Wednesday, December 21, 2011

MI SCUSI: PRINCIPLES & STANDARD OPERATION PROCEDURES



  Mi Scusi aku anggap adalah sebagai sebuah organisasi. Organisasi ini terdiri daripada beberapa individu yang mempunyai ideology serupa terhadap muzik Horrorock. Sejujurnya kami tidak pernah mengkategorikan genre muzik kami secara spesifik. Bagi kami genre Horrorock digunapakai apabila ada orang yang bertanya apakah genre muzik bawaan kami. Apa yang berlaku sebenarnya kami bermain mengikut rasa hati kami tanpa mengambil peduli genre muzik yang spesifik.

 
Kesemua ahli Mi Scusi ada / pernah terlibat dengan beberapa kumpulan yang berpaksikan genre METAL atau lebih spesifiknya DEATH METAL. Macam aku memang ramai tahu aku terlibat secara langsung dengan Kumpulan MANGGAS. Manakala Cho gitaris Mi Scusi terlibat dengan beberapa buah band sepernti DEMIZER, VICIOUS ENTITY & KALABANGAN, Mie drummer dengan Vicious Entity & Psycho Poser dan Zul sebagai Bassist pernah bermain bersama Desperate Contraceptive  sebuah band Grindcore yang aku lupa namanya.
 
Berdasarkan latarbelakang aktiviti muzik inilah menyebabkan banyak pihak telah / pernah mengkategorikan Mi Scusi adalah sebuah kumpulan METAL. Hakikatnya Mi Scusi ditubuhkan kerana kami mahu mencuba sesuatu yang bukan METAL. Secara peribadi aku bukan seorang peminat tegar muzik METAL. Jika ditanya aku lebih selesa mengatakan yang aku lebih ke arah genre PUNK!!!! Apa yang kami pasti direction muzik Mi Scusi adalah merujuk kepada band seperti THE MISFITS, BALZAC, MURDERDOLLS & RAMONES. 4 Band ni rasanya sudah cukup untuk menyatakan prinsip muzik Mi Scusi.
Sebagai sebuah organisasi, Mi Scusi mempunyai Standard Operation Procedures (SOP) nya yang tersendiri. SOP ini adalah satu plan dan kontengensi di dalam memastikan pergerakkan Mi Scusi akan sentiasa lancar sepanjang masa. SOP Mi Scusi selalunya (kadangkala ada tukar ikut kesesuaian) adalah seperti berikut:

1. Sekurang - kurangnya 1 sesi rehearsal penuh di dalam studio setiap bulan yang mengambil masa dua jam / sesi. (selalu 2 sesi sebulan).

2. Peralatan & Aksesori (gitar & effect dan  yang berkaitan) diselengara sekurang kurangnya 2 kali sebulan (atau mengikut keperluan). lni adalah meliputi setup gitar, notation, tukar string (tugasan ni selalunya dilakukan oleh gitar tech Mi Scusi), Ya... kami mempunyai gitar tech....

3. KETEPATAN MASA adalah sangat penting untuk Mi Scusi. Selalunya kami akan tiba sejam ataupun 30 minit lebih awal daripada masa yang telah ditentukan. Ini termasuklah ketibaan kami di venue - venue tempat kami bakal beraksi. So, organiser jangan terkejut kalau kami tiba awal dari anda...

4. Segala perbelanjaan pengurusan dan aktiviti adalah dibuat secara kolektif.

5. Kami jarang menerima tawaran last minit. Semua aktiviti berkaitan Mi Scusi adalah dirancang lebih awal dari tarikh yang sebenar. Sangat jarang berlaku aktiviti impromtu... jadual latihan selalunya sudah dibuat 2 atau 3 minggu lebih awal. Untuk gig selalunya kami menerima tawaran yang telah dibuat sebulan lebih awal dari tarikh gig.

6. No jamming a night before gig!!!! masa tu line up akan dikuarantin supaya semua cukup tidur dan rehat.

7. Line up yang tidak dapat menyertai mana - mana persembahan perlu menyediakan penggantinya dengan lebih awal supaya latihan intensif dapat dilakukan bersama sessionist tersebut.

8. Segala perbelanjaan sessionist semasa latihan dan persembahan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Mi Scusi. Buat masa ni Mi Scusi ada dua orang sessionist tetap sebagai back up kepada current line up.

9. Untuk jemputan gigs selalunya kami meminta syarat tertentu seperti:
  • Sekurang - kurangnya kami diberi masa 15 minit untuk sesi soundcheck
  • Paling kurang 20 minit untuk masa persembahan kami. No Such thing korang main 2 lagu - 3 lagu!!! Ini kerana setiap kali kami beraksi kami hanya akan membawa lagu sendiri cover song hanya dipersembahkan jika ada permintaan dari rakan - rakan yang hadir. (Mi Scusi tiada peminat tapi hanya ada rakan - rakan yang menyukai dan menyokong muzik kami)
  • Organiser kena info awal masa soundcheck & slot kitaorang lebih awal supaya kami dapat tiba tepat pada masanya
  • Organiser juga kena info kepada Mi Scusi tentang equipment yang disediakan semasa gig supaya Mi Scusi dapat bersedia dengan pra konfigurasi multi efek yang digunakan. Selalunya kami juga akan membawa equipment sendiri termasuklah amplifier.
  • Mi Scusi perlukan 6 pass masuk untuk band member dan juga roadie...
  • Soal bayaran kami jarang ambik port kerana duit bukan tujuan kami di dalam bermain muzik. Cukup la sekadar belanja makan (AWAS AHLI - AHLI MI SCUSI SANGAT TERKENAL DENGAN KELAHAPAN MEREKA DI MEJA MAKAN)
  • Walaubagaimanapun, untuk show diluar kawasan kami selalu request organiser support tambang dan tempat tinggal untuk kami...
 10. Pastikan tune dan notation guitar tip top sebelum latihan ataupun show dan jangan lupa bawa back up equipment manalah tau tetiba putus tali ker ataupun yang berkaitan...

------
Aku pasti akan ada orang yang berkata "wow syarat macam pro/artis etc... tapi band tak ke mana pun... kuar tv pun tak pernah..."

Jawapan aku "kami main muzik adalah untuk kepuasan sendiri... ada org suka hanya bonus untuk kami kalau takder kami tak kisah kerana inilah yang kami buat dari hari pertama penubuhan Mi Scusi".

Kami mempunyai kerjaya tetap sendiri sebagai punca pendapatan dan Mi Scusi ditubuhkan bukan untuk cari makan. Namun ianya bukanla suatu yang boleh dipandang remeh. Komitmen sgt dititikberatkan.

Mungkin kerana ini la kenapa kami tidak pernah rilis sebarang proper material even kami mempunyai berpuluh lagu sendiri.

Apa2 pun yang penting hati kita mau happy!!!!!


-----

p/s: Mi Scusi Logo By: Ir'one Gravefixx

Wednesday, November 30, 2011

SEPETANG BERSAMA RETSU ICHIJOUJI



 DON HORROR DAN ORANG - ORANG MAK TELAH MENTERBALIKKAN PAKSI BUMI DAN MENCIPTA RUANG ANGKASA SETAN....
Bagi yang mengalami zaman kanak - kanak dalam sekitar tahun 80'an anda pasti akan familiar ngan  En. Retsu Ichijouji a.k.a Polis Angkasa Gaban. Bagi aku masa dulu - dulu Gaban adalah penyelamat dunia dan hero idolaku... Baru - baru ni semasa dalam perjalanan balik dari sebuah Kompleks Membeli belah yang terkenal di Ibukota aku terserampak dengan seseorang yang sangat aku kenali.. Walaupun agak berumur namun aku masih dapat mengenali beliau dengan lebih jelas...

Aku mengambil kesempatan itu untuk menegur sapa beliau dengan tujuan bertanyakan khabar dan juga mengetahui apakah perkembangan terbaru beliau....

Aku: Retsu!!!! Gaban!!!! (memanggil namanya untuk menarik perhatiannya)
Retsu: errrrrr....
Aku: errr .. mungkin awak tak kenal saya siapa tapi saya sangat mengenali awak....
Retsu: ehh mana awak tau saiya pandai cakap itu melayu wooooo?
AKu: Errr Si Goh yang kasitau aku...
Retsu: Cis... saiya memang sulah gagak itu olang memang mulut tempayan titak boleh halap wooo.... Soli arrr I just learn ini Bahasa Malayu woooo... every nite i took a tuition from aunty mei ling.. Jadi awak nak apa dari saiya wooo? saiya tatak duit liao...
Aku: errr saya ni peminat en. gaban la (aku dengan terexcited sikit sehingga percakapan aku itu menarik perhatian beberapa orang awam yang sedang lalu lalang...)
Retsu: Psstttt jgn ckp kuat wooo nanti lamai olang tau saiya manyak susah wooo...
Aku: Opppsss sorry en. gaban saya agak teruja apabila bertemu dengan idola yang saya minati...
Retsu: errr Retsu pls.. just call me retsu...
Aku: Ok en.retsu...oh yah tadi u ada mention nama Aunty Mei Ling.. sapa tu? tu pengganti Cik Mimi ker??
Retsu: ehh yang lu merepek ni apa pasat woooo... itu Mimi my only one forever wooo tiada ganti2 punya... lu nak saiya mampus oleh babak dia Commander Qom? Itu Aunty Mei Ling adalah landlord yang kasi sewa saiya lumah tempat saiya tinggal sikalang la...
Aku: Oic.... So Cik Mimi kat mana sekarang ni?
Retsu: Ohhh.. dia ada kat lumah dah jadi full time house wife...
Aku: Ic syoknya.. dah ada anak ker?
Retsu: takder la.. dia mandut la.. pasal itu loktol caikap dulu masa muda2 dia suka tukar dili dia jadi bulung sekalang dia tia bolih belanak... cuma betelul saija lorrr (dengan keliatan sedikit sugul)
Aku: Adei.. kalau betelur pun boleh menetaskan?
Retsu: Haiya lenchai... lu jangan sangka ini pelkala sangat mudah... itu telor menetas pun mau mengelam dulu mah... kalau dia sudah mengelam nanti saiya akan jadi susah woooooo.....
Aku: uiks apasal plak?
Retsu: haiya manyak tanya la lu ini.... kalau dia sudah sibuk itu mengelam.. jadi siapa mau layan sama sama saiya woooo??? nanti saiya jadi stress woooo
Aku.. Ic.. now baru saya faham kenapa muka u nampak tak bermaya... Oh boleh kongsi macamana perasaan u sebagai seorang superhero?
Retsu: perasaan arrr.. mau cakap suka saiya macam tidak suka tapi kalau mau ckp saiya tidak suka itu sudah jadi tanggungjawab saiya... tapi kadang2 kerana peranan saiya sebagai seorang superhero buat saiya menjadi rasa tertekan...
Aku: Pasal apa plak?
Retsu: cuba u bayangkan arrrr lu tidut sudah sampai jam pukul 2 pagi arr tiba - tiba ada org ketuk pintu rumah u then minta tolong kata ada pencuri masuk dia punya rumah... haiya... saiya polis angkasa la... itu tangkap penculi semua arrr bukan saiya punya kelija woooo itu kasi PDRM saja yang handle. Saiya mana ada kuasa mau tangkap itu penculi woooo. Saiya cuma deal ngan orang2 syaitan dari angkasa lepas wooo
Aku: baru - baru U ada buat tangkapan ker?
Retsu: errr saiya lama sudah tidak turun padang woooo.... lagipun itu Makku punya olang sudah slow sikilang woooo itu dia punya taiko itu Don sudah tiada minat mau musnahkan ini bumi liao... I heard it all because of he nampak bumi punya market potential....
Aku: maksud awak Don Horror tak buat kacau lagi ker? dia buat apa sekarang?
Retsu: So far tiada tanda - tanda yang menunjukkan beliau kembali ke kancah jenayah.. last yang i dengar ada ada secret deal ngan doraemon.. but ada kabar angin kata dia dah meninggal sakit tua.. ntah.... tak pasti...
Aku: kalau dia dah meninggal apa jadi ngan pengikut - pengikut dia??
Retsu: yang saiya tau cuma pasat itu Double man & Horror Girl saja.... Double man since they can transform into human form most of them join the film industry.... a few of them make a lot of money from acting job... itu kalau u ada tengok itu KL Gangster punya movie... ada a few Double Man yang act itu movie... Horror Girl dia buat musik band... saiya tak faham sangat music meleka... yang pasti dia punya lagu teliak - teliak punya... olang muda sangat suka wooo.... mula - mula saiya tak sangka Horror Girl sangat berbakat dalam bidang musik....
Aku: Apa kenangan manis u sepanjang u jadi polis angkasa ni?
Retsu: mostly kenangan manis saiya la dapat potong olang jahat jadi dua bahagian dan jua yang paling best dapat londa2 itu angkasa lepas sama Mimi sambil layan tengok solar storm kat venus.... i just miss those day....
Aku: Kenangan Pahit plak?
Retsu: kenangan pahit hanya satu yang saiya paling ingat wooo.. ni kejadian masa saiya nak keluar lawan itu olang2 syaitan... masa tu saiya sedang dalam toilet kena cilit bilit woooo tiba - tiba mimi page saiya ada kekacau berlaku.... saiya jadi kelam kabut wooo... u know kan saiya kalau tukar baju saiya gelak sangat cepat kan? then itu masa arrr saiya mau pakai itu seluar itu zip saiya talik lebih sikit haiya telus gigit saiya punya bulung wooooo sakit wooooo... sampai sikalang pun saiya masih ingat dia punya lasa....
Aku: haiya apasal u tarik terus? kasi henti la...
Retsu: sok chai la u... u imagine arrr itu keleta jalan 50 km/j kalau blek pun itu tayar ada selet juga kan? ini balang lagi laju woooo u pikir itu 0.25 saat belapa banyak lu boleh mikin?
Aku: Naga Gaban Kat mana?
Retsu: Ohh dia sudah abis kontrak sama saiya... last time i jual him sama ada satu couple dari New Zealand... so, dia di sana la jaga itu lembu susu punya ladang... dia pun tua suda woooo.... gerak pun tidak laju sudah....
Aku: ic.... So, u takde plan nak buat comeback??
Retsu: err i don't think so, sikalang zaman internet manyak maju sudah wooo.. kami ini olskol punya olang mana pakai sudah wooooo.. itu saiya punya laser pun tidak valid sudah wooooo mudak2 baru sikalang banyak itu alat yang canggih - canggih wooooo... lagipun i want to spend more time with my family now...
Aku: ic... errr boleh mintak number phone ker? mana tau lain kali i boleh call u kita pigi keluar yamcha....
Retsu: haiya titak boleh woooo itu plivasi saiya maaahhh... lagi pun itu mimi manyak kuat cembulu woooo ... nanti dia pikir saiya ada hubungan dengan pelampuan yang lain... saiya takot wooo kalau dia malah pasal kalau dulu dia boleh tukar jadi bulung sikalang pun masih tukar pigi bulung tapi sikalang punya bulung sangat jahat wooooo.. itu olang2 panggil angly bird wooooooo
Aku: ok baik la rasa takat ni saja pertanyaan saya terima kasih kerana sudi di temuh ramah...
Retsu: ohh tidak mengapa lagipun sikalang saiya pun gembila juga dapat jumpa dengan peminat saiya.. saiya sunggu tidak sangka masih ada olang minat sama saiya woooo....

Setelah bersalaman tangan.. akhirnya aku pun balik kerumah dengan senang ati kerana dapat bertemu dengan superhero di zaman kanak - kanak dulu....

Untuk kisah Siri Bercakap Dengan Superhero yang lain
 sila klik kat SINI

Tuesday, November 29, 2011

MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU


1. Gambar dicilok dari FB classmate aku masa sekolah menengah Puan Gya... Sejujurnya aku tak ingat bila gambar ni diambik tapi aku saspek masa kitaorang form two...
2. Korang tengok la bertapa banyaknya buku kitaorang hehehehehehehe. Dari kiri korang yang sedang tekun menulis tu adalah En. Jali yang merupakan pembekal tetap kami untuk jawapan kerja rumah Matematik.
3. Dalam gambar ni aku sedang menunggu En. Jali menyiapkan homework Matematiknya untuk dicopy terus ke dalam buku latihan aku hehehehehe (salin jer la).
4. Berkat ketekunan En. Jali kini beliau merupakan seorang jurutera yang berjaya.
5. Manakala sebelah Kanan korang yang mana wajahnya hanya nampak separuh merupakan sorang kawan rapat dari kecil aku Dato' Pikin yang mana geng2 p tengok maiden ari tu.
6. Beliau sedang tekun membaca buku novel Siri bercakap Dengan Jin sementara En. Jali siapkan Homework Matematik dan pass kat aku hehehehehehe
7. Dengan Berkat ketekunan Dato' kita ni beliau kini adalah salah sorang Kontraktor yang berjaya... Sekarang kalau jumpa dia citernya adalah berkenaan sukan golf hehehehehehehe walaubagaimanapun beliau sangat suka kepada kumpulan Manowar, Helloween dan semestinya Iron Maiden!!!!
8. Errr yang tengah tu??? ntah apa citer aku dengar dia nak jadi rockstar.. ntah sampai sekarang macam tak jadi2 lagi huhuhuhuhuhuhu
9. Moralnya ialah MEMBACA ITU ADALAH JAMBATAN ILMU....
10. Setelah terkenangkan buku Siri Bercakap Dengan Jin baru aku teringat bahawa aku pernah bercita - cita mahu menulis Buku Siri Bercakap Dengan Superhero....