Saturday, April 4, 2009

ELIXIR STRINGS - STRING GITAR YANG NYAMAN...

Launched at Musikmesse Frankfurt 2005, the new Elixir anti-rust strings are the first full set of electric guitar strings providing a much longer tone life and feel of uncoated strings.
Every time you slide up to the top frets and tear off your favourite solo, you leave a trail of oil and dead skin in your wake. This not only leads to loss of tone but is also a major cause of broken strings. Having already redefined players' expectations with their Nanoweb and Polyweb coating for wound strings, Elixir Strings has now set its sights on the plain steel string. 
The secret behind the new anti-rust strings is the proprietary alloy plating that inhibits tone-killing corrosion.Elixir promises the new plain steel Elixir Strings to last up to three times longer, still maintaining the feel and sound of a dues-paying guitar string.with a crisp tone and comfort beneath the fingertips. 
The new sets encompass three wound strings with Nanoweb coating and three anti-rust plated plain steel strings available in Super Light, Light, Medium, Heavy and Baritone gauges.

----------

Ok abis dah baca sikit citer pasal tali gitar Elixir? Baru - baru ni aku tukar tali gitar aku... untuk pengetahuan korang sejak 3 tahun yang lalu aku pakai tali gitar jenama Ernie Balls saiz 10 - 52 heavy top hard bottom. Memang puas hati juga la tali ernie balls ni.. aku sangat suka tali ni yippie!!! Tapi tahun lalu aku ada terbaca mengenai Elixer String kat majalah gitar.. review yang di buat mmg macam terlampau2 baik la... aku hampir terpengaruh. Namun aku tak ambik pusing. Dalam dua tiga keluaran aku terbaca kat majalah gitar tu masih juga citer pasal ELIXIR ni isk tak puas hati aku aku p website dorang utk know more details. Then kat sana la aku dapat tau dorang punya tali ni ada dua jenis iaitu NANOWEB & POLYWEB... apa kebenda tu? hahaha ok aku copy paste sekali lagi dari website dorang perbezaan antara Nano & poly ni.... 

What's the difference between NANOWEB® and POLYWEB® coatings?

The difference between our coating ‘flavors’ is found in the tone and feel of the strings. NANOWEB® coated strings sound and feel like uncoated strings – they are bright and lively, and the coating is so micro thin that you can barely tell it’s there.

POLYWEB® coated strings have a balanced tone and smooth response – they sound like strings that have been ‘played in’. In addition, POLYWEB® coated strings feel comfortably smooth and help reduce finger squeak.

Hahaha dah dapat explaination? So, aku tak puas hati lagi.. aku p forum tanya kat kengkawan di sana. Then adalah satu mamat ni respon.. dia punya respon baik punya.. heheheh masa tu aku mula berminat utk mencuba. Aku p la kedai tpt aku selalu beli alat2 utk gitar aku, ala drg takder jual plak jenama tu... then aku minta taukeh dia order jenama tu hehehe oleh kerana aku ni customer tetap dorang madam amoi cantik tu tak banyak cakap terus kasi order utk aku... Beberapa minggu pastu aku dapat panggilan dari madam amoi cantik yang mengatakan string yang aku pesan dah sampai.. Tapi malang bila aku sampai kat kedai tu huhuhu saiz tali yang aku guna plak takder!!! Cis bedebah!!! Mau tak mau aku aku tangguhkan la pembelianku semenantara menunggu string yang betul sampai aku guna beli lah string Ernie Balls kesukaan aku tu.

So, baru - baru ni seperti yang aku kata tadi. Tiba masanya aku nak tukar tali (aku tukar tali ni sebulan sekali) hehehehe aku p kedai tu then nampak yes saiz yang aku hendak tu ada cuma kecewa sikit pasal asalnya aku nak pakai POLYWEB punya version. Tapi tarak.. NANOWEB jak... so, aku try la NANOWEB memandangkan saiznya dah ngam dan boleh la aku bandingkan.

Sekali siap pasang tali baru hehehehe p jamming ngan band Mi Scusi aku... Fuh... Mantap.. mmg sedap la tali ni bunyi dan tone mmg best. tak sekeras string saiz 10 Ernie Balls yang selalu aku pakai... best best best dan best... itu yang aku boleh cakap. Aku sengaja tak polish string tu sebelum jamming (selalu aku akan polish tali gitar sebelum jamming) utk tengok betul ka feature anti rust dia tu heheheh aku ni jenis yang kuat berpeluh (maklumlabadan sihat dan berat heheh) kalau selalu pakai tali baru Ernie Balls even aku dah polish mmg pas jamming warna tali akan berubah sikit.. boleh nampak punya la... then kalau lepas jamming korang tak lap dan polish balik fuh gerenti karat punya la. Elixir ni lepas jamming terus masuk dalam hard case tak payah lap... huhuh tiga hari lepas tu aku buka tengok balik hehehe tali gitar aku masih berkilat la hahahah cayalah...  kalau gini la punya tali gerenti sampai 3 bulan tak payah tukar tali punya.

Cuma satu jer yang tak bestnya pasal tali ni.. heheh Harganya mahal berbanding ngan tali gitar Ernie balls yang selalu aku pakai tu. kalau ernie balls saiz 10 - 52 harganya dalam rm23 string Elixir saiz 10 - 52 ni berharga rm50... kalau betul sampai 3 bulam takperla juga.. hehehe kalau sampai kira murah la string ni... jimat aku satu set strings. tzpi kita tunggu la hasilnya selepas tiga bulan aku pakai string ni yer... chow!!!!

Friday, April 3, 2009

VIDEO KLIPS RETRO PENGHIBUR HATI DIHUJUNG MINGGU

Dedikasi lagu dihari Jumaat ni nyanyian artis brutal pilihan ramai MONA FANDEY... dan juga enjoy beberapa buah video clips utk tontonan anda di hujung minggu ni
semua klips ni aku rembat kat youtube channel abgcantik.... enjoy....

Thursday, April 2, 2009

SQUIDOO: SIGN UP & REFER KAT KAWAN DAPAT $5

Ni aku ada cerita best untuk sapa2 yang suka tulis blog... Aku tau pasal Squidoo ni dalam setahun yang lalu. Tapi aku tak berapa hiraukan sangat... Apa menatang squidoo ni? Sotong ker? Makanan? Hahahahah Mungkin ianya boleh dibuat makanan!!! Ok bagaimana ianya boleh jadik makanan? Ok ni aku explain sikit pasal squidoo ni... Ianya webpages seperti blog di mana anda boleh menulis tentang sesuatu perkara yang anda minat atau tahu dan anda mahu ianya dikongsi bersama semua orang di seluruh dunia. Seluruh Dunia? Fuh!!! Banyak tu!!! Squidoo ni ditubuhkan pada tahun 2005 oleh bestselling author, noted blogger, speaker and Original Squid, Seth Godin. 

Tujuan dia buat squidoo ni adalah untuk membuat satu portal percuma utk membuat pages seakan blog ( dipanggil lense) bagi seseorang itu berkongsi minat dan pengetahuannya. Apa yang bestnya kalau tulisannya tu baik dia akan dapat duit... Hahahah kat sinilah ianya boleh dijadikan makanan!!! Ada satu mamat tu dia cerita pasal minatnya pasal tranfomers... tup tap... bagus plak hits nya hasilnya dia memperolehi ribuan ringgit dari lensenya itu... Bunyi macam best kan?

Walaubagaimanapun, ianya bukanlah satu jalan mudah untuk dapat duit... kita kena la usaha dan cari idea creative utk membina sebuah lense yang bermutu dan bermanfaat kepada pembacanya. Korang masih blur? hahahah ala contoh lah anda sorang mat metal... apa lagi korang boleh share knowledge korang pasal metal kat sana. Or seorang ahli music... anda boleh katakan tentang brand kegemaran anda... apa2 lah.. tidak ketinggalan juga mungkin anda seorang tukang masak... anda boleh berkongsi pengetahuan anda mengenai selok belok dan petua di dalam dunia masakan... Pilihan di tangan anda. Tapi aku nak kasi tau awal2 la... aku galakkan korang tulis dalam bahasa English. Bukan taknak guna bahasa Melayu... cuma target kita kan seluruh dunia... ermm guna la bahasa yang sepatutnya. Bayangkan korang jumpa info pasal band kegemaran anda tapi ditulis dalam bahasa Sepanyol... Frust jugak kan? Then terus tak jadi nak baca... lain la korang tau bahasa Sepanyol. So, jgn biarkan perkara itu berlaku kepada lense anda!!!

Korang kurang mahir dalam bidang IT? Hahahaha itu bukan masalahnya... Untuk membuat lens ni mudah jer.. ada template drg sediakan seperti anda membuat blog... cuma perlu isi info yang hendak kita kongsi then publish!!! Lagipun drg ada kasi tutorial ringkas dan mudah utk difahami agar korang dapat menghasilkan lense korang sendiri. Selain daripada tu, drg juga kasi korang tips2 utk menghasilkan lense yang bermutu lantas berupaya kasi duit utk kita.. heheheheheh...

So, apa korang tunggu lagi pi la sign up ngan Squidoo hari ini dan hasilkan lense anda dan kongsikan minat dan pengetahuan anda kepada semua. Bonusnya, bagi yang ada blog.. korang juga boleh meningkatkan traffic pada blog anda dengan menghubungkan blog anda dgn squidoo ni. hahaha kira menyelam sambil minum air then terus dapat tangkap sotong hahaha... Best tak? kalau tak best.. lantak korang la hahahaha ... aku cuma nak share kat korang. Kepada sesapa yang berminat boleh la mendaftar kat squidoo dengan mengklik banner kat bawa ni.

BannerFans.com

Opss nanti dulu.. bukan tu saja... lepas korang sign up dan buat lense korang... korang boleh la kempen ngan kawan2 yang lain utk turut serta... Setiap referal yang sign up dari anda anda akan diberi duit sebanyak $5... menarikkan? So, apa lagi meh la join sama!!!