Friday, February 27, 2009

KISAH TEMAN SIPEMANCING versi KEHADIRAN YANG DINANTI

Dua tiga hari ni aku sgt sibuk ngan urusan kerja aku sampai takder masa nak join geng rakan muda rekreasi aku menjalankan aktiviti memancing. Namun kemarin lepas keja aku sempat singgah sekejap utk bertemu dgn mereka. Hehehehehe masa aku takde rupa - rupanya mereka sedang berpesta udang seperti tempohari. Masa aku datang aku tengok tiada pancing yang beroperasi... isk napa dorang ni? abis umpan kot... Heheheheh aku p duduk sebelah Slay tengok isk umpan masih banyak dan montel2 lagi... napa korang lum pancing lagi? ku tanya kat Jackie. Ceh rupa2nya dorang tunggu time air nak naik.. masa tu aku tengok air surut.. drg kata jap lagi air sungai akan mula pasang... heheheheh skrang ni drg mmg pasang strategi heheheh... tunggu timing ngam konon... tapi semenjak dua menjak ni udang2 yang drg naikkan mmg bersaiz besar dari selalu kitaorang dapat...  

Pastu Bob ngan riak kata kat aku,"hahahah tulah ngko tiada kemarin... punya la banyak udang kami dapat hahahah... ko nak tengok gambar meh aku bluetooth..' ceh riak udangwi betul la dia hehehe tapi aku on kan juga bluetooth aku hehehehe then gambar yang diberikan kat aku tu adalah gambar kat atas tu. Cis boleh tahan juga hasilnya walaupun tangkapan terbesar drg belum pecah rekod en. Slay seperti gambar di bawah.

Drg pun tanyalah juga kenapa aku monteng mancing dua tiga hari ni hehehehe ... apa nak buat bro... aku sibuk keja la jawab ku ringkas heheheheh Yup mmg aku sibuk betul sampaikan nai p dating ngan awek pun tak sempat... huhuhuhuhuhu takpe nanti kasi settle semua keja ni aku nak ambik cuti rehat... yearggghhh ... tapi persoalannya bila keja aku ni nak settle? heheheh macam makin bertambah ada... nguak nguak nguak nguak (ikut tempo cumi dan ciki0

Thursday, February 26, 2009

GODSPEED: AUSTRALIAN METAL COMPILATION 1994 CD REVIEW

Cd ni aku dapat dari Steve Rowe (Bassist / Vokalis) Mortification Band Death Metal dari Mentone, Australia. Kira CD ni adalah free gift aku kerana interview Mortification dalam isu kedua zine aku. Rupa – rupanya si Steve Rowe ni ada buat label dia sendiri yang bernama ROWE PRODUCTIONS dan cd compilation ini adalah rilisan pernahnya memandangkan nombor rilisan tu bertulis rowe001. 

Aku dah lama lost kontek ngan mamat ni dan aku dah terlost akan berita pekembangan dorang. Tujuan utama aku nak review CD ni adalah sekadar utk mengamit kenangan yang mengusik jiwa semasa aku mula2 bergiat di dalam arena underground ni heheheheh… (tersenyum sendiri…). Dalam CD ni telah menampilkan 17 buah band dari Australia yang pada masa tu kira boleh dikatakan sebagai band baru. Walaupun tajuk cd ni Metal Compilation namun ada juga band rock dan punk yang yang terbabit di dalamnya. Band – band yang beraksi di dalam compilation ni adalah seperti Cry Mercy (Hard Rock), Mortification (Death Metal …drg rakam lagu era demo mereka) Nu Humans (Groove Rock), Discarnated (Death Metal), Doxology (Rock), Deracination (Death Metal), Harbinger (Prog. Metal), Krini (Hard Rock), Screams Of Chaos (Industrial), Beheadoth (Unholy Black Metal), Rockin’ Rabbis (Punk Rock), Embodyment (Death Metal), Justice (Rock), Metanoia (Death Metal), Ignite (Slow Rock), Thrash Puppies (Punk Rock) & Rosanna’s Raiders (Hard Rock). Setiap band menyumbangkan sebuah lagu di dalam compilation ni.

Kualiti rakaman sememangnya ditahap pro dgn sound yang mantap dan berjaya menunjukkan potensi sebenar band di dalamnya. Bagi aku ada beberapa band yang berjaya menarik perhatian aku iaitu Mortification (lagu time crusader mereka ni mmg layan), Discarnated(sebuah band death metal ala2 Disincarnate hehehe nama pun lebih kurang) , Deracination (juga death metal), Krioni (band hard rock yang sempoi dgn vokalis pompuannya), Rockin Rabbis (punk rock), Embodyment (aku rasa music drg ni lebih kepada Doom ala2 My Dying Bride), Metanoia (death metal) dan Thrash Puppies (band punk lawak…). Yg lain tu kurang menarikla bagi aku.. mungkin music yg drg main tu aku tak into sgt tu la sebab aku terbias hehehehehe….

Dengan CD aku terbayang akan unitynya scene underground pada masa tu… tiada diskriminasi music yang tegar seperti sekarang ni di mana mat – mat metal kita ni taknak join lepak ngan budak punk or rockers2 heheheh. Bukan aku nak ckp dorang tak ngam tapi masing2 ada kolompoknya yang tersendiri… Alangkah cunnya kalau drg ni bersatu.. hehehe pasti scene kita akan kuat.. bak patah pepatah… Bersatu Kita Teguh… Bercerai Kita Roboh… Cheers… 

BALZAC VS LAIYA T – SHIRT



Akhirnya baju yang aku order selamat sampai ke tangan aku kelmarin. Thanx to JOAD kerana tolong aku order baju ni. Baju ni adalah design terbaru dari Shocker WorldWide iaitu Official International Merchandises Website Balzac. Order ni mmg cepat sampai boleh kata ianya sampai ke tangan kami kurang dua minggu dari tempoh t – shirt itu diorder. 


Ini kira t-shirt Balzac aku yang ketiga dan design kali ni adalah design gabungan BALZAC: ATOM – AGE VAMPIRE IN 308 dengan LAIYA: THUNDER OF THE ARROW (Laiya adalah disebut sebagai Raiya). Balzac ngan Raiya ni mmg geng baik.. hehehehe bukan sahaja demo dorang rilis split... malahan T Shirt pun dorang bantai rilis split... 

Kualiti kain sememangnya sama ngan t shirt Balzac yang aku review sebelum ni. Walaupun agak nipis berbanding dengan T Shirt terdahulu namun ianya amat selesa dipakai. Taklah panas sangat kalau nak pakai time gig hehehehehe….


Selain T – Shirt aku juga dapat free gift yang berbentuk tiket2 lama dan flyers dari Balzac yang boleh dijadikan sebagai koleksi berharga bagi peminat tegar seperti aku dan ada sorang lagi kawan yang enggan namanya disebut. Selain tu, aku juga dapat satu poster Calender bersaiz A4 daripada pembelian itu. Sebenarnya poster tu kepunyaan kawan aku yang sama2 order stuff (order dikirim sesampul utk jimat kos postage). Oleh kerana dia dah ada calendar yang sama then dia bermurah hati utk memberikannya kepada aku.


So, sesapa yang berminat nak order stuff Balzac ni korang bolehlah lawat web Shocker Worldwide tu. Banyak benda best yg korang boleh dapat… Selain clothing utk balak… Baju2 utk awek2 cute juga ada dengan pelbagai design dan warna yang menarik heheheheh apalagi utk awek horrorock kat luar sanap la pujuk pakwe korang utk belikan korang sehelai dua baju Balzac ni… kalau tak silap aku ada versi Valentine day lagi… Baju tu sesuai untuk mamat Horrorock yang sedang hangat bercinta… Dapatkan segera sementara stok masih ada… Cheers…


p/s: ada kawan kata aku ni Riak Balzacwi