Aku pakai cincin yang tertera kat gambar di atas since year 1999. Seingat aku dari hari pertama aku pakai cincin ni aku tak pernah tanggalkan dari jari aku. Namun hari ini cincin ni bakal ditanggalkan dengan rasminya dan akan digantikan dengan sebentuk cincin hikmat yang digelar "Wedding Ring"... hahahah yup.. hari ni 29/05/09 bersamaan hari Jumaat aku akan bernikah dengan pasangan aku Liza. Upacara bersejarah ni akan berlangsung si rumah pengantin perampuan pada hari tu jam 4.00 petang (gmt +8). Hahahaha akhirnya kawin juga aku... Pada hari yang sama juga Zul pemain bass kepada band aku Mi Scusi juga nikah.. hahah satu kepala betul la hahaha tahniah utk Zul hahahah sorry pasal tak dapat attend majlis ngko!!!Namun, tu majlis di pihak pengantin pompuan yang mana akan diadakan pada keesokkan harinya iaitu 30/05/2009 (sabtu) bertempat di Kg. Likas, Kota Kinabalu, Sabah... Majlis utk pihak aku plak akan diadakan pada minggu selepasnya iaitu 07/06/09 (Ahad)... Oleh itu semua rakan2 yang mengenali aku dan belum menerima kad dari aku.. korang dijemput hadir ke majlis tersebut.
Walaubagaimanapun, pada 05/06/2009 (jumaat) jam 9 malam aku ada buat sikit majlis ringkas yang berbentuk mini gigs kat rumah aku. Semua member2 yang berkesempatan utk hadir silalah ringan2kan kaki korang utk datang dan for the record gig ni adalah open air gig dan masuk adalah percuma termasuk makan dan minum....

Antara band yang bakal memeriahkan acara tersebut adalah tidak lain tidak bukan iaitu band kesayangan akuMi Scusi sebuah band Horrorock ala Balzac, Misfits & Murderdolls. Mi Scusi akan mempersembahkan semua lagu2 baru dan lama mereka pada malam bersejarah itu... Nantikan persembahan mereka pada malam tu!!!!

Aku juga tunggu feedback dari sebuah band ska dari Kota Kinabalu samada mereka dapat turut serta pada majlis tersebut... belum ada pengesahan dari drg so, apa band tu aku taknak umumkan kepada korang semua.









