Friday, July 22, 2011

IRON MAIDEN: THE FINAL FRONTIER WORLD TOUR SINGAPORE 2011

PERGGHHH MATI - MATI AKU INGAT ENTRI NI DAH POST.. RUPANYA MASIH TERSIMPAN KAT DALAM DRAFT.. ISK.... PATUTLAH TAKDER ORANG KOMEN HEHEHEHEHEHEHE... WALAUPUN DAH BASI TAPI BAGI AKU IA MASIH SEGAR DI DALAM INGATAN.... AKU TAK PEDULI AKU NAK POST JUGAK ENTRI NI!!!!!!

Sorry posting entri ni agak lewat jika berbanding dgn rakan2 blogger yang lain. Bukan apa demam Maiden tempoh hari baru nak beransur pulih... perrgghh mmg hebat penangannya!!!! Aku akan mulakan entri ini dengan cerita diawal perjalanan rombongan North Borneo Trooper (NBT) sehinggalah kami selamat sampai kembali ke tanahair.... (Aku telah mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan artikel ini.... hehehe sorry keja aku kat alam nyata sangat banyak heheh sampai nak jenguk blog pun payah hehehehehe)

AWAS ENTRI INI MUNGKIN PANJANG BERJELA DAN AMAT MEMBOSANKAN BAGI YANG TAK MEMINATI BAND LEGENDA IRON MAIDEN!!!!!

Ahli rombongan NBT mula berkumpul di terminal 2 lapangan antarabangsa Kota Kinabalu sejak jak 12.30 tengahari yang mana flight kami akan menaikki penerbangan Airasia AK6237 dari Kota Kinabalu ke Singapura yang bakal berlepas pada 14/02/2011 jam 2.50 Ptg. Keterujaan jelas terpampang dimuka ahli rombongan yang mana masing - masing telah mengenakan outfit yang menampakkan mereka sebagai peminat Iron Maiden!!! Aku akui malam sebelumnya memang tak dapat tidur lena gara - gara tak sabar nak berlepas ke Singapura.

Menonton Konsert Iron Maiden ini adalah salah satu "FINAL FANTASY" aku yang mana telah tertanam sejak aku mula meminati dan mengikuti perjalanan band legenda ini sejak tahun 1990 yang mana dimasa itu aku hanya disogokkan dengan kaset cetak rompak Piece Of Mind kepunyaan abang sepupu aku. Pergghh memang tak pernah aku sangka yang aku berpeluang menyaksikan mereka secara live!!!!

Dengan bajet yang agak tight, aku berusaha mengumpul dana untuk membiayai kos perjalanan ini yang mana akhirnya aku berjaya mendapatkan sekeping tiket untuk menyaksikan konsert tersebut. Walaupun tiket yang dibeli adalah tiket yang paling murah namun aku sangat berpuas hati kerana aku tahu bukan semua peminat Iron Maiden berpeluang untuk datang ke sana bagi menyaksikan persembahan mereka secara live!!!!!

Penerbangan kami hari tu berjalan dengan lancar dengan cuaca yang baik, kami dapat tiba lebih awal daripada masa yang di tetapkan. Dengan perut yang sedikit lapar akibat tak sempat nak makan sebelum terbang dari Kota Kinabalu ditambah dengan makanan yang dijual didalam perjalanan kurang menyelerakan (menu yang best sold out) namun keceriaan tetap menyelubungi riak wajah semua ahli - ahli NBT.

Untuk pengetahuan korang, dalam semua ahli NBT ni takder sorang pun di antara kami yang familiar dengan negara Singapura. Semua kali pertama menjejakkan kaki di Kota Temasik ini kecuali En. Ir'one Gravefixxx yang mana mendakwa pernah melawati negara tersebut semasa beliau masih kanak - kanak dan secara jujur beliau mengaku bahawa memori perjalanan tersebut kebanyakkan telah teroverwrite dengan data - data yang lain... hahahahahahahahaha jadi senang cerita semua kami ni ibarat rusa masuk kampung.. tak tau ke mana hala hendak dituju. Percaya atau tidak masa nak keluar dari lapangan terbang antarabangsa Changi pun ada diantara kami yang tersesat akibat terpisah dari kumpulan NBT.. siapa yang sesat tu tak payah la aku mention kat sini.. you know who you are....
Apa yang lebih best tentang perjalanan ini ialah, Ahli NBT yang menyertai rombongan tersebut adalah dari kalangan rakan - rakan yang rapat selain daripada ahli - ahli band aku Manggas ianya juga telah disertai oleh Dato' P.Kin & Steven yang mana adalah rakan karib aku sejak dari sekolah rendah lagi. Adik aku & sidekicknya En. Agku Nizam a.k.a Luging, Joe The Twin Towering Inferno yang juga rakan sama - sama study kat ITM, Usop & Ir'one rakan sepermetalan, serta bro Chot API fanzine & andy yang telah menanti kami di Singapura kerana menyertai flight yang lebih awal dari Kota Kinabalu ke Johor Bahru. Manakala, En. Ijau dari Bintulu juga telah menanti kami di balai ketibaan yang mana telah tiba sejam lebih awal dari kami pada hari tersebut. Line up NBT kali mmg semuanya satu kepala dan satu hala tuju!!! yeargghhh!!!!!

Cuma aku agak sedikit terkilan kerana, kazen aku yang paling best En. Mawi terpaksa menarik diri di saat - saat akhir atas sebab yang tidak dapat dielakkan kerana anak bongsu kesayangannya telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Sabah kerana demam panas. Sad But True tapi tanggungjawab sebagai ketua keluarga adalah lebih utama daripada Konsert bersejarah ini. Dengan berat hati beliau terpaksa melepaskan tiketnya kepada en. Amal (Innard Decay) bagi mewakili beliau ke Singapura bersama ahli NBT yang lain. Kehadiran en. Amal juga sangat - sangat aku alukan memandangkan beliau rakan karib kami.

Dengan berbekalkan peta yang dibeli sebelum penerbangan, kami mula merancang perjalanan kami dengan melihat papan - papan tanda yang terpampang di stesen MRT yang kami naiki dari lapangan antarabangsa Changi... Hala tuju kami masa tu ialah ke Fernloft Hostel Singapura yang terletak di Little India!!! Dengan konfidennya kami yang sudah melihat peta tadi mengambil keputusan untuk turun di Lavender dan akan berjalan kaki hingga ke Little India atas alasan nak tengok scenery Singapura dan menyemarakkan lagi suasana backpackers kitaorang tanpa sebarang gambaran dimanakah letaknya lavender itu dan berapa jauh jaraknya untuk sampai ke destinasi yang kami tujui.. tengok kat peta mmg macam dekat ... macam seberang jalan jer...

Oleh kerana kami semua ni bukan ahli pengakap yang aktif semasa sekolah, percaturan kami silap pada hari tersebut... hampir 2 jam menapak kami tak jumpa tempat yang nak di tuju... perggghhhh... perjalanan yang memenatkan yang mana kami rasa kami semakin lama semakin tersasar dari koordinat yang sebenarnya... Kebingungan mula melanda semua ahli rombongan NBT....

 Gambar di atas rasanya gambar terakhir yang diambil dengan senyuman pada hari tersebut... hahahaha bukan apa perut lapar kaki mulai sakit kerana berat badan yang berlebihan. Perasaan selfish mula menghantui diri dahi pun mula berkerut dengan masing - masing menuding jari menunjuk arah yang berlainan dengan dakwaan bahawa arah yang ditunjuk itu adalah direction yang betul. Tapi semuanya salah.. hahahaha nasib la orang Singapura ni baik - baik orangnya.. Dengan bertanyakan mereka akhirnya kami selamat tiba ke destinasi yang dituju iaitu 257 Jalan Besar...
Andy & Chot yang juga telah tersesat telah sedia menanti kami di sana dengan wajah kepenatan namun masih dapat mengorak sedikit senyuman apabila melihat kelibat kami. Masa ni cuma En. Amal jer yang belum tiba kerana dia hanya akan sampai pada esok hari direct dari Kuala Lumpur...

Setelah selesai segala urusan check in, misi kami seterusnya adalah mengisi PERUT yang dah berbunyi kelaparan... setelah mencari - cari akhirnya kami terjumpa satu kedai yang berdekatan (selang beberapa blok dari lokasi tempat tinggal kami) untuk menjamu selera.... pasal tempat makan aku rasa en. ijau dah buat review pun.. sila klik kat sini

Selepas selasai mengisi perut sesi hari pertama kami diisikan dengan melepak di depan hostel tempat kami tinggal sambil berbual dan merancangkan akan perjalanan pada keesokkan harinya... Walaupun sudah penat berjalan seharian namun sesi tersebut berlanjutan hingga ke 3 pagi hehehehehehehe mungkin korang dapat bayangkan bertapa terujanya para ahli rombongan NBT ini.... heheheheheheh

Aku yang mmg telah memasang niat untuk berwindow shopping nak survey gitar di Singapura telah mendapat dorongan dari En. Ijau & ahli band Manggas yang lain yang mana Waimi selaku gitaris Manggas juga telah berkongsi niat dengan aku hehehehehehehe.... Oleh itu perjalanan hari kedua kami dimulakan dengan mencari port - port yang ada jual gitar di Singapura. Terima kasih kepada rakan dari Singapura yang telah memberikan info yang berguna untuk misi kami pada pagi tersebut. pada hari kedua kami plan nak naik bas la plak hehehehehehehe

Lokasi pertama yang dicari ialah Bras Basah Complex yang mana ada  menempatkan Swee Lee Music Company Pte Ltd, Ranking Music & Sport Supplier, Guitar Workshop, Blackwood Pte Ltd, & Karl Heng Enterprise. Kedai - kedai ini mempunyai deretan gitar yang hendak dijual yang mana boleh mengugat iman dan menimbulkan GAS para peminat gitar yang bertandang.... namun malang sekali tiada tangkapan dibuat semasa di sana.
Pencarian kami diteruskan dengan menuju ke Peninsula Plaza yang mana tujuan asal kami adalah untuk mencari CD & stuff2 metal untuk diborong. Kami tersesat sejenak masa kat Peninsula Road ni.. hehehehe kami terkeliru dengan dengan memasuki bangunan yang salah yang mana kebanyakkanya dikendalikan oleh peniaga Myanmar.. Huhuhuhuhu

Setelah bertemu ke lokasi yang sepatutnya kami sekali lagi hampa kerana kedai yang kami ingin lawati tidak menjalankan operasi pada hari tersebut. Mungkin kerana staff2 mereka minta cuti kot pasal nak nengok Maiden hehehehehe.. kelibat mat - mat metal berbaju Maiden mulai kelihatan berkeliaran di dalam complex tersebut... Aku sendiri sempat bertegur sapa dengan sorang mat metal dari Negara Brunei Darussalam yang mana juga ingin menonton konsert Maiden pada hari tersebut. Nyata dia pun begitu teruja seperti kami yeaaahhhh!!!!!

Secara tak sengaja masa kat Peninsula Plaza, kami bertemu satu kedai yang sememangnya sesuai untuk tujuan kami pada hari tersebut. kedai itu ialah tidak lain tidak bukan Davis Guitar. Perghhh kami terexcite sekejap dan tanpa pikir panjang terus menyerbu kedai tersebut dengan rakusnya.. hahahahah mmg rambang mata... Sesi di Davis Guitar diakhiri dengan pembelian sedikit barang oleh En. Ijau, manakala Waimi juga telah bertemu dengan buah hati yang dicari biarpun masa tu aku di dalam dilema tak tau nak pilih mana satu... last - last aku tak beli apa2 hehehehehehehehe (sekarang ada sedikit menyesal...)

Abis misi di Peninsula Plaza... kami merancang utk terus ke Singapore Indoor Stadium biarpun masa itu masih terlalu awal... Hari baru nak sampai tengahari hehe konsert start jam 8.30 malam... apa kejadahnya nak awal2 ke sana.. heheheh jawapannya mudah saja.. kebanyakkan ahli rombongan NBT telah memgambil tiket Pen A yang mana free standing untuk tengok konsert tu.. Misi yang UTAMA di dalam trip ini adalah untuk mendapatkan tempat yang paling depan!!!! Untuk kisah Peninsula Plaza ni boleh la berkunjung kat Blog en. Ijau.. dia ada cerita jugak dgn gambar yang banyak. Sila Klik Kat sini.

Setiba disana dengan menaiki MRT kami melihat belum ramai lagi kelibat crowd yang datang.. Kami boleh dikatakan antara yang terawal tiba di sana. Dengan berbekalkan Burger McD kami mengisi perut di depan kaunter tiket SISTIC hehehehehe masa tu merchandise booth baru nak kena pasang... kita tanya bila gate di buka drg kata jam 7.30 dan utk merchandise plak start jam 4 petang.. perrgghhhh masih lama lagi hehehehehehe beberapa ahli - ahli NBT sudah mula berbaris di depan pintu masuk ke Pen A.. aku plak dgn rakan - rakan yang memegang tiket bernombor steady jer hehehe pasal tak perlu risau nak berebut tempat duduk... Misi aku masa tu aku nak beli baju Maiden... hehehehehe

Kalau tak silap aku aku beratur dekat 3 jam kat barisan depan booth merchandises hehehehehehe dan aku berjaya mendapatkan dua helai baju pada hari tu.... heheh nasib aku awal hari tupasal dgr cerita ramai member yang tak dapat beli baju gara - gara kehabisan stok design dan saiz yang dikehendaki hehehehehehehehe nasib mmg menyebelahi aku pada hari tu....

setelah selesai memborong baju.. aku mula melilau mencari muka - muka yang dikenali hehehehehe yang mana akhirnya aku telah terjumpa dengan sebilangan besar member2 kat forum dan FB yang mana sebelum ini hanya berinteraksi secara online. Kami masing - masing teruja atas pertemuan itu walaupun ianya agak singkat kerana masing2 dah nak beratur tapi aku tetap puas hati... Masa tu en. Amal dah tiba di perkarangan stadium.. dari saat tu aku, amal dan ijau (3 amigos) sama - sama meronda sekitar kawasan stadium untuk melihat gelagat para peminat - peminat Maiden yang bermacam ragam.... member lain dah jalan ikut tempat tiket masing - masing. Tetiba hujan plak turun.. lebat plak tu kami terpaksa berteduh seketika di kawan tangga untuk naik ke North Enterance stadium sambil berbual - bual dengan rakan - rakan yang ditemui...

Aku, Amal & Ijau sempat meninjau kawasan pintu masuk ke PEN A yang mana barisannya sudah pun berjela - jela... hujan turun langsung tak dipedulikan.. Kelibat ahli NBT tidak kelihatan... akmi percaya masa mereka ada kat line hadapan punyer... korang perasan tak kat gambar atas tu mamat tu muka dia macam shane embury...
Memang ramai sangat manusia pada hari tu, pelbagai rupa, warna dan bahasa.... semuanya disatukan dengan minat yang sama iaitu IRON MAIDEN!!!! perrgghhh kami pun mula mengambil tempat untuk beratur di pintu masuk kat north Enterance... Sekali lagi kami bernasib baik kerana dapat menyelitkan diri di barisan hadapan dan menjadi kumpulan terawal memasuki ruang dalam Stadium tertutup itu. masa tu kat Pen A masih lengang lagik hehehehehehe... kami masing - masing mengambil tempat duduk utk chill2 sebelum konsert bermula... bahang mula terasa!!! adrenalin mula meledak!!!!! bulu roma mula meremang!!!!


Aku dan Ijau sempat bergambar sebelum bermulanya konsert...  dan tak lama kemudian lampu mula di malapkan dilihat PEN A & PEN B mula terisi.. ternampak kelibat NBT berlari ke barisan hadapan di sebelah kanan pentas dengan banner NBT dan bendera.

Acara dimulakan dengan persembahan pembukaan sebagai pemanas badan dari band Rise To Remain yang mana juga turut dianggotai oleh anak lelaki Bruce Dickinson yang bertindak sebagai penyanyi.. Membawa irama Metalcore memulakan slot selama 30 minit sebagai warm up kepada peminat - peminat Maiden... Seperti aku kebanyakkan crowd tidak begitu teruja dengan persembahan band ini walaupun mempamerkan satu showmanship yang bertenaga dengan sound yang mantap... Sememangnya Rise To Remain ini bukan la selera generasi peminat Iron Maiden!!!

Aku dan Ijau hanya duduk termangu dikerusi kami sambil aku makan ketulan coklat yang dibekalkan oleh wife aku hehehehe nasiblah ada coklat tu so, taklah aku rasa bosan sangat,, hehehehe masa tu aku sempat bertegur sapa dgn crowd disekeliling kami yang mana ratanya datang dari Malaysia... masa tu aku rasa bukan macam kat Singapura plak... eheheheheheh.. kelibat en. Berteromber yang juga duduk sebaris dengan kami juga belum kelihatan heheheheh mungkin dia tunggu Rise To Remain selesai kot .. ntah la hanya dia yang tau heheheheheheh.. Sejurus tamatnya persembahan metalcore tapi tidak semana - mana Berterembor muncul dengan senyuman riang bersama seorang rakan beliau... heheheheheh rugi dia tak tengok Rise To Remain hehehehehehehe
Playlist malam tu seperti yang anda sudah sedia maklum adalah macam kat Moscow adalah seperti berikut:

  • Satellite 15... The Final Frontier
  • El Dorado
  • 2 Minutes to Midnight
  • Coming Home
  • Dance of Death
  • The Trooper
  • The Wicker Man
  • Blood Brothers
  • When the Wild Wind Blows
  • The Evil That Men Do
  • The Talisman
  • Fear of the Dark
  • Iron Maiden
                                                                               Encore:
  • The Number of the Beast
  • Hallowed Be Thy Name
  • Running Free
  • Satellite 15... The Final Frontier & El Dorado 
 Untuk dua lagu terawal ni terus terang aku tak berapa familiar.... cuma El Dorado jer yang ada tertangkap sekejap - sekejap nasib dah tau playlist drg kalau tak mmg comfirm blur abis hehehehehe. Walaubagaimanapun masa ni aura Maiden mula meresap.. Berteromber kat sebelah aku mula keluarkan kamera heheh tengok dia pun blur sikit.. Ijau dah start mengganas dah hehehehe nampak beliau serius di dalam menghafal lagu - lagu baru Maiden ni hehehehehehe. Tak payah cakap banyak la aku rasa korang tengok gambar2 kat bawah ni pun korang boleh bayangkan suasana pada masa tu!!! 

Pengakuan ikhlas dari aku... sedar tak sedar air mata aku mengalir pasal terharu kerana berpeluang melihat MAIDEN secara live!!!!











Yang lagi best lagi bila dapat tau bahawa NBT ada kuar kat Maiden Official Fan Club punya web.... mmg excited giler la... ni aku uploadkan screen shootnya hehehehehehehehe




Selain tu kat Iron Maiden TV pun ada kuar jugak... perrgghhhh....



Sehingga ke hari ini, kalau di kenang2kan kembali tarikh bersejarah ni masih meremang bulu roma aku... Hail Maiden.....

Friday, June 10, 2011

PENGUMUMAN....

ADA LAPORAN KATA BLOG NI ADA VIRUS... SEBENARNYA IANYA BERPUNCA DARIPADA SALAH SATU LINK YANG TERKANDUNG DI DALAM BLOG INI TELAH DI JANGKITI KUMAN VIRUS.. OLEH ITU AKU DAH REMOVEKAN LINK TERSEBUT... SEKIAN TERIMA KASIH DAN  TERUSKAN MELAWATI BLOG INI.. CHEERS! WASALAM.....

Thursday, June 9, 2011

INI ADA SATU CERITA... PART 4

Sebelum baca cerita ni korang kena baca dulu part2 yang sebelumnya. sila klik kat sini--> PART 1, PART 2 & PART 3
----------

Satu tengahari yang mendung disebuah Restoran Mamak Bajet Brader B sedang duduk sendiri menunggu member dia nak datang sambil layan baca menu makanan kat dinding Restoran. 10 minit kemudian member ditunggu akhirnya tiba....

Brader B: ehhh lambatnya nak 15 minit aku tunggu ngko
Brader C: ala sorry bro, aku kena buat photocopy minit mesyuarat la tadi.... ehhh mana Brader A????
Brader B: kat opis (jawab dengan acuh tak acuh)
Brader C: ko tak ajak dia sekali ker???
Brader B: malas la... aku tak ngam dah ngan dia tu...
Brader C: la apasal plak? korang gaduh ker??
Brader B: takder la gaduh.. tapi dia punya pasal la aku kena sound ngan boss aku ari tu...
Brader C: la dia dah jadi tukang repot ker kat boss?? barua betul la malaun tu...
Brader B: errr takder la report...
Brader C: Abis tu??
Brader B: ari tu aku lambat datang, so aku minta la tolong dia coverkan aku.. minta tolong punchkan kad aku.. ala bukan juga selalu minta tolong dia... adakah patut dia punch tak cover2 sampai bos aku perasan yang dia tolong punchkan kad aku. apa lagi.. aku masuk opis jer terus kena panggil then kena kasi warning.. dah la kontrak aku nak abis... isk.. mcm dia sengaja jer nak pedajal aku. dah la baru minta tolong punchkan pun nak minta belanja makan. tak boleh harap betul la.
Brader C: cis barua, aku rasa dia mmg sengaja pedajal ngko la. maklumlah dia dengki kot tengok ngko punya bisnes MLM maju. ehhh apa cerita ngan bisnes ngko tu? ari tu aku dgr ngko nak jadi manager dah... ni mesti ngko dah dapat byk downline
Brader B: ohh bisnes tu aku tak buat dah... susah la nak jalan2 cari downline then produk pun out dated.. takat jual kopi herba tupai jantan.. market dia kecil sangat la. lagipun market tu ALICAFE dah kontrol la. Susah nak penetrate.
Brader C: IC.. so, ngko dah tak buat bisnes tu lagi ?
Brader B; tak... (jawabnya ringkas sambil suap mee goreng kat mulut)
Brader C: la ingat ngko ajak aku minum ni ko nak bawa citer bisnes ngko tu...
Brader B : ini la ni.. sebenarnya aku nak promote kat ngko ni.... ni bisnes paling untung then model kecik hanya spend 2-3 hour a day jer pastu tunggu duit masuk...
Brader C: waahhh menarik tu. cu citer cu citer
Brader B: gini kat opis ngko ada internet ker?
Brader C: Ada..
Brader B: ngko ada facebook kan?
Brader C: ada..
Brader B: ok ngam... gini .. ngko tau ker dengan ko berfacebook tu boleh tolong ngko dapat duit... keja ngko login jer kat fb tu then promo & cari downline dari sana.... yuran masuk ahli rm100 kami akan kasi ngko ebook percuma dan dvd utk module bisnes online ngko... tak perlu keluar rumah tak perlu jual barang... main fb jer...
Brader C: uiks betul ker? macam tak leh caya jer
Brader B: ko nak bukti? nah ko tengok ni statement bank aku.. ni aku dapat berkat aku join bisnes ni selama sebulan... lagi pun benda halal....
Brader C: fuyyoooohhhh byknya.... wah kaya la ngko.... weeiii aku nak join la...
Brader B: kalau nak join ngko just sedia rm100 jer then boleh terus jalan....
Brader C: ok petang ni aku bank in kat ngko....
Brader B: ok sms jer kalau dah bank in...
Brader C: ok la.. ehh boss aku call la... aku nak balik opis la.....mamak kira (sambil melambai tangan ke arah mamak utk bayar)
Brader B: ok.. alamak dompet aku tinggal kat opis la... ic boleh ngko tolong settle dulu ka?? nanti aku bayar ngko balik....
Brader C: errrrrr ic.. takper la kalau camtu hari ni aku belanja ngko la next time turn ngko plak...
Brader B: heheheheh no problem bro, ngko punya pasal anytime... just call me jer... ehh jgn lupa sms aku lepas transfer duit tu.. nanti aku inbox ngko kat fb number akaun aku.... (lepas bersalam terus balik ke opis  beliau)
Mamak: errr semua sekali RM 37.80
Brader C: ehhh mahalnya takkan la teh tarik, teh o ais, roti canai ngan mee goreng rm37.80???
Mamak: err itu masuk incek punya kawan punya tapau nasi beriyani sama rokok kotak kecil la... semua sekali rm37.80
Brader C:...
thanx to Cabrine  S. for the photo....