Kinabalu,... lagu dorang sempoi... kalau korang minat kat Impaled Nazarene mesgti korang suka dengar lagu drg... Mungkin ada yang tak tau pasal drummer Inside ni juga adalah sessionist tetap untuk mengisi section drum di dalam kumpulan Mantak sebelum kemasukkan Shaun di dalam band tu....

Gig ni mmg agak berjaya.. syabas untuk En. Cozzen & Metal Blitz Entertainment atas penganjuran ini.. tidak lupa untuk semua kawan2 yang hadir dan juga support gig ni.. crowd ari tu mmg best!!!! errrr apa??? Review Brain takder?? Kakakaka tu bawa ada gambar dah... Apa??? Tak cukup??? Nak Review jugak??? 
Ok Kalau korang nak baca review aku pasal gig ni (in detail sepenuhnya) sila dapat kan 1 April 2010 akan keluar kat pasaran....... kekeke rupanya buat promosi kekekekeke more info sila klik kat SINI