Tuesday, July 14, 2009

DEATH IS CERTAIN... LIFE IS NOT...


Tadi aku baca newspaper.. huh cerita sorang budak IPTA mati jatuh bangunan... isk.. takziah utk keluarga budak tu... di harap IPTA yang berkenaan dapat mengambil perhatian dan iktibar dengan kejadian tu.. hari tu budak IPTA jugak mati tapi ni bukan jatuh tapi terjun pasal kena kejar makhluk halus kononnya... isk aku pun tak tau apa cerita... mcm bermusim plak kan? Mcm cerita along tu jugak la hahahaha kat rumah aku kena panggil along jugak hahahahahahahaha tapi lepas aku buat entri pasal ahlong... ada jugak kat tv3 kuar berita pasal sorang makcik ni kena ugut potong tangan kalau tak bayar hutang dari Ah Long... isk kejam betul.. kalau dah mak cik tu cacat camner dia nak kerja utk settlekan hutang tu...??? or kalau tangan dah putus hutang settle la? isk.... kalau gitu ahlong ni byk duit la agaknya... ada org ckp drg dapat dana dari wang haram... dorang pusing2 utk kasi bersih duit tu.. kes money laundering la ni agaknya....

Entri ni sebenarnya satu entri yang boring.. tajuk tu saja jer aku nak kasi yang gempak2 hehehehehe sebenarnya aku masih terkejut dengan pemergian seorang kawan aku untuk menyahut seruan ilahi.... berita aku dapat dari emak aku kelmarin... ZOY seorang rakan lama aku telah meninggal dunia kat rumah pada hari Ahad yang lalu... sebab aku tak pasti.. ada member aku kata dia kena serang penyakit ASMA. Isk... sedih plak aku tetiba pasal arwah Zoy ni kira geng kamcing masa aku join geng2 motor dulu2 heheheheh.... (bukan mat rempit tawww). Arwah ni ada call aku seminggu sebelum aku kawin hari tu.. niat nak jumpa.. namun atas kesibukkan masing2 nampaknya hajat beliau tu tak kesampaian... tu yang buat aku sedih tu... apa2 pun aku ucapkan takziah kepada keluarga arwah ZOY al fatihah untuk beliau.... semoga roh dicucuri rahmat..... amin....

Apa2 pun hidup ni mesti diteruskan.. yang hidup itu pasti akan mati.. apa yang penting adalah apakah sumbangan kita semasa kita hidup di dunia... cheers....

p/s: sebenarnya entri ni aku nak buat pasal cerita maikel jeksen ntah napa tetiba lain plak ceritanya...

7 comments:

Portdy said...

Alfatihah untuk Zoy, takziah untuk family dia...

"The last gig in the sky."

Takilala said...

Al-fatihah buat Kasmir Kassim a.k.a Zoy Page.

deaf_angel said...

smoga kawan ko Zoy tu tergolong dalam golongan mereka yang beriman. Dan sentiasa dilindungi Allah di sana. Amin.

jairo said...

terima kasih atas blessing rakan2 semua... kali terakhir aku jumpa dia ... ada declaration secara personal tentang statement taubat nasuha.... harap segalanya berjalan dgn lancar.... amin....

berteromber said...

takziah

AlFatihah

Ijau D. Koceng said...

mcm familiar nama tu jai? aku pun ingat2 lupa, klu nama betul aku xtau tp nama glamer tu mcm slalu aku dgr

al-fatihah

Abang Ben said...

mati tetap mati... soalannya dah bersedia ke? Aduh...soalan untuk aku tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT